Bab 42

40K 661 18
                                    

"Angela" gumam Syed Nazril. Dia masih lagi terpaku di depan pintu.

Angela hanya memandang dan tersenyum hambar. Dia masih rasa bersalah terhadap Syed Nazril kerana meruntuhkan tugu cinta lelaki itu.

"I.. I nak cakap something dengan you. Boleh?" tanya Angela.

Amsyar yang berdiri di belakang Syed Nazril terus berdiri di sebelahnya mencari pemilik suara itu.

"Angela? Huh! Kau nak apa datang sini?" tanya Amsyar sinis. Dia berpeluk tubuh.

"I nak cakap sesuatu and I perlu jujur dengan Nazril." terang Angela.

"Tak perlulah nak jujur lagi sebab Nazril dah tahu semuanya. Kau datang tiba-tiba nak jujur mesti kau dah kena tipu dengan Harris kan?" provok Amsyar.

Muka Angela sudah berubah reaksi. Dia begitu terkejut dengan kenyataan Amsyar sebentar tadi.

'Amsyar tahu?' hatinya berdesis.

"Mana you tahu Amsyar?" bergetar suara Angela.

"Well. Aku dah siasat semuanya. Aku memang dah lama tahu Harris tu tipu kau. Memang aku nak explain dekat kau tapi kau dah separuh gila dekat dia. So aku diam je lah." terang Amsyar.

"Naz, Amsyar siapa yang datang tu? Kenapa tak ajak masuk?" Datin Marziah yang dari tadi memerhati terus mendekati mereka.

Terkedu Datin Marziah apabila melihat Angela berdiri di hadapan pintu rumahnya.

"Kau nak apa datang sini?" tegas Datin Marziah bersuara.

"Datin, saya datang nak minta maaf dekat Qaira dengan Naz." Angela cuba mencapai tangan Datin Marziah namun ditepis kasar.

"Senang je kau nak minta maafkan. Yang tanggung derita tu anak menantu aku. Bukan kau!!!" suara Datin Marziah sudah menaik.

Angela sudah mula mengalirkan air mata. Dia bukan berlakon tetapi dia betul-betul ikhlas dan jujur dengan niatnya.

"Datin saya tahu salah saya tapi saya betul-betul ikhlas nak minta maaf. Saya menyesal. Saya baru sedar saya ni cuma dipergunakan untuk kesenangan orang lain. Kalau Datin nak tahu, pasal Nazril accident tu rancangan Harris. Saya tak terlibat pasal tu." merayu-rayu Angela meminta maaf.

"Tapi kau tahu tu rancangan dia kenapa kau tak halang!? Sebab kau tamak! Bapak kau tu ada harta tujuh keturunan tak habis tapi kau masih lagi nakkan harta keluarga aku!"

Angela terkejut dengan keterangan Datin Marziah.

'Datin Marziah dah salah faham' getus hatinya.

"No no no. Datin salah faham. Bukan saya nak harta tapi Harris. Saya tak nak pun pasal harta tapi Harris. Dia nak musnahkan syarikat daddy Nazril sebab dia memang tak puas hati dengan Naz. Sebab saya sayang dia, saya sanggup. Tapi saya dah sedar salah saya, harta tak dapat bawa kebahagiaan pun. Datin, saya mohon ampunkan salah saya." Angela sudah menangis teresak-esak.

Muncul pula perasaan kasihan terhadap Angela dalam diri mereka. Mana taknya, sampai melutut depan pintu tu.

"Angela, bincang kat dalam" acuh tak acuh Syed Nazril berkata. Dia terus masuk ke dalam membawa luggage Barry Smith merah miliknya meninggalkan mereka yang terpinga-pinga di depan pintu. Terus dia melabuhkan punggung di sofa mewah itu diikuti Amsyar. Gila ke nak bincang kat luar rumah dengan Angela melalak pula. Mahunya tak jadi perbualan satu perumahan mewah itu.

Datin Marziah menarik tangan Angela dan duduk di ruang tamu. Kemudian muncul pula Dato' Syed Marzuki yang keluar dari bilik pejabatnya.

"Eh, Angela ada kat sini? Naz, daddy ingat kamu dah pergi?" Dato' Syed Marzuki bersuara.

"Sibuk dengan kerja dia je mana nak tahu apa jadi dekat luar" isterinya menjawab.

