Special Chapter

38.4K 590 18
                                    

"Abang, tolong bagi Faril susu! Sayang tengah masak ni" laung Qaira dari dapur.

Syed Nazril ketika itu sedang menonton televisyen terus berpaling ke arah Faril. Khusyuk sangat tengok bola sampai tak sedar anaknya menangis.

"Okay sayang." segera Syed Nazril masuk ke dapur untuk membuat susu Faril.

Usai dia membuat susu Faril, terus dia menuju ke ruang tamu di tempat Faril menangis. Sempat dikucup pipi Qaira.

"Ya Faril. Papa datang ni bawa susu." dia duduk di sebelah anaknya. Faril dikendong dan disumbat mulut anaknya dengan botol susu yang siap dibancuh tadi.

Sudah setahun mereka hidup bahagia dan buat masa ini tiada apa-apa masalah antara mereka. Kalau persengketaan yang kecil-kecil itu biasalah di dalam rumahtangga.

Dalam masa itu juga mereka sudah berpindah ke Malaysia. Mereka kini tinggal disebuah rumah banglo dua tingkat. Rumah ini dibeli sebelum mereka berpindah lagi. Biarlah dia kehabisan harta asalkan isteri dan anaknya hidup bahagia. Dia tidak mahu Qaira tinggal di kondo lamanya kerana tidak mahu Qaira mengingati peristiwa pahit di situ.

Qaira sudah kembali masuk ke pejabat lamanya. Syed Nazril pula masih lagi memegang jawatan sebagai CEO. Apabila mereka bekerja, Faril akan dihantar ke rumah Datin Marziah memandangkan kediaman mereka berdekatan.

Hari ini ialah hujung minggu jadi dapatlah mereka meluangkan masa bersama.

Dalam beberapa minit, tiba-tiba kedengaran salam diberi dari luar rumah. Dahi Syed Nazril berkerut.

'Siapa pula yang datang waktu macam ni?' desis hatinya.

"Sayang, sayang ada ajak sesiapa datang waktu macam ni ke dekat rumah kita?" tanya Syed Nazril. Faril yang sudah lena diletakkan di atas tilam. Dia berjalan ke dapur menuju ke arah isterinya.

"Bukan abang ke yang ajak?" soalan dibalas soalan.

"Tak." gelengan diberikan.

"Tak apalah. Sayang teruskan masak. Abang keluar tengok siapa yang datang. Sayang jangan lupa pakai tudung. Mana tahu yang datang tu lelaki." sempat lagi dia berpesan.

Syed Nazril berjalan menuju ke pintu utama. Melihat sahaja figura di depan matanya, Syed Nazril terkejut.

"Abang, siapa tu?" tanya Qaira. Dia berjalan menuju ke ruang tamu. Qaira menghentikan langkahnya. Dia juga terkejut melihat tetamu itu di hadapan rumah mereka sekarang.

***

"Sebenarnya I datang sini sebab nak minta maaf atas segala kesalahan I pada you dan juga Qaira. Actually, I rasa berdosa sangat sebab cuba jatuhkan rumahtangga you all berdua. I bodoh sebab terlalu percayakan Harris." Angela dari tadi tidak henti memohon maaf kepada pasangan tersebut.

Syed Nazril dan Qaira masih lagi terdiam. Bukan kerana Angela datang untuk meminta maaf tetapi penampilan Angela pada kali ini amat mengelirukan mereka.

Mana tidaknya, dia datang dengan berjubah labuh serta bertudung! Malah dia tidak datang keseorangan tetapi ada peneman yang dibawa. Lelaki!

"Kami dah kama maafkan awak Angela. Tapi saya nak tanya, kenapa awak pakai macam ni?" tanya Qaira sambil menuang air ke dalam cawan untuk dihidangkan kepada mereka.

Angela tersenyum.

"Kenapa? Tak boleh ke?" provok Angela.

"Nope. Bukan tak boleh. Boleh je tapi kenapa?" Syed Nazril pula bersuara.

Angela memandang wajah lelaki itu dan lelaki itu hanya mengangguk.

"Sebenarnya, I dah peluk Islam." jawab Angela perlahan.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu