Bab 22

42.6K 632 22
                                    

Qaira terjaga apabila terdengar suara azan Maghrib menandakan masuk waktu solat.

Dia menggosok-gosok matanya supaya penglihatan lebih jelas. Terus dia bangun dari pembaringan. Tidak lupa juga selimut tebal untuk menutup tubuhnya yang terdedah.

"Aku tak masak lagi" keluh Qaira.

Dipandang Syed Nazril yang lena di sisinya. Qaira tersenyum. Dia menghadap Syed Nazril dan membelai rambut suaminya itu. Wajah mereka tinggal beberapa inci sahaja. Sungguh dekat sehingga hidung berlaga. Teringat bicara dan layanan Syed Nazril petang tadi.

Qaira sedar semasa itu Syed Nazril ada mengatakan I love you. Namun senyumannya mati semula kerana dia merasakan yang Syed Nazril ungkapkan keramat itu tanpa sedar. Dia berhenti membelai rambut Syed Nazril.

'Sedarlah Qaira yang suami kau tu takkan pernah cintakan kau walaupun dia separa sedar.' kata negatif itu mula menyerang benaknya.

Namun cepat-cepat dia berfikiran positif. Tidak baik berburuk sangka terhadap suami. Mungkin Syed Nazril malu untuk memberitahu perasaannya dan kerana itu Syed Nazril ucapkan ketika mereka bersama.

Sebelum Syed Nazril sedar, baik dia masuk ke bilik dan membersihkan diri dan solat. Selepas itu dia hendak memasak makan malam untuknya dan Syed Nazril. Dia mahu masak lauk kegemaran Syed Nazril. Mungkin suaminya akan jatuh sayang padanya. Qaira tersenyum lagi.

Qaira memakai pakaian dan terus keluar dari bilik itu.

Semasa Qaira sudah habis memasak, fikirannya bercelaru.

"Dia taknak keluar bilik ke? Dari tadi tak keluar bilik." tanya Qaira sendirian.

Tiba-tiba kedengaran pintu dikuak. Syed Nazril sudah keluar bilik dengan berpakaian seluar jeans dan tshirt hitam. Dia terus berlalu ke pintu utama tanpa menghiraukan Qaira di situ.

Qaira menghampiri Syed Nazril yang ketika itu sedang memakai kasut sambil tersenyum.

"Awak, jom makan saya dah masak" ajak Qaira.

Syed Nazril tersenyum. Qaira lagilah tersenyum lebar. Syed Nazril mendekatkan wajahnya di tepi Qaira lalu berkata

"Taknak. Jijik aku nak rasa makanan dari tangan kotor kau tu. Tak pasal-pasal aku jatuh sakit nanti." bisik Syed Nazril dan terus mencium lembut telinganya.

Serta merta senyumannya mati. Hancur berkecai hatinya bagaikan kaca. Sampai hati suaminya berkata begitu.

"Kau mesti ingat aku dah jatuh cinta dengan kau kan sebab petang tadi aku cakap I love you. Eh betina, kalau aku tidur dengan pelacur pun aku akan cakap macam tu jugalah sebab aku nak dia rasa nikmat. Sama juga macam kau. Fyi, kau dengan pelacur lebih kurang sama je cuma kau tu lebih teruk dari diorang semua tu. Nak tahu kenapa? Sebab diorang tu pelacur tapi tak gunakan agama untuk tutup aib diorang. Tak macam kau. Penipu" kata Syed Nazril panjang lebar. Terus dia menunjal dahi Qaira.

Tanpa memikirkan perasaan Qaira, Syed Nazril terus berjalan menuju ke lif. Sudah berjanji dengan Angela untuk keluar bersama.

Qaira menutup pintu dan bersandar pada pintu itu. Dia menangis teresak-esak sambil badannya makin ke bawah. Dia memeluk lututnya.

"Ya Allah, aku mohon kau tabahkanlah hatiku"

***

"Angah, jom pergi rumah Along. Rindulah dekat Kak Qaira" ujar Syarifah Maisara kepada Syed Syazril yang ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now