"Apa jadi?" soalnya lagi.

"So kau ceritalah apa yang berlaku" kata Amsyar kepada Angela.

Angela mengelap air matanya dahulu sebelum menceritakan satu persatu tentang rancangan Harris itu.

"Uncle tak sangka Harris macam tu. Selama ni uncle ingat dia baik sebab ayah dia kawan baik dengan uncle." Dato' Syed Marzuki hanya menggeleng kepala. Dato' Syed Marzuki lebih selesa dengan gelaran uncle. Dia sentiasa rendah diri walaupun pangkat tinggi.

"Uncle, Datin, Naz saya nak minta maaf sangat-sangat. Saya dah sedar silap saya. Saya harap semua dapat maafkan saya." pinta Angela.

"Kami semua dah maafkan kau. Kau jangan risau." kata Syed Nazril ikhlas. Bagi dia tidak perlu panjangkan hal ini. Angela sudah pun mengaku silapnya.

"Tapi I perlu berjumpa dengan Qaira juga. I nak minta maaf dekat dia." dia memandang Syed Nazril.

"Nanti aku pujuk dia balik sini. Kau tunggulah."

Angela hanya mengangguk. Kemudian dia bersuara semula.

"Err, saya nak minta maaf kalau permintaan saya ni tak sopan tapi saya nak bincang sesuatu dengan Nazril berdua."

"Hmm yelah. Bang, jom makan. Saya dah masak." dia terus menarik lengan suaminya dan berlalu ke dapur. Dia malas mahu panjangkan hal ni juga. Apa pun jadi, dia yakin Nazril akan tetap mencintai Qaira.

Amsyar pun terus bangun dan mengambil luggage Syed Nazril dan bawa keluar.

"Aku tunggu dalam kereta." pesan Amsyar dan hilang di sebalik pintu utama itu.

Suasana kembali sunyi sebelum Syed Nazril bersuara.

"You nak bincang apa?" panggilan sudah bertukar seperti asal.

"I nak minta you bagi peluang kedua untuk I boleh? I janji I takkan tipu you lagi. Kali ni I betul-betul serius dengan hubungan kita."

Syed Nazril betul-betul bengang dengan permintaan Angela.Sudahlah hancurkan rumahtangga dia. Lepas tu minta peluang lagi.

"You ni dah kenapa!? Dulu you cuba hancurkan rumahtangga I lepas tu senang-senang je minta peluang." tegas suara Syed Nazril.

"I tahu I salah. Tapi ini cara untuk I tebuskan kesalahan I pada you."

"You tahukan I dah ada isteri dan hati I hanya untuk Qaira. Tiada sesiapa yang layak gantikan tempat dia."

"I boleh pujuk dia Naz. Mesti dia tak kisah kan?" rayu Angela.

"I nak you jawab betul-betul. Kalau you nakkan I, you sanggup peluk Islam? You sanggup tinggalkan semua dunia model you tu dan bertudung? You tak boleh nak pakai pakaian yang seksi tu semua. You sanggup? Kalau sanggup pun you nak masuk Islam bukan sebab Allah tapi sebab nak I. I taknak macam tu."

Angela terdiam. Dia tahu selama ini agama Islam amat menitikberatkan soal hukum wajib semua ini.

"You mesti tak sanggup kan? So you sebelum buat keputusan fikirlah. Dahlah, I tak nak you tebuskan kesalahan you pada kami dengan cara macam tu. I ada isteri, ada anak dah pun so you tak payah nak mengharapkan apa-apa dari I. You carilah lelaki lain yang boleh jaga you sebaik mungkin. Oklah. I nak pergi KLIA. I perlu cari Qaira untuk minta maaf. I pergi dulu." dia terus bangun meninggalkan Angela di situ.

Angela bangun mengikuti langkah Syed Nazril kerana dia juga perlu pulang ke rumah papanya. Dia berdiri menghadap Syed Nazril yang berada di pintu kereta Amsyar.

"Jalan elok-elok. I pun nak balik rumah papa. Bye" terus dia meloloskan diri ke dalam kereta porsche miliknya.

Sedang dia memandu, dia masih teringat kata-kata Syed Nazril.

"Tidak mengapalah. Aku memang tak layak untuk lelaki sebaik dia. Aku doakan mereka bahagia." dia berkata seraya tersenyum.

Tak best utk this chapter. Sorry.


Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now