Bab 5

30.3K 707 4
                                    

"Abah Umi. Abang ada something nak tanya ni. " beritahu Firdaus.

"Apa dia" tanya Abah.

"Betul ke umi dengan abah nak jodohkan angah dengan Naz anak Datin Marziah tu"

"Mana kamu tahu? " tanya umi pelik.

"Malam semalam abang dengar perbualan umi dengan abah. Tak sengaja. Maaf " ucapnya perlahan dan menundukkan kepala.

"Memang betul kami nak jodohkan angah dengan anak Datin Marziah tu. Kenapa abang? " tanya umi.

"Abang bukan apa tapi abang kenal dengan perangai Naz tu. Abang tak yakin dia mampu jaga angah dengan elok. Angah berhak dapat lelaki yang lebih baik. "

"Umi faham kamu sayang sangat dengan angah tapi ni untuk kebaikan dia juga. " beritahu umi.

"Kebaikan apanya umi? Dia tu kaki botol tahu tak. Bukan setakat tu je, dia dah selalu sangat buat perempuan-perempuan seksi macam bini dia. Waktu dekat Langkawi, abang nampak dia bercium dengan perempuan lain dekat dengan pintu bilik hotel abang. Nasib baiklah Sya sempat bawa anak-anak ke tempat lain. " kata Firdaus tidak puas hati.

"Umi pun kenal dengan perangai dia. Datin Marziah tu kawan rapat umi. Dia nak angah ubah perangai Naz tu dan umi yakin angah mampu. "

"Lepastu? " tanya Firdaus.

"Lepastu bila Naz dah berubah, mesti dia mampu jaga angah"

"Baiklah. Abang pegang kata-kata umi tu tapi kalau dia cuba buat apa-apa kat angah, abang tak akan berdiam diri." kata Firdaus lalu keluar rumah untuk menjemput Fikri dari pusat tuisyen.

***

"Angah, hantar air ke depan. Bakal mertua kamu dah sampai" arah umi.

"Baik umi" ucap Qaira.

Dia memandang dirinya di sebalik cermin. Baju kurung moden berwarna ungu kosong dan disertakan manik manakala selendang hitam dikenakan di kepalanya. Baju itu tidak terlalu ketat. Dia memang tidak gemar memakai baju ketat. Seluar jeans pun jarang pakai.

Dia segera berlalu di dapur dan menghantar minuman ke ruang tamu di mana bakal keluarga mertuanya berada disitu.

"Cantiknya anak kau Lina, beruntung aku dapat menantu cantik macam ni. Baik pula tu, menutup aurat. " puji Datin Marziah melambung-lambung.

Qaira yang berada di situ tersenyum malu dan menuang air ke dalam cawan.

"Kau dari dulu lagi kalau bab puji memuji ni lah nombor satu" Puan Halina tergelak dan disambut dengan Datin Marziah.

"Anak kau yang si Naz tu mana? " tanya Puan Halina.

"Dia tak dapat ikut. Ada hal katanya. Dia sejak kerja kat syarikat daddy dia memang busy mengalahkan ayah dia" kata Datin Marziah.

"Ouh macam tu. Eh, minumlah dulu" pelawa Puan Halina.

"Umi, angah keluar rumah jap. Nak ambil angin" beritahu Qaira.

"Yelah, umi pun nak bincang dengan Datin pasal perkahwinan kamu. "

"Baiklah umi, angah keluar dulu " Qaira meminta diri. Dia terus keluar rumah, memakai selipar dan duduk di pangkin rumah.

''Siapalah bakal suami aku, baik ke jahat ke. Eh, takkanlah umi nak kahwinkan aku dengan orang jahat kot, ish apa lah kau ni Qaira. '' omelnya.

"Hai'' satu suara menegurnya dari belakang.

Qaira menoleh dan serta merta matanya membuntang.

"Awak? Yang langgar saya dekat mall tu kan? " Qaira bersuara dengan nada yang terkejut.

"Err, ya saya lah tu kot tapi saya dah minta maaf" kata Syed Syazril.

"Awak buat apa kat sini? " tanya Qaira.

"Saya hantar mummy saya pergi meminang untuk abang saya" jawabnya.

"Eh, jap. Jangan kata anak dara yang mummy saya pinangkan tu ialah awak" tanya Syed Syazril.

"Memang saya pun. Saya je yang masih anak dara dalam rumah tu." jawab Qaira

Syed Syazril terkejut. Qaira yang perasan riak wajah lelaki itu bertukar segera bertanya " kenapa?"

"Tak... Tak ada apa" jawab Syed Syazril tergagap-gagap.  " tak apalah, saya masuk kereta dulu" sambungnya lagi.

Qaira hanya melihat pelik Syed Syazril sehingga dia masuk ke dalam kereta BMW berwarna hitam itu.

'Tak mungkin Qaira akan berkahwin dengan Naz. Naz tu perangai teruk. Kalau nak dibandingkan dengan Qaira, jauh bezanya. Qaira berhak dapat yang lebih baik. Aku akan cuba bincang hal ni dengan mummy balik nanti' desis hatinya.

***

Amsyar keluar dari kedai buku tersebut dan menuju ke arah keretanya. Terbantut niatnya apabila seseorang menegurnya.

"Wow, bakal Ustaz Amsyar ada kat sinilah. " tegur Syed Nazril.

"Naz, kau nak apa? " tanya Amsyar.

"Aku taknak apa-apa cuma... Jap, buku apa kau beli tu? " Syed Nazril terus merampas buku itu dari Amsyar dan melihat tajuk besar buku itu.

"Ouh, cara-cara sembahyang lelaki dan terjemahan al-quran. Huh, tak sangka aku kau nak bertaubat dah. Umur kau panjang lagi lah. Masa muda ni lah nak enjoy sepuas-puasnya. Dah tua nanti baru bertaubat banyak-banyak. Kau dah nak mati ke sampai nak belajar sembahyang bagai? " ucap Syed Nazril dengan riak sombong.

"Mati tu tak kira umur Naz. Mana tahu lepas ni bawa kereta tiba-tiba accident cedera parah dan mati kat situ juga. Tak apalah, aku doakan supaya kawan aku seorang ni dapat hidayah Allah. " Amsyar menepuk bahu Syed Nazril perlahan sebelum menerobos masuk ke dalam kereta.

Dipandu keluar dari parking dan terus hilang di pandangan mata Syed Nazril. Dia hanya memandang tajam kereta itu berlalu.

'Kau memang kawan tak guna Amsyar. Menyesal aku kenal dengan kau. Ada hati nak doakan aku dapat hidayah padahal perangai kau lagi setan dari aku. Dah lebih lima orang perempuan kau ajak tidur sekatil. Dasar munafik. Huh! ' hatinya berkata geram.

Syed Nazril terus berlalu dan menuju ke gym yang berdekatan.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now