Bab 19

39.5K 658 18
                                    

Qaira terjaga daripada tidurnya apabila terdengar azan berkumandang. Dia mengambil telefon yang berada di meja sisi katil. 5.55 pagi.

Dia hendak bangun tetapi terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Terus dia menoleh. Terkejut melihat Syed Nazril tidur di sebelahnya.

Qaira terdiam sebentar memikirkan sesuatu sambil memerhatikan keadaan bilik itu. Air mata perlahan-lahan turun dari tubir mata. Terus Qaira menangis apabila mengingatkan kejadian malam tadi di mana kesuciannya diragut secara kasar oleh suami sendiri.

Qaira menarik selimut tebal itu menutup tubuhnya yang tiada seurat benang. Ada setitis darah di atas cadar yang menadi bukti kekasaran yang dilakukan suaminya malam tadi. Sungguh pedih!

Syed Nazril bangun kerana tidurnya diganggu oleh suara sayup-sayup menangis. Dia tahu itu suara Qaira namun dia tidak kisah. Malah dia tersenyum sinis. Puas. Itu yang dia rasakan. Segera dia bangun dan memandang Qaira di sisi.

"Kenapa menangis ni sayang?" tanya Syed Nazril lembut sambil mengelus pipi Qaira.

Qaira menepis kasar tangan kekar itu. Dia tidak menjawab pertanyaan Syed Nazril.

"Wo.. Tepis nampak. Bukan sepatutnya kau suka ke dengan apa yang jadi malam tadi?" sinis Syed Nazril bertanya.

Qaira diam.

"Diam lagi. Ke kau nak aku rogol kau sampai kau tak boleh nak berjalan!?" tanya Syed Nazril marah berbaur ugutan.

"Ta.. Taknak" jawab Qaira bersama sendu. Dia menggelengkan kepalanya. Tangan masih erat memegang selimut.

Syed Nazril senyum. "Bagus" katanya sepatah.

"Kenapa kau nak menangis? Kita kan jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri je" sambungnya lagi. Tapi kali ini nadanya kedengaran mengejek.

"Tak." Qaira menggeleng. "Itu bukan tanggungjawab tapi lebih kepada nafsu. Awak buat macam tu sebab nafsu!" suara Qaira naik seoktaf.

Syed Nazril menarik rambut Qaira lalu berkata "Aku cukup tak suka kalau perempuan sundal macam kau ni tinggikan suara dekat aku!!" kata Syed Nazril. Dia menghantukkan kepala Qaira di kepala katil sehingga berdarah. Selepas itu dia menampar pipi Qaira berkali-kali hingga isterinya itu pengsan.

Dia terpandang ke arah dada Qaira yang terdedah disebabkan selimut itu melorot jatuh sehingga ke perut Qaira. Dia tidak yakin dia dapat menahan dirinya. Terus Syed Nazril membenamkan mukanya ke leher Qaira.

Sekali lagi dia melampiaskan nafsunya pada Qaira yang sedang pengsan.

Qaira terjaga disebabkan cahaya matahari yang memancar ke arah tingkap biliknya. Dia bangun dan terus memegang kepalanya. Sakit. Pandangannya juga berpinar.

Bukankah dia bangun tadi masih gelap? Terus fikirannya melayang peristiwa yang berlaku semasa subuh tadi. Qaira menangis lagi. Selimut tebal digenggam erat sehingga ke dada menutup tubuhnya. Qaira memeluk lutut dan menyembamkan muka ke lutut. Ditoleh sebelah. Kosong. Maknanya Syed Nazril sudah pergi kerja memandangkan hari ini hari Isnin. Kejam sungguh Syed Nazril. Setelah mendapat apa yang dia mahu, ditinggalkan begitu sahaja isterinya.

Qaira tersentak apabila telefon pintar miliknya berbunyi menandakan seseorang membuat panggilan. Terus Qaira mengambil dan slidekan ke kanan.

"Assalamualaikum" Qaira memberi salam. Suranya kedengaran serak.

"Wa'alaikumussalam Puan Qaira. Puan Qaira cuti ke hari ni" soal PAnya.

"Ya. Saya nak ambil cuti hari ni. Saya tak sihat sangat." balas Qaira.

"Patutlah suara Puan serak je. Kalau begitu saya batalkan semua appointment Puan hari ni ya."

"Tak perlu. Gantikan Encik Amsyar sahaja. Appointment tu penting sangat." kata Qaira.

"Kalau begitu baiklah Puan. Puan jangan lupa makan ubat. Ataupun Puan tak sihat sebab pregnant?" ceria PAnya menyoal.

