Bab 9

29K 707 42
                                    

Syed Nazril mengambil tempat yang jauh dari sudut pandangan orang lain. Dia memanggil pelayan dengan mengangkat tangan. Seorang pelayan lelaki dengan uniform restoran itu datang ke arahnya.

"Nak makan apa Encik? " tanya pelayan yang bernama Faris itu.

"Bagi saya fresh orange dulu. Terima kasih" pinta Syed Nazril.

Pelayan itu segera mencatat dan hanya membalas dengan senyuman.

Lebih kurang 10 minit, Angela pun tiba.

"Sorry baby I lambat. I baru balik dari photoshoot majalah. " Angela bercakap bohong dengan riak muka bersalah. Sedangkan dia terlewat bangun selepas tidur bersama dengan Harris tengahari tadi.

"It's okay sayang. I faham " Syed Nazril berkata sambil tersenyum manis.

"Isteri you tak marah ke I keluar dengan you? " tanya Angela.

"Buat apa dia nak marah. Bukannya ada apa-apa perasaan pun. " beritahunya.

"Ohh"

"You tahu tak baru berapa hari kahwin, dia dah buat I naik angin" Syed Nazril mula bercerita buruk tentang isterinya.

"What??! So you buat apa kat dia? " tanya Angela  tidak percaya.

"I ajar dia cukup-cukup. Baru ouas hati I tengok dia menangis. I nak dia tahu akibatnya cari pasal dengan I" ceritanya lagi

"Wow, marvelous. Hebat you ni kan" puji Angela sambil bertepuk tangan.

"Ini Syed Nazril lah. Siapa je tak kenal" katanya dengan riak sombong.

Angela memandangnya menggoda tetapi dalam hatinya sudah sumpah seranah.

"Tapi you tak fikir ke sampai bila you nak buat dia macam tu? "

"Sampai hati I puas"

'Kau boleh gembira sekarang tapi kau tahulah nasib kau Nazril. ' desis hatinya.

"Dah lah. Tak usah cerita pasal dia lagi. Takut hilang selera I nak makan. " kata Syed Nazril

"Okay baby" jawab Angela.

"I panggil waiter sekejap. " seraya itu Syed Nazril mengangkat tangan memanggil pelayan itu tanda mahu mengambil order.

***

Jam sudah menginjak ke angka 1 pagi. Kelibat Syed Nazril masih tidak ada. Dia masih setia menunggu Syed Nazril di sofa ruang tamu itu. Hatinya sudah risau kerana suaminya masih belum balik di waktu begini.

"Manalah dia ni. Ya Allah, risaunya aku. " kata Qaira perlahan.

Tiba-tiba terdengar pintu dibuka dan kelibat Syed Nazril pun kelihatan.

Qaira terus berdiri dan menuju ke arahnya. Dia ingin mencapai tangan Syed Nazril untuk bersalam tetapi ditepis kasar olehnya.

"Kau nak apa!!? " tanya Syed Nazril marah.

'Aku dah lah mengantuk tambah pula dengan betina ni. Memang menyusahkan betullah. ' kata hatinya.

"Saya tunggu awak balik. Awak pergi mana sampai lambat balik macam ni?" jawab Qaira.

"Aku nak balik ke nak pergi mana ke kau peduli apa?!! Lain kali tak payah nak tunggu aku!!?" suara Syed Nazril sudah naik.

"Tapi sa..sayakan isteri awak jadi saya kena tahu awak nak pergi mana. Sekurang-kurangnya saya taklah risau. " jawabnya sambil menundukkan pandangan.

Syed Nazril terus menarik rambutnya lantas berkata " aku dah kata kan yang kau tak layak nak jadi isteri aku!!!. Kenapa kau degil sangat haa!!? Kau memang sengaja buat aku naik angin tahu tak!!? " katanya.

Air mata Qaira terus bergenang di tubir mata. Dia memegang tangan suaminya itu agar melepaskan cengkaman itu.

"Awak tak boleh nak nafikan. Kita dah jadi suami isteri pun" jawab Qaira lirih. Bila-bila masa sahaja dia akan menangis.

Pang!!

Terus Qaira tersungkur di atas lantai. Dia memegang pipinya yang perit. Tidak berani dia menatap wajah suaminya.

