Bab 45

39.9K 662 5
                                    

Sepanjang Qaira bekerja, Syed Nazril di rumah sudah tidak terurus. Pantang dia berjauhan dengan Faril, Faril akan merengek supaya Syed Nazril bermain sahaja dengannya tanpa bergerak ke mana-mana.

Ketika itu Syed Nazril sedang memanaskan nasi goreng menggunakan microwave. Faril merangkak ke dapur dan memegang kaki Syed Nazril.

"Eh Faril, papa suruh duduk depan kan. Papa nak panaskan nasi kejap je." kata Syed Nazril. Lantas dia mendukung Faril.

Faril masih merengek sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah ruang tamu tandanya mahu Syed Nazril berada di sana.

"Kejaplah papa nak panaskan nasi ni. Nanti kesian mama dengan papa tak ada benda nak makan." terang Syed Nazril. Makin galak Faril menangis.

"Faril nak susu? Papa buatkan erk?" terus dia mencapai tin susu, botol susu dan termos dengan tangan kanan manakala tangan kiri mendukung Faril.

Sedang dia membancuh susu, nasi goreng itu sudah siap dipanaskan. Dia mengeluarkan  nasi itu terlebih dahulu menggunakan sarung tangan khas kemudian dia terus letak di atas meja dengan Faril yang masih berada di dukungan. Selepas itu dia kembali ke dapur menyambung tugas yang terbantut tadi. Apabila susu sudah siap dibancuh, semua yang berada di atas kabinet dapur itu dikemas. 

Dia menuju ke ruang tamu untuk memberi Faril susu sehingga dia melihat mata Faril semakin kuyu. Syed Nazril menepuk-nepuk perlahan belakang badan Faril supaya Faril tidur. Selepas yakin Faril sudah tidur, segera Syed Nazril memasuki bilik air untuk mengambil wuduk. Dia lewat menunaikannya kerana Faril mengajaknya bermain.

Dia menukar seluar kepada kain pelikat, songkok dipakai. Siap sejadah dibentang ke arah kiblat, dia terus berdiri dan membaca niat. Baru hendak mengangkat takbir, Faril sudah menangis. Syed Nazril mengeluh.

Dia keluar bilik dan mendapati Faril sudah merangkak di hadapan pintu.

"Faril, papa nak solat lah. Kenapa ni asyik menangis je?" tanya Syed Nazril sambil mendukung Faril. Sekali lagi dia mengeluh.

Dia membawa Syed Faril masuk ke biliknya. Mungkin takut dia tinggal keseorangan di ruang tamu. Faril diletakkan di atas permaidani. Mainan Faril diberi.

"Faril duduk diam-diam main je mainan ni. Jangan naughty tau and jangan kacau papa nak solat." kata Syed Nazril.

Dia kembali berdiri di sejadah. Selepas niat dibaca, dia mengangkat takbir. Mujur Faril tidak mengganggu Syed Nazril sepanjang dia bersolat.

Usai solat dia melihat Faril sudah tertidur dengan memegang mainannya. Syed Nazril tersenyum manis. Segera dia melipat sejadah dan diletakkan di penyidai. Songkok diletakkan di atas meja.

Dia berjalan mendekati Faril yang lena tidur itu lalu mendukungnya dan dibawa ke atas katil. Mainan Faril diletakkan di meja. Dia duduk di atas katil semula membongkokkan tubuh menghadap anaknya.

"Faril Faril. Manja sangat dengan papa kan?" dia bersuara perlahan. Syed Nazril menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Jarinya mengusap lembut pipi tembam Faril.

"Macam manalah papa boleh tergamak pukul mama sampai Faril pun kena tempiasnya. Padahal mama tak salah pun. Papa yang yang ikut perasaan sangat. So tengoklah akibatnya. Papa tak ada masa mama lahirkan Faril. Papa menyesal sebab tak jaga mama betul-betul." perlahan dia berbicara.

"Papa buta sebab tak hargai mama. Mama memang baik dengan papa walaupun papa selalu sakitkan mama. Mama tetap boleh terima papa cuma sekarang mama memang betul marahkan papa. Tapi papa janji papa akan pikat hati mama sampai dapat. Faril bila dah besar jangan jadi macam papa. Jangan sesekali naikkan tangan pada perempuan sebab perempuan ni kaum yang lemah. Kita sebagai lelaki kenalah lindungi mereka. Kalau Faril jumpa perempuan sebaik mama, jaga elok-elok. Hargai dia sebaik mungkin dan jangan pernah sakiti dia kerana dia sebaik-baik wanita." bicaranya lagi.

Syed Nazril merebahkan badannya di sisi Faril. Dia pun letih kerana seharian mengemas rumah ditambah pula melayan kerenah Faril. Mahunya tidak penat. Perlahan-lahan matanya tertutup sambil tangannya memeluk Faril.

***

"Assalamualaikum" Qaira melangkah masuk ke dalam rumah selepas dia membuka kunci rumah.

Apabila masuk ke rumah, dahinya berkerut. Sunyi je rumah.

"Dah kenapa sunyi je rumah ni?" bicaranya sendiri.

"Awak. Faril." dia menyeru satu persatu nama mereka. Dia berjalan ke dapur. Kosong. Laman rumah belakang juga kosong.

"Aik? Aku panggil pun tak menyahut?" soalnya lagi.

Sedang dia berfikir, baru dia perasan yang rumah itu bersih sepenuhnya. Seperti baru dikemas.

"Bersihnya. Nazril ke yang kemas? Rajinlah pula mengemas." katanya lagi seraya mencebik bibirnya.

Jari telunjuknya menari-nari di atas kabinet dapur. Memang bersih! Qaira berpuas hati.

Masalah dia sekarang ni mana perginya mereka. Qaira berjalan pula menuju ke ruang tamu. Kelihatan kusyen tidak tersusun dan mainan Faril bersepah.

"Hesh peliknya. Takkan tidur kot time macam ni." kata Qaira sambil jam tangan dibelek. Dah pukul 5 petang.

Dia memulas tombol pintu biliknya. Tiada. Tiada tanda-tanda biliknya dimasuki. Pintu biliknya kembali ditutup. Matanya terus memandang pintu bilik yang berada di sebelah biliknya.

'Mungkin ada dekat sini kot' getus hati Qaira.

Terus dia membuka pintu bilik itu dan dia melihat dua tubuh yang nyenyak tidur di atas katil. Terus dia memasuki bilik itu bersama senyuman.

Nampak sangat Faril manja dengan papanya. Dia melihat Syed Nazril memeluk Faril. Qaira merebahkan badannya di sebelah Faril. Kiranya Faril berada di tengah antara mereka. Dia melihat wajah Faril. Tidak dinafikan wajah Faril saling tidak tumpah dengan wajah suaminya. Dia sedih melihat Faril kerana semasa dia lahir, papa kandungnya sendiri tidak ada bersamanya. Lebih sedih apabila Faril diazankan oleh ayah saudaranya dan bukan papanya sendiri. Setelah Faril berusia 11 bulan barulah dia bertemu dengan Syed Nazril dalam keadaan lelaki itu sedar. Sebelum ini dia tidak merasa dikendong oleh papanya sendiri kerana semasa itu dia koma.

Dia memandang wajah Syed Nazril yang lena pula. Betul ke lelaki ini sudah berubah? Atau sekadar ingin menyakitkan hatinya lagi? Qaira sendiri buntu. Tidak mudah dia hendak menerima lelaki itu semula. Memang dia hendak lihat sejauh mana lelaki itu berusaha namun tidak semestinya dia akan menerimanya semula. Malas dia mahu berfikir panjang lagi. Dia pun penat baru pulang dari kerja. Matanya sudah kuyu kerana mengantuk ditambah penat. Seharian duduk di pejabat.

Qaira sempat mencium wajah Faril sebelum dia memejam mata. Qaira merapatkan lagi dirinya dengan Faril dalam masa yang sama dirinya juga dekat dengan Syed Nazril.

Sorry lama tak update. Tengah ada masalah fikiran sekejap 😂maaf kerana buat anda menunggu. Asif jiddan 👐 Next chapter ada Syed Nazril rancang sesuatu.... Stay tuned

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now