'Pregnant?' getus hati Qaira. Tak terlintas dalam fikirannya tentang itu.

"Eh, tak ada maknanyalah. Sudah-sudah. Letak telefon dan cepat beritahu Encik Amsyar ya." arah Qaira.

"Gurau saja tapi kalau betul apa salahnya kan? Ok baiklah Puan Qaira. Saya akan beritahu Encik Amsyar segera. Saya letak dulu. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam" jawabnya.

Qaira meletakkan telefon pintarnya di sebelah. Qaira terfikir kata-kata PAnya tadi. Mengandung. Bagaimana kalau hubungan ini menghasilkan benih? Kemungkinan besar dia boleh mengandung memandang semalam ialah hari suburnya.

''Ya Tuhan. Kuatkanlah hatiku Ya Allah." rintih Qaira.

"Julia, kenapa Qaira tak masuk pejabat?" soal Amsyar. Dia sudah berdiri tepat di hadapan meja Julia.

Julia yang ketika itu menunduk kerana kusyuk menyiapkan kerja terus memandang wajah Amsyar. Segera dia berdiri tanda menghormati bosnya itu.

"Tadi saya dah call  Puan Qaira. Puan cakap dia tak sihat." jawab Julia.

"Tak sihat? Tapi dia tahukan hari ni ada appointment penting dengan client? " tanya Amsyar lagi.

"Tahu Encik Amsyar tapi Puan serahkan semua tu pada Encik. Puan percaya yang Encik boleh lakukan."

Amsyar menghela nafas.

"Bila awak call?"

"Dalam pukul 10 tadi"

"What!. Appointment mula pukul 11 pagi dan awak baru beritahu saya pukul 10.50 pagi!!" suara Amsyar meninggi. Tajam matanya memandang gadis bertudung merah jambu itu.

Julia tiba-tiba teringat pesanan Qaira supaya memberitahu Amsyar segera. Mata Julia terbuntang dan ditekup mulutnya dengan tangan. Sumpah dia lupa!

"Maaf Encik Amsyar. Saya betul-betul lupa." kaget Julia meminta maaf.

"Dah tak guna nak minta maaf. Sekarang ni awak siap. Sebagai hukuman, awak kena ikut saya pergi appointment tu sekali." tegas Amsyar bersuara.

Terus dia masuk ke bilik pejabat Qaira mengambil apa yang patut. Kertas-kertas kerja diambil. Pemacu pena yang sudah siap di dalam laci juga diambil. Mujur dia tahu topik yang akan dibincangkan bersama klien mereka kerana mereka sama-sama menyiapkan kerja tersebut. Dia keluar dari bilik pejabat Qaira. Dilihat Julia masih berdiri tegak di tempatnya.

"Awak tunggu apa lagi? Cepatlah. Dah lambat tahu tak?" Amsyar bersuara.

"Ba.. Baik Encik Amsyar." terus dicapainya buku yang mengisi jadual mesyuarat Qaira, fail-fail yang berkaitan serta beg tangannya.

Dia mengikuti langkah Amsyar yang sedang menunggunya di pintu utama pejabat.

***

Sudah puas Qaira termenung, dia segera bangun dari katil. Niatnya hendak membersihkan diri dan qada' solat subuhnya.

Baru selangkah, Qaira terus duduk semula di atas katil. Bahagian ari-arinya sakit. Dia menekan-nekan bawah perutnya.

"Auch" mulutnya berbunyi.

Mahu tidak mahu Qaira tetap berjalan ke arah bilik air. Mukanya berkerut menahan sakit semasa berjalan ke arah itu. Tangannya berpaut pada dinding dan pengampai berdekatan. Tuala mandi diambil dan dia meloloskan diri ke dalam.

Dilihat badannya di depan cermin itu. Penuh dengan kesan merah. Dia kembali teringat tentang kejadian malam tadi dan selepas subuh. Sakit sungguh hatinya apabila diperlakukan sebegitu rupa. Tak ubah seperti pelacur. Qaira masih ingat bagaimana cara Syed Nazril melayannya. Kasar.

Qaira berdiri di bawah pancuran air tersebut. Digosok kuat badannya dengan harapan hilang segala kesan itu hakikatnya tidak akan hilang sambil menangis. Dia berasa jijik dengan dirinya. Walaupun Syed Nazril suaminya yang sah namun dia tetap berasa seperti itu. Kalaulah Syed Nazril melakukannya kerana cinta dan menganggapnya sebagai isteri, sudah tentu dialah wanita yang paling bahagia. Tetapi itu hanyalah khayalan semata-mata. Tidak mungkin Syed Nazril akan menganggapnya seperti itu.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now