Bab 13

30.8K 689 36
                                    

Tanpa mereka sedar, jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Mereka segera meminta diri untuk pulang.

Selepas menyalam kedua orang tua Qaira serta adiknya. Qaira mencapai kunci kereta dan menekan punat hijau. Syed Nazril sudah bergerak dahulu meninggalkan Qaira. Tetapi sempat di salam keluarga mertuanya.

Qaira melambai tangan dan membunyikan hon tanda dia ingin berlalu pergi. Lambaian disambut oleh keluarga Qaira.

Qaira perlahan-lahan membawa keretanya meninggalkan rumah orang tuanya. Dia perlu singgah di pasar raya untuk membeli lauk untuk makan malam.

Dia membelok keretanya memasuki kawasan pasar raya itu.

***

Setelah siap mencari tempat letak kereta, Qaira segera keluar dan menuju ke lif. Ditekan butang 8 dan lif pun bergerak ke atas.

Sampai sahaja di pintu rumah, matanya tertancap pada kasut tumit tinggi merah.

'Kasut sapa ni? Bukan kasut aku ni. ' tanya hati Qaira.

Seketika dia terdengar suara wanita ketawa kecil diikuti suara gelak tawa lelaki. Qaira segera membuka pintu dan memberi salam.

Terkejut dia apabila mendapati pandangan matanya melihat seorang wanita yang seksi duduk di atas riba suaminya dan suaminya memegang pinggang rampingnya. Manakala wanita itu merangkul leher suaminya.

Perlahan-lahan air mata Qaira mengalir di pipi. Sakit sungguh hatinya apabila melihat adegan seperti itu. Bagaikan wanita itu menjadi isterinya. Mujurlah lauk yang dibeli tidak terlepas dari tangannya.

"Hoi perempuan kau menangis pahal!!? " jerkah Syed Nazril.

"Baby, dia menangis sebab dia nampak kita macam ni. Maybe dia jealous kot sebab you tak pernah buat dia macam ni. " kata Angela.

"Really? " soal Syed Nazril. "Maybe dia lagi cemburu kalau I buat macam ni" sambungnya lagi seraya memaut rakus bibir Angela.

Qaira yang tidak sanggup melihat aksi itu segera meletakkan barang yang dibeli tadi di kaunter dapur dan masuk ke biliknya. Dikunci bilik itu agar tiada sesiapa mengganggu walaupun tiada siapa mahu memujuknya.

Qaira melabuhkan punggungnya di birai katil dan terus menangis teresak-esak sambil memegang dadanya kuat.

Apa salahnya sehingga dia terpaksa menanggung semua ini? Dia tidak mampu untuk hadapi semua ini. Tiba-tiba dia teringat kata-kata abangnya sebelum dia bernikah.

"Angah ingat pesan abang ni, dugaan rumahtangga ni berat sebab abang dah rasa semua itu. Jangan sesekali mengeluh. Kalau angan rasa angah tak kuat, angah ingat ni satu ayat al-quran yang ada Allah menyatakan

(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
" AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya." (Al Baqarah : 286)"

Qaira masih ingat lagi. Qaira pasti mesti ada hikmah di sebalik dugaan ini. Qaira memejamkan matanya seketika.

Segera dia keluar bilik tanpa menghiraukan pasangan sejoli itu. Dia terus memulakan masakan untuk makan malam.

Sedang leka dia memasak sekali sekala terdengar Angela tergelak gedik+goda dengan Syed Nazril. Hati isteri mana yang tidak sakit sedangkan dia tidak pernah dilayan begitu.

"Sayang, you nak makan ke masakan perempuan ni? " soal Syed Nazril

"Mestilah. I nak rasa masakan isteri you ni. Sedap tak dia masak? " tanya Angela.

"Tak sedap pun sayang. Tawar" bohong Syed Nazril. Dia sendiri pun tidak pernah rasa masakan isterinya itu. Sejujurnya pernah itu pun hanya satu sudu nasi goreng.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now