Bab 48

39.6K 618 21
                                    

Qaira masuk ke dalam rumah lalu salam diberi namum tidak disahut. Dahi Qaira berkerut. Sunyi. Takkan tidur waktu begini.

Qaira menapak ke bilik Syed Nazril. Kosong. Dapur juga kosong. Qaira menuju je biliknya juga kosong namun matanya tertancap pada sehelai dress yang diletakkan di atas katilnya bersama sehelai nota.

Nota itu terus diambil dan dibaca.

Sayang pakai dress ni malam ni juga. Tepat 8 malam ada orang akan jemput sayang then bawa ke tempat istimewa. Faril ada dengan abang. Jangan risau.

Your lovely husband
:)

"Tempat istimewa? Apalah agaknya yang dia cuba buat?" gumamnya.

Dia mencapai dress yang berwarna maroon itu dan dia padankan pada tubuh. Sekali lagi dia menilik dress itu.

Dress itu berlengan panjang. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Cukup-cukup padan dengan badannya yang sedia ramping. Bahagian bawah pula kembang dan mudah untuk berjalan. Terdapat corak-corak labuci di bahagian bawah. Manakala bahagian bawah dada terdapat manik-manik mutiara di sekeliling. Sangat cantik.

Qaira tersenyum. Pandai juga Syed Nazril memilih dress untuknya. Agaknya Syed Nazril tahu jenis pemakaiannya yang tidak terlalu mengikut bentuk badan.

Dia mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia mahu solat dan terus bersiap. Dia hanya ada satu jam sahaja lagi.

Sekali lagi Qaira melihat wajahnya dicermin. Wajahnya disolek tipis dan ringkas. Shawl berwarna putih diperbetulkan sekali lagi walaupun tiada apa-apa yang tidak kena. Cukup menutup bahagian dada. Baju pula dibelek. Okay perfect. Dia menuju pula ke rak kasut. Weges dicapai selepas dia memakai stokin kulit.

Apabila semuanya telah siap, dia menunggu di luar rumah siap-siap. Nanti gerangan yang menjemput tidak perlu menunggu lagi.

Penantiannya berakhir apabila sebuah kereta bmw berhenti tepat dihadapannya. Keluar sahaja pemandunya, Qaira tercengang.

Amsyar!

"Amsyar?" soal Qaira separa menjerit.

"Yes?" Amsyar bertanya selamba. Kelakar pula melihat wajah Qaira begitu.

"Bila.. Erg! Macam mana boleh ada dekat sini?!" suara dia tidak berubah.

"Nanti Nazril ceritakan semuanya. Now naik kereta sekarang sebab saya diamanahkan oleh Encik Husband awak untuk bawa ke suatu tempat." kata Amsyar sambil membuka pintu kereta yang terletak di sebelah pemandu.

Qaira masih lagi diam tidak berkutik. Masih terkejut mungkin dengan kehadiran Amsyar secara tiba-tiba. Tidak peliklah jika Amsyar berada di sini kerana Amsyar tahu alamat rumahnya di Melbourne. Cuma takkanlah Syed Nazril yang menyuruh Amsyar ke sini. Paling tidak sangka Amsyar rupanya gerangan yang dimaksudkan suaminya.

"Hello!" Amsyar memetik jari dihadapan muka Qaira menyebabkan Qaira tersentak dari dunianya sendiri sebentar tadi.

Qaira menjeling tajam ke arah Amsyar. Dia terus masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan Amsyar.

Sepanjang berada di dalam kereta, Qaira tidak henti memujuk Amsyar supaya memberitahunya ke mana dirinya dibawa dan jawapan yang sama Amsyar berikan iaitu rahsia.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now