Bab 34

37.8K 630 14
                                    

Semua yang berada di luar bilik sedang resah. Mereka menunggu keputusan daripada Doktor Hannah yang sedang merawat Syed Nazril.

Kemalangan yang berlaku ialah berpunca daripada Syed Nazril sendiri dan ganti rugi kereta yang terlibat dalam kes itu perlu dibayar oleh keluarganya namun itu tidak menjadi masalah untuk mereka. Bagi mereka yang penting sekarang ialah Syed Nazril. Bagaimanakah keadaannya sekarang?

Datin Marziah dari tadi tidak berhenti menangis dan Syarifah Maisara yang memujuknya. Manakala Dato' Syed Marzuki dan Syed Syazril hanya duduk dan menanti namun dalam hati tak siapa yang tahu.

Pintu dikuak dari dalam. Muncul Doktor Hannah yang bersarung kot putih doktor. Syed Syazril terus bangun lalu menyapa doktor itu.

"Macam mana dengan bang aku Hannah?" tanya Syed Syazril. Doktor Hannah ialah kawan Syed Syazril sejak dari universiti lagi oleh itu mereka tidak menggunakan bahasa formal. Lebih selesa membahasakan diri sebegitu.

"Buat masa ni abang kau masih kritikal sebab hentakan kuat dekat bahagian kepala. Kami dah cuba sedaya upaya dan selebihnya bergantung pada keupayaan dia. Tapi apa pun banyakkan berdoa dan jangan berputus asa. In Syaa Allah semuanya akan dipermudahkan." terang Doktor Hannah panjang lebar.

"Berapa lama dia akan macam tu?" tanya Dato' Syed Marzuki pula.

"Saya pun tak boleh nak jangka berapa lama Dato'. Cuma cara yang kita boleh bantu ialah bacakan surah yasin and keep praying. Selain tu selalulah bercakap dengan dia sebab orang yang koma ni boleh mendengar walaupun mata masih bertutup."

"Boleh saya masuk tengok dia?" tanya Datin Marziah tiba-tiba. Tangisannya sudah reda tidak seperti tadi. Air mata yang merembes di pipi di lap.

"Boleh Datin." jawabnya.

Datin Marziah terus masuk ke wad yang menempatkan Syed Nazril diikuti yang lain kecuali Syed Syazril yang masih lagi berdiri di situ.

"Terima kasih Hannah" ucap Syed Syazril.

"Sama-sama."

"Terima kasih sekali lagi sebab bagitahu pasal kakak ipar aku tu. Kalau kau tak cakap entah sampai bila kami dapat tahu yang dia dah bersalin and sorry sebab terus tinggalkan kau masa tu. Aku terkejut sangat sampai lupa nak cakap terima kasih dekat kau" katanya lagi.

"Tak ada apalah. Aku kenal kau dari universiti lagi tau. Kalau kau dah cemas ke terkejut ke, kau memang macam tu. Lagipun aku dah masak dengan perangai kau tu" balas Hannah sambil ketawa kecil.

"Okaylah. Aku kena gerak dulu ni sebab aku ada patient lagi yang perlu dirawat. So, ada masa kita jumpa lagi." Hannah terus beredar dari situ.

Syed Syazril hanya memerhati hingga kelibat doktor itu hilang dari pandangan matanya. Sejurus selepas itu, dia masuk ke wad untuk melihat keadaan abangnya.

***

Sebulan kemudian

"Assalamualaikum" Puan Halina terdengar suara orang memberi salam dari luar rumahnya. Dia terus menuju ke arah pintu dan melihat siapakah gerangan yang memberi salam itu.

"Wa'alaikummusalam" salam di jawab. Kelihatan Firdaus berdiri di luar bersama Kak Sya serta Akif dan Alia.

"Umi" sapa Firdaus lalu menyalam tangan tua itu diikuti yang lain. Mereka masuk ke dalam rumah selepas itu dan terus duduk di ruang tamu.

"Kenapa datang tak beritahu umi dulu?" tanya Puan Halina.

"Macam tak biasa pula umi ni" seloroh Kak Sya sebelum dia ketawa kecil. 

"Budak-budak ni nak sangat tengok Faril tu. Erm... Mana Qaira?" tanya Kak Sya lagi.

Baru sahaja Puan Halina ingin menjawab, Akif telah bersuara terlebih dahulu "Ibu, mana baby? Akif dengan Alia nak tengok Faril. Kan Alia kan" Akif memujuk sambil menarik lengan Kak Sya. Alia pula hanya mengangguk kepala.

"Walid, jomlah tengok baby Makngah" kali ini giliran Alia pula bersuara. Kedua mereka telah pun bangun dan menarik-narik tangan kedua orang tua mereka.

"Bawalah mereka tu jumpa Faril" kata Puan Halina lalu bangun menuju ke dapur untuk memasak tengahari. Kak Sya mengikuti dari belakang.

Firdaus membawa kedua-anak mereka masuk ke bilik Qaira. Dia melihat Qaira memakaikan lampin untuk Faril.

"Eh abang, bila sampai?"

"Baru je tadi. Budak-budak ni nak sangat tengok Faril. Tu yang abang bawa."

Qaira mengangguk. "Kak Sya mana?" dia kembali bersuara.

"Ada kat dapur tolong umi tengahari. Ni abang nak tanya, selama sebulan ni ada tak Syed Nazril datang?"

"Tak adalah bang. Angah peliklah. Takkan dia takut dengan ugutan abang kot. Selama kenal dengan dia, dia mana heran dengan ugutan." 

"Langsung tak ada!?" Firdaus terkejut.

"Yelah. Sebulan pula tu"

"Hmm.. Peliklah. Tak apa nanti abang call dia lagi."

Qaira mengangguk.

"Haritu Faril ada menangis. Kuat pula tu. Tiba-tiba je abang. Bila cek tak ada apa pun tapi lepas abah baca surah dia okay." adu Qaira.

"Dia nak papa dialah tu sebab tu nangis kuat macam tu" kata Firdaus.

"Tapi sebelum ni tak ada pun"

"Budak makin membesar angah." terang Firdaus.

Tiba-tiba telefon pintar milik Qaira berbunyi minta diangkat. Segera Qaira menjawabnya selepas melihat si pemanggil tersebut.

"Wa'alaikummusalam. Ya kenapa Mai? Apa! A.. Abang Naz... " ayatnya terhenti disitu. Mungkin terkejut. Airmata Qaira terus merembes keluar. Dia sambung berkata selepas mengambil beberapa saat untuk menenangkan diri supaya dia bisa bercakap.

"Akak datang sekarang juga. Tunggu akak dekat sana" sejurus selepas itu panggilan dimatikan. Dia terus memandang wajah Firdaus yang jelas kebingungan.

"Su.. Suami angah kemalangan. Sekarang dia dekat hospital. Koma." jelas Qaira sambil menangis.

Firdaus terkejut untuk kali kedua.

"Angah nak jenguk dia sekarang?"

"Mestilah! Tu suami angah!" suara Qaira sudah tinggi. Geram dengan soalan yang diajukan abangnya. Dalam keadaan dia menangis, dia terus mencapai tudung serta cardigan.

"Abang. Jomlah pergi sekarang." gesa Qaira. Diambil Faril yang sedang tidur itu. Mujur Akif dan Alia sudah keluar dari bilik itu.

"Ya. Ya. Abang cakap dekat mak" dia terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

"Mak! Mak! Sayang!" seru Firdaus.

Kedua-dua mereka menoleh ke arah Firdaus.

"Abang nak hantar angah ke hospital. Naz koma sekarang" tanpa menunggu jawapan dari mereka, terus dia meluru ke kereta di mana Qaira sudah berada.

Kereta dipandu laju menuju ke HKL. Biarlah jauh asalkan Qaira dapat menjenguk suaminya. Sekejam mana yang Syed Nazril pernah lakukan pada Qaira, dia tetap suami dan dia wajib hormatkan suaminya.



Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now