Bab 35

38.8K 615 4
                                    

Sampai sahaja di hospital, mereka terus menuju ke arah wad VIP yang menempatkan Syed Nazril.

"Angah jangan lari. Kan tengah berpantang tu" tegur Firdaus namun tidak diendahkannya. Faril berada dalam dukungan Firdaus selepas mereka keluar dari kereta.

Sampai sahaja di depan pintu wad, Qaira terus menolak pintu itu. Dia tergamam seketika apabila melihat suaminya yang berbalut sana sini serta wayar-wayar yang berselirat di badan Syed Nazril.

Keluarga Syed Nazril yang lain terus menoleh ke arah Qaira. Mereka hanya diam dan memerhati.

Dia perlahan-lahan mendekati tubuh kaku itu dan matanya berkaca. Qaira terus mengeluarkan tangisnya. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang. Firdaus yang baru muncul dari belakang terkaku. Selepas itu dia mendekati Qaira dan mengusap bahu Qaira.

"Abang.. Ni semua salah angah. Kalau angah tak lari mesti tak jadi macam ni" ucapnya tersedu-sedan. Dia mengenggam erat tangan Syed Nazril dan mengucup dahinya.

Firdaus hanya diam dan terus memujuk. Salahnya juga sebab merancang semua ni. Lupa bahawa bukan mereka berdua di wad itu, dia terus menghampiri Syed Syazril dan Dato' Syed Marzuki dan menyalam. Faril diserahkan kepada Datin Marziah.

"Ya Allah cucu nenek. Cucu kita abang" kata Datin Marziah kepada suaminya terharu. Dia mendukung cucunya dengan penuh kasih sayang. Dahi serta pipi Faril dikucup. Dia beralih pula memandang menantunya yang satu itu. Faril diserahkan kepada Syarifah Maisara dan Syarifah Maisara menyambutnya dengan lembut.

"Qaira.." seru Datin Marziah seraya mengusap belakang badan Qaira. Dengan berkain batik, berstokin nampak sangat berpantang.

"Mummy, ni semua salah Qaira. Kalau Qaira tak keluar dari rumah tu abang Naz takkan macam ni" kata Qaira. Airmata sudah deras mengalir. Dari tadi dia tidak melepaskan genggaman.

"Bukan salah Qaira. Dah ini ketentuanNYA. Kita sebagai hamba Allah tak boleh nafikan." pujuk Datin Marziah.

Qaira hanya menggelengkan kepala. Dia terus menatap wajah pucat itu.

"Abang.. Maafkan sayang. Sayang berdosa dengan abang sangat." dia mencium syahdu tangan Syed Nazril sebelum dia melabuhkan bibirnya di atas dahi yang putih bersih itu.

"Qaira. Sudahlah jangan macam ni."

"Taknak. Qaira nak abang bangun. Nak dia sedar dan nak dia kendong anak dia sendiri. Qaira tipu dia cakap anak dia dah mati tapi tak pun."

Datin Marziah terkejut lalu bertanya

"Kenapa Qaira tipu? Tu kan anak Naz juga?"

Qaira memandang wajah ibu mertuanya.

"Qaira tipu sebab nak bagi pengajaran je tapi tak tahu jadi macam ni" terang Qaira.

"Apa yang berlaku ni Qaira?" sampuk Dato' Syed Marzuki setelah Agak lama dia diam. Dia berjalan mendekati Qaira. Syarifah Maisara, Syed Syazril dan Firdaus hanya duduk di bahagian sofa dan mendengar.

Qaira seperti berat hendak membuka mulut. Bagaikan ada emas di situ. Dia memandang Firdaus meminta bantuan. Firdaus pula hanya akur dengan permintaan Qaira. Dia bangun dari sofa lalu mendekati mereka. Firdaus pun menceritakan semuanya tidak tinggal satu pun.

"Betul ke ni Qaira?" tanya Datin Marziah meminta kepastian. Qaira mengangguk.

"Ya Allah" dia memeluk tubuh Qaira. Dato' Syed Marzuki hanya menggelengkan kepalanya. Hendak dimarah perkara sudah jadi. Lagipun Syed Nazril sedang koma jadi baik dilupakan sahaja hal itu. Lagipun Syed Nazril sudah sedar kesilapannya.

"Sekarang ni baik tumpukan pada Nazril. Tidak guna hendak bincangkan hal ni sekarang." ujar
Dato' Syed Marzuki.

"Qaira nak jaga abang" ucap Qaira. Dia mahu menjaga suaminya sehingga sedar dari koma.

"Tak usah lah Qaira. Kamu tu masih pantang. Mummy ada, adik ada boleh jaga" tegah Datin Marziah.

"Tapi Qaira nak jaga" degil.

"Kalau kamu nak jaga juga habiskan pantang dulu. Lagipun kamu kena banyak berehat tak boleh bergerak banyak sangat. Dengar cakap mummu okay?" terang Datin Marziah.

Qaira mengangguk sambil mengelap air mata di pipi.

"Sekarang ni balik dulu dan berehat ya? Habiskan pantang dulu baru jaga Naz. Sekarang ni biar mummy yang jaga." sambungnya lagi.

"Kalau macam tu Qaira balik dulu. Qaira nak jaga abang Naz." ujar Qaira. Datin Marziah hanya mengangguk.

Qaira terus menyalam tangan Dato' Syed Marzuki dan Datin Marziah. Kemudian dihampiri Syarifah Maisara yang setia mengendong anaknya. Diambil perlahan anaknya dan adik iparnya memyalam tangan Qaira. Syed Syazril pula hanya diberi senyuman.

"Bye baby. Nanti datang sini lagi tengok papa. Pakngah tak puas main dengan dia ni" ujar Syed Syazril kepada Syed Faril yang sedang tidur itu seraya mencuit sedikit pipi tembam anak buahnya.

Qaira dan Firdaus terus bergerak ke luar bilik. Sempat dia berkata "Esok Qaira datang lagi".

Yang masih berada disitu hanya mengangguk. Mereka sebenarnya masih terkejut dengan apa yang berlaku pada Qaira namun mereka mengawal riak wajah agar tidak dihidu oleh Qaira. Mereka tahu Qaira tidak mahu mereka menyalahkan Syed Nazril tetapi apa boleh buat, manusia semuanya sama. Tak lepas dari buat kesilapan.

"Kesian kak Qaira kan. Nak salahkan along tak guna juga. Along dah terlantar koma. Lagipun dia dah menyesal." kata Syarifah Maisara sambil memandang Syed Syazril.

"Betul tu. Tapi apa boleh buat. Sekarang ni kita doakan along cepat sedar dari koma supaya dia boleh gembira dengan kita macam sebelum ni. Tambah-tambah bila anak along dah lahir. Mesti dia lagi gembira." balas Syed Syazril.

"Esok kita datang sini bacakan yaasin untuk along" lantas Dato' Syed Marzuki menyampuk.

"Okay daddy" jawab mereka serentak.

Sorry pendek untuk bab ni. Act, dh siap separuh dah bab ni cuma belum habiskn. Lagi satu, esok malam saya publish lagi sebab dah separuh siap bab tu. Thanks yang sudi baca dan vote cerita tak seberapa ni. Btw, saya x dpt nk balas mesej-mesej dekat sini sebab email ada masalah. Apa-apa komen je dekat novel ni. 😊

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now