Bab 41

39.3K 658 9
                                    

Angela terjaga apabila cahaya matahari masuk melalui tingkap bilik Harris. Dia menggeliat badannya sedikit dan terus mengiring ke kiri. Kosong. Dia melilaukan pandangan matanya di sekeliling. Juga kosong.

Angela bangun dari katil. Dia menapak keluar dari bilik lalu mencari kelibat Harris. Di ruang tamu atas tiada, di setiap bilik dan bilik mandi juga tiada. Dia menapak pula turun ke tingkat bawah. Ruang tamu bawah juga kosong. Depan rumah tiada dan akhirnya dia mencari di dapur. Harris berada di dapur sedang membelakanginya. Langsung tidak sedar Angela sudah berada di pintu dapur.

Sebelum dia menyapa Harris, dia terdengar perbualan Harris dengan seseorang. Gayanya seperti berbual dengan seseorang yang sangat istimewa.

"Ya sayang. Nanti I datang sana okay. I pun tak sabar nak jumpa you and our wedding.

'Sayang? Our wedding? ' getus hati Angela.

"Kerja I dekat sini belum habis lagi. I janji I akan datang maybe this weekend."

'Harris nak kahwin ? OMG!! Bukan dia dengan aku je ke? Rupanya selama ni Harris tipu aku!? Dia gunakan aku! Shit! Idiot! Damn you Harris.' gumam hatinya.

Dia terus melangkah naik ke bilik untuk menukar pakaiannya. Diambil tas tangan dan kunci kereta kasar. Baru sahaja dia hendak membuka pintu, Harris dari luar membukanya terlebih dahulu.

"Shit! Terkejutlah I Harris!" suara Angela tinggi secara tiba-tiba.

"Woo. You kenapa ni marah-marah? Pagi lagi dah tinggi suara. Period ke?" sempat lagi Harris mengusik.

"Tak lawaklah Harris. I nak balik sekarang." kata Angela.

"Wait. Kenapa pula ni? Tadi dah tinggikan suara then nak balik tiba-tiba?" tanya Harris.

"I tak ada moodlah. I nak balik." jawab Angela acuh tak acuh.

"Okay then. Just tell me why? Kenapa marah tiba-tiba?" dia memegang pipi Angela dan sengaja melagakan hidung mereka.

"Tak ada apa-apalah." dia menolak Harris jauh daripadanya. "I balik dulu. Bye." Angela terus melangkah meninggalkan Harris yang terpinga-pinga itu.

Harris yang masih setia berdiri di situ berfikir. Pelik dengan sikap Angela tadi. Setiap kali Angela pulang, mesti dia akan mencium pipi Harris tapi tadi dia hanya balik begitu sahaja.

"Dah kenapa dengan Minah tu?" gumam Harris perlahan. Dia terus masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri. Malas mahu fikir tentang Angela. Tidak penting.

***

Syed Nazril masih dengan dunianya sendiri. Langsung tidak bergerak dari tadi. Gambar masih erat dipegang tidak terlepas dari pegangan. Amsyar yang berada di hadapannya langsung tidak dihiraukan.

"Nazril, sampai bila kau nak macam ni? Kalau ya pun rindu janganlah sampai tak terurus diri kau tu."

"Kau apa tahu? Aku rindu isteri dengan anak aku." meleret sahaja Syed Nazril berkata. Dia mengusap wajah Qaira yang terpapar di dalam gambar.

"Sayang kenapa lari dari abang? Abang tahu abang salah tapi jangan lari dari abang." katanya lagi tapi kali ini lebih kepada berkata sendirian. Sebak. Air mata sekali lagi mengalir.

"Naz, kau tak boleh terus macam ni. Kau kena kuat. Kalau Qaira ada dekat sini pun tentu sedih tengok kau macam ni." pujuk Amsyar.

"Qaira tak ada kat sini. Dia dah tinggalkan aku. Kenapa dia tinggalkan aku? Aku nak jumpa dia." kata Syed Nazril.

"Kau nak tahu kenapa Qaira pergi?" Amsyar berteka-teki.

"Sebab dia dah benci aku. Sebab aku selalu pukul dia." jawab Syed Nazril sayu.

"Bukanlah. Dia tinggalkan kau sebab dia perlukan masa untuk terima semua ni." terang Amsyar. Syed Nazril terus memandang wajah Amsyar.

"Terima semua ni? Aku tak fahamlah!" suara Syed Nazril sudah tinggi.

"Aku tak tahu kerja siapa tapi yang pasti Qaira terima satu video ni. Memang betul-betul buat dia terkejut. Tu yang dia pergi."

"Video? Video apa sampai isteri aku lari?"

Amsyar mengeluarkan telefon pintar miliknya. Dibuka galeri dan mencari video itu lalu dimainkan. Terus ditunjukkan kepada Syed Nazril.

Mata Syed Nazril membulat.

"Kau ingat tak bila ni?"

"Wait. Tak silap aku sebelum Qaira mengandung. Yes yes. Sebelum Qaira mengandung."

"Kau yakin?"

"Aku yakin sangat sebab kali terakhir aku pakai tshirt ni masa aku keluar ke pub..." Syed Nazril berjeda seketika. "Okay okay, aku dah ingat. Aku pergi pub and Angela ada sekali. Aku minum sampai aku mabuk. Bila aku sedar, aku naked atas katil dalam bilik Angela." terang Syed Nazril panjang lebar.

"Okay aku dah faham. Ni mesti rancangan Harris juga. Maksudnya dia buat video ni untuk runtuhkan rumahtangga kau. Dalam masa yang sama Harris akan sebarkan video ni dekat media kalau kau tak jual saham syarikat kau dekat Harris."

"Mana kau tahu semua ni?" Syed Nazril masih lagi terkejut dengan kenyataan Amsyar tadi.

"Aku upah orang untuk siasat semua ni and lebih menarik, Harris pergunakan Angela je. Harris tu nak kahwin dah."

"What!? Kau biar betul?" tanya Syed Nazril inginkan perhatian.

"Betullah."

"Aku nak pergi jumpa Qaira sekarang aku nak terangkan kat dia cerita sebenar." Syed Nazril berura-ura untuk bangun dari katil tetapi niatnya terbantut apabila Amsyar memanggil.

"Kau tahu ke kat mana dia sekarang?" provoknya.

"Dia dekat Melaka. Kampung Qairalah." jawab Syed Nazril.

"Dia mana ada dekat sanalah."

"Apa kau cakap ni?"

"Aku cakap benda yang betul. Qaira tak ada dekat Melaka."

"Habis tu mana lagi?"

"Dia dekat Australia."

Syed Nazril memandang Amsyar tajam.

"Mana kau tahu haa!?"

"Aku kan satu pejabat dengan dia aku tahulah. Dia pergi sana bukan setakat bawa diri tapi urusan kerja. Dia bawa anak korang sekali." jujur Amsyar.

Jadi selama ni keluarganya menipu dia?

"Kau bagi alamat dia sekarang. Aku nak pergi cari dia."

"Bila kau nak cari?"

"Now."Syed Nazril terus mengeluarkan luggage dan mengisi pakaiannya. Kemudian dia mencapai tuala dan meloloskan diri masuk ke bilik air. Amsyar pula keluar dari bilik itu.

Setelah siap dia keluar dari bilik dengan luggage dan turun ke bawah.

"Naz, kamu nak ke mana?" tanya Dato' Syed Marzuki. Datin Marziah pula hanya memandang.

"Naz nak pergi Australia. Cari isteri dengan anak Naz." jawabnya tergesa-gesa. Belum sempat orang tuanya bertanya dia sudah menyampuk.

"Jangan tanya lagi. Naz nak cepat."

Amsyar sudah tunggu di ruang tamu. Apabila pintu utama dibuka, Syed Nazril terpaku. Dia menjadi patung sebentar melihat figura yang sudah lama dia tidak berjumpa.

Tadi saya dah publish bab 41 tapi saya baru perasan yg bab tu separuh je so saya delete dan paste kan dekat bab ni.. Sorry

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now