Bab 29

39.4K 678 23
                                    

"Abang pergi kerja dulu tau. Sayang jangan buat kerja berat-berat. Biar Kak Tia yang buat" kata Syed Nazril sambil memakai jam di pergelangan tangan kirinya.

Qaira sedang memakaikan Syed Nazril tali leher berwarna merah hitam dipadankan dengan kemeja berwarna putih. Suit diambil dan dipakaikan di tubuh lelaki itu.

"Ya abang. Kalau nak diikutkan, dah lebih 100 kali abang pesan benda yang sama." seloroh Qaira.

"Sayang kira erk?" usik Syed Nazril.

"Tak. Main teka je" Qaira ketawa disambut pula dengan gelakan Syed Nazril.

"Ada-ada sajalah sayang ni. Okaylah abang pergi dulu ni." Syed Nazril meminta diri lalu mengambil briefcasenya lalu keluar dari bilik. Qaira mengekori dari belakang.

Sedang Syed Nazril memakai kasut Qaira bersuara.

"Hurm abang"

Syed Nazril yang baru sudah memakai kasut terus memandang wajah isterinya.

"Ya sayang. Ada apa? Mengidam apa-apa ke?"

"Tak. Petang ni sayang ingat nak pergi rumah along boleh tak? Kalah pergi rumah abang sekurang-kurangnya ada Kak Sya dengan anak dia sekali. Kalau kat sini bosanlah duduk sorang-sorang. Abang kerja and kak Tia pula busy kemas rumah tak ada masa nak borak dengan sayang." adu Qaira.

"Sebab tu je?"

Qaira mengangguk.

"Siapa yang jemput sayang?" tanya Syed Nazril.

"Sayang drive sendiri lah" Qaira menjawab.

"Abang dah cakapkan yang sayang tak boleh drive sendiri waktu tengah mengandung macam ni. Macam-macam boleh jadi nanti. Biar abang je yang hantar." kata Syed Nazril risau.

"Alah.. Baru 7 bulanlah abang. Belum terberanak lagi dalam kereta tu. Tak payah lah hantar. Abang kerja kan. Abang ni risau sangatlah." Qaira tergelak kecil.

Syed Nazril tersenyum. "Mana tak risau? Sayang tu baru first time pregnant tau. Hmm yelah sayang. Betul ni taknak abang hantar?"

Qaira menggeleng.

"Kalau macam tu pergilah tapi hati-hati tau. Kalau jadi apa-apa lepas ni abang tak izinkan sayang keluar lagi dah."

"Ya sayang janji" tangan diangkat separas bahu tanda berjanji.

"Okaylah abang pergi dulu. Bye sayang." briefcase diambil.

Qaira menyalam tangan suaminya dan dicium. Sejurus selepas itu, dahinya dikucup syahdu oleh Syed Nazril.

Selepas itu, Syed Nazril terus melangkah ke arah lif lalu kelibatnya hilang dari situ.

Qaira menutup pintu dan menguncinya. Dia masuk ke bilik untuk bersiap ke rumah Firdaus.

***

Syed Nazril melangkah ke arah bilik pejabatnya lalu dilabuhkan punggungnys di atas kerusi empuk itu.

Baru sahaja ingin membuka komputernya, matanya tertancap pada sampul berwarna coklat. Dahinya berkerut. Terus dibuka sampul itu dan dia terkejut.

Tidak percaya apa yang dilihat dalam gambar itu. Gambar Qaira memeluk erat lengan Amsyar di hadapan Hotel Palm Mall.

'Betul ke adegan yang ada dalam gambar ni?'

'Sekejap! Dulu Qaira pernah memberitahunya yang dia perlu ke Seremban untuk bermesyuarat.' getus hatinya.

"Jadi nilah mesyuarat kau Qaira." gumamnya.

"Sial!!" terus barang-barang di atas mejanya ditolak jatuh.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz