Bab 21

42.5K 712 9
                                    

"So ceritalah cepat macam mana Encik Amsyar boleh kenal dengan Cik Angela tu" gesa Julia sambil memandang ke arah Amsyar yang sedang memandu kereta.

Mereka dalam perjalanan ke pejabat semula selepas menunaikan solat zohor tadi.

"Okay saya ceritakan. Saya kenal Angela tu masa kat pub. Masa tu saya dengan seorang sahabat saya nama dia Syed Nazril... " belum sempat Amsyar cerita Julia sudah memnyampuk.

"Syed Nazril suami Cik Qaira?"

"Iya dan boleh bagi saya habiskan cerita dulu?"

"Hehe.. Maaf Encik Amsyar" Julia tersengih.

"Dulu dia sahabat saya dari sekolah menengah lagi. Apa-apa masalah dia selalu ada dengan saya. Saya pergi clubbing pun sebab terpengaruh dengan dia. One day, saya tunggu dia dekat pub sebab janji nak jumpa dekat situ. Lama saya tunggu dia and paling mengejutkan dia bawa seorang model terkenal iaitu Angela. Angela pun macam tak kisah je saya kenal dengan dia. Lama-lama tu dia macam tak kekok dan cara dia bercakap dengan saya pun ikhlas. Saya pun okay je. So dari situlah saya dan Angela kenal. Dulu hidup saya kat pub macam orang yang tak ada agama. Saya tak pernah minum arak cuma.." Amsyar menghela nafas. "Cuma saya dah banyak kali tidur dengan perempuan. Itu perkara paling saya kesalkan. Malam lepas balik dari pub saya pergi hotel dengan salah seorang perempuan ni. You know lah kan nak buat apa tapi tak sempat sebab adik perempuan saya call bagitahu yang mak saya kena tahan wad sebab kanser paru-paru mak saya dah capai tahap ketiga. Saya dapat tahu daripada adik saya yang mak saya tak pernah buat treatment pun. Duit yang saya beri tiap-tiap bulan untuk treatment tak pernah diusik pun. Saya tanya mak saya kenapa mak saya cakap dia tak nak guna sebab tak nak susahkan saya. Mak saya cakap lagi kalau saya berubah mak saya akan ikut treatment tu. Banyak kali mak saya cakap hidup saya macam orang barat gara-gara terikut perangai Syed Nazril tu. Saya ingat lagi mak saya pernah cakap

Sebelum mak mati, mak nak sangat tengok anak mak ni jadi orang yang baik. Bukan orang yang buat maksiat. Kalau Am sayang mak, berubahlah sayang.

Waktu tu mak saya terlantar dekat hospital. Saya yang ada di sisi dia pun menangis jadi sejak tu saya cuba berubah. Lepas tu baru mak saya pergi treatment. Hasilnya, sekarang mak saya sihat Alhamdulillah." panjang lebar Amsyar menceritakan kisah pahitnya.

Julia tergamam seketika. Tidak sangka sebelum ini Amsyar sebegitu rupa. Tapi Alhamdulillah dia sudah berubah.

"Syed Nazril macam mana?" tanya Julia.

"Saya ada ajak dia berubah sebelum dia bernikah dengan Qaira. Tapi maki hamun yang saya dapat malah dia putuskan persahabatan kami yang dah terjalin selama bertahun-tahun tu. Saya kecewa sangat. Tak sangka sampai macam tu sekali sikap dia." jawab Amsyar kecewa.

"Tak apalah Encik Amsyar. Sekurang-kurangnya Encik dah cuba. In Syaa Allah suatu hari nanti dia akan berubah. Kita sebagai hamba yang lemah hanya mampu berdoa sahaja setelah kita usaha. Doakan senjata umat Islam. Encik berdoa banyak-banyak supaya dia berubah ya?" ujar Julia sambil tersenyum manis.

Amsyar memandang Julia dan dia terpaku sebentar dengan senyuman itu. Cepat-cepat dia istighfar dan kembali memandang ke depan. Fokus kepada pemanduannya semula. Nasib baik tidak jadi apa-apa.

Entah kenapa senang sahaja dia bercerita kisah lalunya pada Julia. Amsyar pelik.

***

Pukul 5.20 petang Syed Nazril sampai dirumah. Dia membuka kasut dan terus merebahkan badannya di atas sofa. Dia melelapkan mata sebentar. Tidak kelihatan pula kelibat Qaira. Lantaklah malas nak ambil tahu.

Entah bagaimana fikirannya melayang tentang kejadian malam tadi. Dia tersenyum. Bukan senyuman jahat atau sinis tetapi senyuman manis.

Sejujurnya hati dia pun sakit apabila melakukan begitu kasar terhadap Qaira dalam masa yang sama dia suka namun ego menjadi tembok.

Qaira berdiri di hadapan cermin solek dalam biliknya. Perlahan-lahan dia membuka balutan di dahi serta lengannya. Sudah empat hari melekat di situ. Qaira membuka balutan itu kerana esok dia harus ke pejabat. Tidak mahu rakan sepejabatnya menanyakan hal itu.

Selesai membuka balutan, Qaira membelek pipinya. Ada parut tapi kalau ditutup dengan bedak mungkin boleh. Kalau bahagian lengan pula tidak ada masalah kerana boleh ditutup dengan lengan baju.

Qaira menghembus nafas lega. Dia keluar dari bilik kerana hendak membuang balutan itu dan masak untuk makan malam. Sampai di suang tamu, dia ternampak Syed Nazril sedang elok terbaring di atas sofa.

Qaira menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya perlahan. Dia berjalan perlahan tidak mahu Syed Nazril perasan akan dirinya. Seakan fobia dengan suami sendiri.

Tiba-tiba dia dipeluk dari belakang. Ah sudah. Sudah tahu siapa yang memeluknya. Tentu Syed Nazril. Siapa lagi yang duduk di rumah ini selain mereka berdua.

Terasa nafas dihembus dilehernya kemudian dicium. Segera Qaira menghadap ke arah Syed Nazril. Ingin mengelak darinya.

"Saya nak masak" kata Qaira dan dia masuk ke dapur. Belum sempat melakukan apa-apa tubuhnya dicempung oleh Syed Nazril.

Sampai di bilik Syed Nazril terus dia meletakkan tubuh Qaira di atas katil dan dia terus menindih tubuh Qaira.

Qaira kaget dan terus menangis. Takkanlah lagi sekali. Sungguh dia tak nak. Masih ingat lagi bagaimana kasarnya Syed Nazril melayannya.

"Awak saya taknak" kata Qaira sambil menolak dada Syed Nazril namun sikit pun lelaki itu tidak berganjak.

Syed Nazril memandang wajah Qaira yang sudah basah dengan air mata. Tidak tahu apa yang dia rasa.

"Aku janji tak buat kau sakit. Aku layan kau lembut okay sayang. Nikmati je permainan aku" bisik Syed Nazril sambil tangannya mengelus lembut pipi Qaira.

Qaira hanya redha. Tidak mahu dilaknat oleh Allah kerana menolak ajakan suami. Jujur, setiap tindakan Syed Nazril membuatkan dia khayal dan terbuai. Sungguh lembut dan ini yang dia mahukan. Bukannya secara kasar bagaikan pelacur. Dalam hati dia bersyukur sekurang-kurangnya dia dilayan baik walaupun dia tahu itu cuma sementara.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن