Bab 39

35.4K 660 4
                                    

"Qaira jaga diri dekat sana. Cucu mummy ni jaga elok-elok tahu." kata Datin Marziah.

Sekarang mereka semua berkumpul di KLIA untuk menghantar Qaira ke Australia kecuali Syed Syazril. Dia perlu menjaga abangnya sekarang di hospital.

"Baik mummy. Qaira ingat pesanan mummy tu."

"Daddy pun nak pesan, dekat sana kamu kena ingat status kamu sebagai isteri. Jadi kamu tahu kan apa maksud tersirat daddy?" provok Dato' Syed Marzuki.

"Tahu daddy" jawab Qaira.

"Eloklah tu. Nanti selalulah telefon kamu. Mesti kamu nak tahu jugakan pasal Nazril? Nanti daddy akan inform pada kamu."

"Okay daddy. Terima kasih."

"Akak jangan lupakan kami dekat sini even akak duduk sana setahun. Lepas ni mesti adik rindu Faril." Syarifah Maisara membuat muka sedih. Tangannya mengusap rambut Faril yang semakin panjang sedikit.

"Alololo. Kesian dia. Takpe, nanti dekat sana, akak selalu call Mai tahu. Jangan risaulah."

"Angan pun jangan lupa adik pula." Fikri pula bersuara.

"Ya. Angan takkan lupa semuanya." Qaira menjawab.

"Nanti balik sini belikan ole-ole tau untuk adik. Hehe" pinta Fikri.

"Amboi budak ni. Yelah nanti akak belikan."

"Angah, dekat sana nanti jangan lupa call umi dengan abah. Setahun tu lama." ujar Puan Halina.

"Baik umi."

"Abah pula nak pesan ni. Bila Faril tu makin membesar, selalu tunjukkan gambar ayah dia supaya dia kenal siapa ayah dia. Taknak nanti balik sini dia takut dengan Nazril." celah Encik Arifin.

Qaira hanya tersenyum hambar dan mengangguk.

Pengumuman mengenai penumpang pesawat ke Australia sudah diumumkan. Mereka perlu masuk ke dalam kapal terbang dengan segera.

Qaira memandang satu persatu wajah mereka. Paling sedih dengan Puan Halina dan Encik Arifin. Berat sekali mahu dia pergi tetapi atas komitmen kerja dan hati yang lara, dia perlu juga pergi bersama cinta hatinya yang elok berada di troli bayi sekarang.

Qaira mendekati mereka lalu menyalam mereka. Dipeluk cium Puan Halina, selepas itu Datin Marziah dan terakhir, Syarifah Maisara.

Selepas itu dia mengambil Faril yang lena itu untuk didukung. Luggage berjenama Polo ditarik menuju ke balai pelepasan.

"Qaira pergi dulu. Assalamualaikum" sempat lagi dia memberi katanya yang terakhir.

Selang beberapa minit kemudian, mereka semua menuju ke kereta untuk pulang membersihkan diri. Kemudian semua akan menuju ke hospital untuk melawat Syed Nazril yang masih koma lagi.

***

Jari jemari Syed Nazril bergerak-gerak. Dadanya berombak sedikit kencang. Kedua-dua belah mata perlahan-lahan dibuka namun ditutup semula kerana cahaya lampu yang menyilaukan matanya. Tetapi dia cuba juga untuk membukanya. Dilihat sekeliling dan pandangan matanya disajikan figura adiknya yang tidur di bahagian sofa.

"Sya.. Syaz" serunya perlahan.

Syed Syazril yang kena tidur itu terpisat-pisat membuka matanya apabila suara seakan berbisik memanggil namanya. Dia melihat ke arah abangnya serta-merta matanya membulat. Terus dia menerpa ke arah Syed Nazril.

"Along!! Alhamdulillah along dah sedar. Doktor!! Doktor!! " Syed Syazril tergesa-gesa keluar dari bilik wad untuk memanggil doktor.

Kemudian dia masuk kembali bersama doktor dan beberapa orang jururawat.

Doktor Hannah memeriksanya dengan teliti. Selepas itu dia tersenyum.

"Alhamdulillah abang kau dah stabil. Dia terlepas dari kritikal." ucap Doktor Hannah.

"Syukur Alhamdulillah." Syed Syazril mengucap syukur sambil meraup mukanya dengan kedua belah tangan.

"Lepas ni abang kau akan dipindahkan ke wad biasa dan dia akan ditahan beberapa hari untuk dirawat." terang Doktor Hannah.

"Terima kasih Hannah. Abang aku dah sedar sekarang." bukan main gembira Syed Syazril lepas abangnya sedar dari koma.

"Buat masa ni cuba jaga emosi abang kau dulu sebab risau kalau dia murung atau sebagainya kesihatan dia akan terjejas. Kalau tak ada apa-apa lagi aku pergi dulu."

"Okay. Thanks again Hannah."

"My pleasure" balas Doktor Hannah kemudian dia keluar dari bilik itu diikuti beberapa orang jururawat.

Syed Nazril cuba untuk bangun namun keadaannya yang masih lemah membuatkan dia tidak mampu. Syed Syazril yang baru sahaja berbicara dengan Hannah terus membantu abangnya untuk bangun.

"Along nak air?"

Syed Nazril hanya mengangguk.

Terus Syed Syazril menuang air kosong ke dalam cawan plastik lalu diberi kepada Syed Nazril.

Syed Nazril menyambut terus meneguk rakus air itu. Sudah berbulan dia hanya berbaring sudah tentu haus dahaga dan juga lapar.

"Kau nak makan? Aku boleh belikan dekat kafe bawah tu."

Syed Nazril hanya mengangguk. Dia tidak mampu bersuara.

"Aku pergi bawah kejap tahu." Syed Syazril meminta diri.

Selang beberapa minit kemudian Syed Syazril muncul dengan plastik berisi makanan. Dia duduk di kerusi berdekatan katil itu lalu dibuka makanan.

"Sorrylah aku beli sandwich dulu. Bubur tak ada tapi tadi aku dah call mumny dengan daddy minta tolong beli bubur dekat McD. Nah." sandwich dihulur kepada Syed Nazril dan perlahan-lahan dia menyambut dan terus disuakan ke mulut.

"Ma.. Mana se.. Semua?" walaupun agak sukar Syed Nazril hendak bersuara namun dia tetap juga melakukannya.

Syed Syazril terdiam. Perlukah dia menjawab sedangkan abangnya baru sahaja sedar dari koma. Jika Syed Syazril memberitahu perkara sebenar berkemungkinan kesihatan abangnya merundum.

"Dorang semua penat sebab jaga kau seharian. So aku suruh balik dulu buat aku pula jaga kau." Syed Syazril berbohong.

"Kenapa kau nak jaga aku? Aku selama ni jahat dengan kau." tanya Syed Nazril.

Syed Syazril hanya tersenyum mendengar soalan yang diajukan abangnya.

"Walaupun kau benci aku, aku tetap adik kau dan kau tetap abang aku. Air yang dicincang takkan putus."

Syed Nazril terharu mendengarnya. Sungguh dia malu dengan adik keduanya.

"Aku.. Aku minta maaf" sekali sekala dia berdehem supaya hilangkan malu. Syed Syazril tersenyum.

"It's okay bro. Dahlah, kau habiskan makanan tu dulu. Nanti mummy dengan daddy datang." ujar Syed Syazril.

"Isteri aku?" dia bertanya tentang Qaira.

"Err..." ayat Syed Syazril terhenti di situ. Tidak tahu untuk menjawab.

"Aku tanya ni isteri aku datang tak?" Syed Nazril bertanya lagi.

"Wei, aku lupalah aku tak solat asar lagi. Aku pergi surau dulu tau. Kau habiskan makanan." Syed Syazril menukar topik. Tergesa-gesa dia keluar dari bilik wad itu. Risau jika abangnya bertanya lebih lanjut tentang Qaira.

Sebenarnya Syed Syazril sudah solat tadi tapi dia terpaksa keluar dari bilik itu dengan cara berbohong. Dia terpaksa duduk di luar sehingga mummy dan daddynya sampai.


Sorry, bab ni macam hampeh je. Sebabnya mood ke laut dah 💔...Agak kecewa.. Ermm.. One more, saya mungkir janji kata nak tamatkan minggu lepas tapi x buat pun. Sorry again



Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now