Bab 49

37K 620 9
                                    

Arif dan Adam masih menunggu di dalam kereta. Kelibat Angela tidak kelihatan dari rumah mewah itu dari tadi. Seperti yang dirancang, mereka perlu menculik Angela.

"Mana dia ni tak muncul-muncul lagi?" rungut Arif.

"Sabarlah. Kejap lagi dia keluarlah tu." jawab Adam.

"Lama sangat ni." Arif bersuara lagi.

"Eh kau tahu sabar tak!?" Adam meninggikan suara.

Arif hanya diam. Sempat dia menjeling ke arah Adam. Seketika matanya tertancap pada seseorang yang mereka nantikan. Angela.

"Wei, tu dia dah keluar. Cepat-cepat." Arif bersuara sambil menepuk-nepuk bahu Adam. Adam keluar dari kereta dan menyorok di sebalik pokok.

Angela menapak keluar dari rumah keluarganya. Hari ini dia perlu balik ke Filipina. Luggage sudah siap diletakkan di bonet kereta. Tidak semena-mena, tas tangannya jatuh dan habis semua barang terkeluar. Terus dia melutut mengutip kesemua barangan. Usai semuanya, dia kembali berdiri.

Adam berjalan perlahan-lahan dari arah belakang Angela. Dia memerhati sekeliling. Tiada orang. Terus dia menekup mulut Angela dan mencempung tubuh itu masuk ke dalam kereta. Arif terus memandu kereta itu menuju ke tempat seperti yang dirancang manakala Adam memegang lengan Angela supaya gadis itu tidak melakukan sebarang tindakan.

Sampai di gudang, mereka mengikat Angela di kerusi supaya dia tidak boleh lari.

Sementara Adam menjaga Angela, Arif pergi menghubungi Harris untuk memaklumkan kepadanya Angela berjaya ditangkap.

IPhone milik Harris berdering menandakan tanda panggilan masuk. Melihat sahaja pemanggil itu, terus dia mengangkat.

"Bagus. Tak sia-sia aku upah korang. Semuanya berjalan seperti yang dirancang." Harris ketawa jahat. Puas hatinya apabila Angela berjaya diculik.

"Malam ni aku datang. Pastikan dia tak terlepas. Faham!!!" tegas Harris. Terus dia mematikan panggilan itu.

"Angela Angela. Kau fikir kau boleh lari ke dari aku? Aku akan pastikan rancangan aku tak terbongkar dari mulut kau tu." sinis dia berkata.

Tiba-tiba iPhonenya berbunyi sekali lagi minta diangkat.

Sayang

Harris tersenyum dan mengangkat panggilan itu.

"Hai sayang. How are you today?" Harris memulakan perbualan.

"Alright. I janji lepas habis je kerja settle I datang okay?"

"Okay bye. Love you."

***

Qaira ralit memandang langit yang dihiasi bintang-bintang hingga dia tidak sedar Syed Nazril berdiri di belakangnya.

Qaira tersentak. Namun dia tidak menoleh memandang kerana dia sudah tahu siapa yang memeluknya. Ahli keluarga yang lain sudah pulang ke Malaysia petang tadi. Katanya tidak mahu mengganggu.

"Termenung apa?" tanya Syed Nazril. Dia mendaratkan dagunya di bahu Qaira.

"Nothing. Cuma terfikir pasal hal malam semalam. Tak sangka abang buat semua tu. Terima kasih abang." jawab Qaira. Dia tersenyum.

"Sama-sama sayang. Apalah sangat kejutan yang abang buat tu dengan hati sayang yang dah lama terluka disebabkan abang. Abang banyak sakitkan sayang dari awal perkahwinan kita dulu sampailah hari terakhir sayang tinggalkan abang. Waktu tu perkara paling bodoh abang pernah buat. Sebabkan amarah abang, anak kita hampir terkorban. Maafkan abang sayang." panjang dia berkata seraya memusingkan tubuh Qaira menghadapnya.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now