Bab 43

42.5K 683 12
                                    

Kini Syed Nazril dan Amsyar berdiri di hadapan balai pelepasan. Tiket dan passport berada di tangan. Tak lama lagi dia perlu berlepas ke Melbourne.

"Dah sampai sana nanti kau jaga diri tau. Pujuk Qaira sebaik mungkin sebab masa depan kau adalah dengan dia. Paling penting, jangan pernah sia-siakan dia dan anak kau. Selagi mereka ada, kau hargailah. Jangan buat keputusan terburu-buru dan jangan bertindak mengikut perasaan. Nanti menyesal." pesan Amsyar panjang lebar.

"Ye Amsyar. Aku pun menyesal sangat. Sebabkan aku terlalu ikut perasaan, anak dan isteri aku tinggalkan aku." Syed Nazril mengeluh.

"Dahlah. Tak payah sedih lagi. Kejap lagi kau kan nak cari dia. Aku dah whatsapp kau alamat Qaira kat Melbourne sana. So kau cari je dia dekat situ." dia menepuk perlahan bahu Syed Nazril.

"Okay. Thanks bro. Kau memang kawan baik aku dunia akhirat. Kau sudi tolong aku tak kira masa." Syed Nazril tersenyum.

"Tak ada hal lah. Kau kawan baik aku dari sekolah lagi.

Pengumuman tentang pesawat ke Melbourne sudah diumumkan. Syed Nazril menarik luggagenya menuju ke balai pelepasan. Passportnya diperiksa oleh pegawai imigresen sebelum dibenarkan masuk.

Sempat lagi Amsyar menjerit "Gooluck" kepada sahabatnya yang seorang itu.

Syed Nazril mengangkat tangan sebelum kelibatnya hilang.

***

Lapangan Terbang Melbourne

Kini Syed Nazril menjejakkan kakinya di negara kangaroo. Sekarang dia perlu mencari Qaira. Terus dia mengeluarkan IPhone miliknya lalu membuka whatsapp. Alamat Qaira diberi. Syed Nazril tersenyum gembira.

Dia segera keluar dari situ mencari teksi untuk ke rumah isterinya. Matanya melilau mencari teksi yang tidak ada penumpang dan

Jumpa!

Terus dia menuju ke arah teksi itu dan bertanya " Sir, do you know this address? " dia menunjukkan alamat itu kepada pemandu teksi yang memperkenalkan dirinya sebagai Jacob.

"Yes sure. Do you want to go there?" jawab Jacob.

"Yes. Can you bring me there?" Syed Nazril bertanya lagi.

"Of course I can. Please have a sit. Get in." kata Jacob. Luggage milik Syed Nazril diambil lalu diletakkan ke dalam bonet.

Syed Nazril terus masuk ke dalam teksi di bahagian sebelah pemandu. Sepanjang perjalanan ke destinasi, Jacob cuba berborak dengan Syed Nazril untuk menghilangkan kekok.

"So, are you going for holiday here?" tanya Jacob.

"No, I come to find my wife and son." jawab Syed Nazril.

"Ouh..like that. Is your wife continues studies here?" soalnya lagi.

"Not exactly. She's working here and she brings along our son with her." gugup Syed Nazril menjawab. Bukan setakat kerja sahaja Qaira ke sini. Tapi disebabkan masalah rumahtangga mereka yang bergolak.

Jacob yang perasan tingkah laku Syed Nazril itu terus berkata.

"Sir, if you are having problem with your wife, its better if you two discuss about it. If you run away from your problem it will not settle your problem." dia menasihati sebagai orang yang lebih berpengalaman kerana dia lebih tahu asam garam dalam kehidupan selepas perkahwinan.

Syed Nazril berjeda seketika. Ingin menghadam betul-betul kata-kata Jacob tadi.

"Thanks for your advice. I really appreciate it." Syed Nazril tersenyum.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now