Bab 31

42.3K 663 3
                                    

Qaira membuka matanya perlahan dan perkara pertama yang dia lihat ialah wajah Kak Sya.

"Angah dah bangun?" sapa Kak Sya apabila perasan yang Qaira sudah sedar.

Qaira hanya mengangguk. Dia cuba untuk bangun tapi dihalang oleh Kak Sya.

"Angah baring je. Jangan gerak banyak sangat lagipun angah baru lepas bersalin." terang Kak Sya.

Qaira baru sedar yang perutnya sudah rata. Dia memegang perutnya sambil bertanya.

"Anak angah mana kak?" suaranya bergetar. Haraplah anaknya selamat.

"Angah jangan risau. Alhamdulillah anak angah selamat. Sekarang ni abang Firdaus azankan dia dan baby tu kena letak dalam inkubator sebab tak cukup bulan."

"Angah nak tengok anak angah sekarang kak." Qaira berura-ura untuk bangun. Kak Sya menghalang.

"Tak boleh angah. Angah lemah lagi."

"Akak.. Tolonglah angah nak tengok dia" rayu Qaira.

Kak Sya rasa bersalah untuk menolak namun jika dibenarkan bimbang pula keadaan Qaira sebegini.

"Akak tolonglah" rayunya lagi.

"Okay akak bagi tapi angah kena duduk atas wheelchair tau." ujar Kak Sya lalu memanggil nurse untuk memberikan kerusi roda kepada Qaira.

Setelah itu, Kak Sya membawa Qaira ke tempat yang diletakkan anaknya. Kelihatan Firdaus berdiri dari luar bilik itu melihat anak buahnya yang berada dalam inkubator.

"Abang" seru Qaira.

Firdaus menoleh lalu berkata.

"Angah kenapa datang sini? Kan tak sihat lagi?"  Firdaus mencangkung di hadapan Qaira.

"Dia nak sangat tengok anak dia" Kak Sya menjawab bagi pihak Qaira. Firdaus mengambil alih tempat Kak Sya lalu membawa Qaira masuk ke bilik itu.

"Tu anak angah. Comel kan. Tadi abang dah azankan dia." kata Firdaus sambil tersenyum.

Qaira yang melihat lagilah tersenyum lebar. Hatinya berbunga bunga melihat puteranya. Dia memegang kaca itu seolah-olah mengusap anaknya. Qaira memandang Firdaus dan Firdaus mengerti. Dia meninggalkan Qaira dan anaknya itu sendirian. Memberi ruang kepada mereka sementara dia menghubungi umi dan abahnya.

"Assalamualaikum anak mama" seru Qaira.

Anaknya bergerak sedikit memberi respon kepada mamanya. Qaira tersenyum.

"Comelnya dia. Ada iras papalah sayang." perlahan-lahan air matanya mengalir. Qaira segera mengesatnya.

Kak Sya dan Firdaus cuma memerhati. Luluh juga hati mereka melihat nasib Qaira sebegitu. Baru sahaja bahagia sudah datang ujian yang bertimpa-timpa.

"Kalau papa ada mesti papa gembira kan sayang.." tiba-tiba mukanya bertukar sayu. Airmata sekali lagi mengalir namun tidak disapu.

"...Tapi papa tak perlukan kita. Dia taknak tengok muka mama. Muka sayang. Lepas ni apapun jadi mama janji mama akan bahagiakan sayang dan takkan buat sayang kecewa. Mama cuba jadi mama dan papa untuk sayang dan beri kasih sayang sebagai papa dan mama. Mama akan ada untuk sayang walaupun papa tak perlukan kita." panjang lebar Qaira berbicara dengan anaknya. Airmata sudah deras mengalir. Walaupun sukar untuk bercakap akibat menangis namun dia lakukan juga.

"Mama masuk bilik mama dulu. Sayang kena cepat sihat tau nanti kita boleh habiskan masa sama-sama. Okaylah mama pergi dulu. Assalamualaikum sayang" Qaira menolak roda itu serta-merta kerusi itu bergerak.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant