Bab 23

39.6K 624 18
                                    

Sudah sebulan Qaira asyik muntah-muntah. Dan dia sudah sebulan tidak datang bulan. Pelik. Dia ingat dia ingin ke klinik selepas balik kerja.

Dia kembali masuk ke bilik pejabatnya. Amsyar masuk ke bilik pejabatnya kerana ingin berbincang tentang projek di Kota SeriEmas di Nilai.

"Okay. Hujung minggu ni kita kena pergi ke sana. Tan Sri Alfred buat appointment dekat dewan Hotel Palm Mall." kata Amsyar.

"Ouh. Baiklah kalau macam tu. Pukul berapa kita kena pergi?" jawab Qaira.

"Erm Tan Sri Alfred kata pukul 3 dia sudah sampai ke sana jadinya sebelum pukul 3 kita kena ada di sana."

"Ouh. Okay kalau macam tu saya akan set time dekat Julia tapi kenapa nak buat hujung minggu?"

"Saya pun tak tahu tapi nak atau tak kita terpaksa pergi juga sebab Tan Sri Alfred tu salah seorang yang akan memjadi pelabur terbesar dalam syarikat kita." jelas Amsyar

"Yelah. Hujung minggu ni saya akan pergi tapi itupun kalau suami saya beri keizinan" kata Qaira.

Amsyar menunduk. Dia hanya diam. Dia kenal siapa suami Qaira. Syed Nazril sahabatnya namun itu dulu. Sekarang mereka sudah lama tidak bertegur sapa hanya disebabkan Amsyar ingin berubah ke jalan yang lurus. Jalan yang diredhaiNYA.  Sungguh dia rindu pada sahabatnya.

Amsyar kembali memandang wajah Qaira. Baru dia perasan muka Qaira pucat. 'Tidak sihatkah dia?' desis hatinya.

"Boleh saya tanya something? "

"Tanyalah"

"Awak tak sihat ke? Muka awak pucat saya tengok"

"Saya pun tak tahu. Saya ingat nak pergi klinik lepas balik dari kerja ni"

"Ouh. Baguslah kalau macam tu. Nak saya hantarkan?"

"Tak. Tak apa. Saya boleh drive" Qaira menolak lembut pelawaan itu.

"Betul ke? Saya risaulah" ujar Amsyar.

"Betullah. Lagipun sayakan ada suami. Takut dia fikir bukan-bukan."

Lupa pula dia. Syed Nazril tu mudah salah faham. Kadangkala Syed Nazril itu baran.

"Okaylah macam tu. Saya keluar dulu. Banyak kerja saya kena siapkan sebelum kita berjumpa dengan Tan Sri Alfred." Amsyar meminta diri dan terus keluar dari bilik itu.

Sudah pukul 5 petang. Qaira cepat-cepat mengemas mejanya dan keluar dari office.

Dipandu keretanya ke arah klinik berdekatan. Sampai di sana, Qaira menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan doktor.

Apabila namanya dipanggil, Qaira mencapai beg tangannya dan masuk ke bilik doktor.

***

Sampai di rumah Qaira terus masuk ke bilik. Syed Nazril? Entahlah. Dalam bilik dia kot. Qaira duduk bersandar di kepala katil.

Masih terngiang-ngiang di fikirannya apa yang doktor beritahunya semasa di klinik tadi.

"Tahniah puan. Puan akan jadi mother to be sebab puan dah sebulan mengandung" ujar Doktor Hasrita teruja.

Qaira mengeluh. Bukan dia tidak gembira. Gembira sangat tapi dapatkah Syed Nazril terima anak ni. Dia takut jika dia beritahu Syed Nazril, dia akan melakukan perkara bukan-bukan.

Tangannya ditekapkan di perut yang masih rata itu dan memandangnya. Dia menerbitkan senyuman manis. Tidak sangka impian untuk menjadi mama tercapai akhirnya walaupun tidak seindah yang dibayangkan.

"Tak apa sayang. Mama akan jaga sayang biarpun papa tak suka dengan kita."

'Anak kau baru sebulan dalam rahim kau dah cakap macam tu.' kata-kata negatif mula bermain di fikirannya.

Lantaklah apa nak jadi pun. Yang penting dia akan bahagiakan anaknya.

Semasa Qaira sedang memasak, Syed Nazril memerhatikanmya tanpa dia sedar kerana Qaira terlalu gembira.

Syed Nazril berasa pelik dengan sikap Qaira. 'Takkanlah dia gembira kot aku hina dia semalam' desis hatinya.

"Eh perempuan, kau pahal? Gembira semacam je aku tengok." tanya Syed Nazril kasar.

Qaira menoleh ke belakang. Terkejut kerana disergah sebegitu.

"Tak ada apa-apa" jawab Qaira perlahan sambil menundukkan kepala.

"Betul ke ni? Ke kau sorokkan apa-apa dari aku? Baik kau cakap" gesa Syed Nazril sambil berjalan perlahan-lahan ke arah Qaira yang masih menunduk itu.

"Betul tak tipu" Qaira tetap menundukkan pandangannya. Gerun melihat wajah suami sendiri.

Berang dengan jawapan itu Syed Nazril terus memegang dagu Qaira. Qaira pula menyeringai kesakitan.

"Aku paling pantang orang menipu aku!! Lagi satu, bila bercakap dengan aku pandang muka aku!! Bukan lantai!! Nanti tak pasal-pasal muka kau yang jadi lantai!! Faham tak!!?" tengking Syed Nazril.

Qaira hanya mengangguk-anggukkan kepala. Dia mula hendak menangis namun ditahan kerana tidak mahu anaknya tahu yang dia tidak kuat.

"Mana suara kau!!?"

"Fa.. Faham" lirih sahaja nadanya.

"Bodoh!!" dahi Qaira ditunjal kuat. Terus dia masuk ke biliknya tanoa menghiraukan tangisan Qaira.

Di dapur Qaira melepaskan tangisannya. Mulutnya ditekup supaya suara tangisannya tidak didengari. Air mata sudah mengalir dari tubir mata. Perlahan dia melutut dan akhirnya terduduk dia di situ.

Tangannya mengusap perut yang sudah di isi benih cinta dia dan suaminya.

"Sayang kena kuat tau. Jangan jadi macam mama. Lemah semangat. Mama janji mama akan bahagiakan sayang, berikan kasih sayang secukupnya walaupun papa tak ada dan tak berikan kasih sayang." Qaira bercakap dengan janinnya. Suaramya sungguh perlahan seakan berbisik. Risau jika Syed Nazril memdengarinya.

***

"Sayang. I dapat tahu dari orang suruhan I yang Amsyar dan Qaira akan pergi ke hotel untuk berjumpa dengan Tan Sri Alfred dekat hotel Seremban." ujar Harris gembira.

"Habis tu?" tanya Angela.

"Lagi lancarlah plan kita nanti."

"You nak buat apa?"

Harris mendekatkan diri dengan Angela lalu membisikkan sesuatu. Sejurus selepas itu, Angela tersenyum lebar.

"Bijaknya you sayang. I yang buatkan I sayang sangat pada you. Lepas ni Syed Nazril bin Dato' Syed Marzuki akan jatuh." ujar Angela sambil tersenyum sinis.

Angela mengambil telefon pintarnya lalu membuka video yang dirakam sebulan yang lepas dan ditunjukkan kepada Harris.

Harris ketawa lalu berkata "Video ni kita akan guna untuk ugut dia."

"Pandai you cari sudut" sambungnya lagi.

"Mestilah" dengan bangganya Angela menjawab. "Nanti kita bahagi 50&50 macam yang kita janji tu sayang. Jangan mungkir janji tau. Okaylah I nak balik dulu. Bye" kata Angela lalu mencium bibir Harris sekilas. Terus dia keluar dari banglo milik Harris itu. Harris hanya memandangnya dengan pandangan sinis sehingga figura wanita itu hilang dari pandangan.

'Kau bodoh Angela sama macam dia' hatinya berkata.




Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now