"Ini baru sikit Qaira!!  Lepas ni kau cakap benda yang sama, lagi teruk aku buat!!! " jerit Syed Nazril.

Qaira terus menangis teresak-esak di situ. Lalu berkata " Apa salah saya sampai awak buat macam ni? Kalau sebab saya kahwin dengan awak itu bukan salah saya"

"Habistu salah siapa!!?? "

"Allah dah tetapkan ni jodoh kita. Jadi awak tak boleh nak salahkan sesiapa. Awak kena terima semua ni. Kalau awak tak terima maksudnya awak tak terima ketentuan yang Allah telah tetapkan." jawab Qaira. Mukanya sudah lecun dengan air mata. Tangannya setia memegang pipi yang ditampar.

"Kurang ajar!!! " dia terus menyepak tubuh Qaira sehingga Qaira menjerit kesakitan. Dia terbaring kesakitan.

" Kau memang nak cari pasal dengan aku perempuan!! " dia terus menanggalkan tali pinggang dan melibas ke badan Qaira.

"Nazril... Sakit... Tolong berhenti" pintanya lirih.

"Kau rasakan semua ni." dia terus melibas tubuh gadis kecil itu. " aku nak kau rasa macam mana sakitnya hati aku bila hidup dengan kau" sambungnya lagi.

Qaira tidak mampu menghalang. Hanya membiarkan setiap perilaku Syed Nazril terhadapnya. Lama-kelamaan pandangannya kabur dan semua menjadi kelam.

Syed Nazril yang seperti sedang kerasukan syaitan itu terus melibas tanpa sedar.

Bunyi guruh yang kuat tiba-tiba menyedarkannya. Dia terus berhenti daripada kelakuannya. Dia memandang Qaira yang sudah pengsan itu. Tali pinggang yang dipegangnya terlepas. Dia terus terduduk lemah dan memejamkan mata. ''Apa yang aku buat ni?'' soal dirinya.

'Kau teruskan. Jangan kesiankan perempuan ni. Sebab dia hidup kau macam ni. ' kata hatinya.

'Lebih baik kau berhenti sebelum kau menyesal. Dia adalah amanah yang Tuhan beri untuk kau menjaganya tapi kau hanya sia-sia kan dia. ' akalnya pula berkata.

"Arhhh!!!! Lantak kau lah perempuan!! " jerit Syed Nazril. Dia terus berlalu ke biliknya tanpa rasa belas kasihan pada gadis itu. Dia menutup pintu bilik dengan kuat. Mengantuk menguasai dirinya. Lebih baik dia tidur daripada fikirkan perempuan itu.

***

Bunyi guruh di luar mengejutkan Qaira dari tidurnya. Dia cuba bangkit tapi sakit di badannya membantutkan niatnya. Serta merta dia teringat kejadian tadi. Di mana dia dilibas dengan tali pinggang milik suaminya.

Dia memandang sekeliling. Ruang tamu. Dia dibiarkan si situ selepas Syed Nazril puas melibasnya. Dia segera ke bilik. Dia membelek tubuhnya di cermin. Ada kesan kemerahan pada lengan, bahu dan belakang badannya. Segera mengambil minyak gamat dan disapu ke bahagian tubuhnya yang memerah itu.

Dia duduk di birai katil dan memeluk lututnya. Dia menangis perlahan-lahan tetapi lama-kelamaan semakin kuat tangisnya. Tidak sangka Syed Nazril sekejam itu. Sanggup suaminya memukulnya hanya kerana menyatakan bahawa semua ini ketentuan dari Ilahi.

Tiba-tiba dia teringat kata-kata abangnya tempoh hari. Tapi sanggupkah dia menceritakan aib suaminya kepada orang lain. Tak. Dia tidak sanggup. Biarlah dia didera oleh Syed Nazril asalkan orang lain tidak tahu sikap suaminya itu.

Dia harus kuat. Dia harus mengubah sikap suaminya itu. Nekadnya. Dia akan cuba bertahan dipukul setiap hari. Hanya kerana dia ingin mengubah lelaki yang bernama Syed Nazril. Dia ingin mengubah perwatakan suaminya itu dari lelaki yang panas baran ke lelaki yang sangat penyanyang. Qaira tersenyum sendirian.

Dia terus baring di katil itu dan berharap semua kenyataannya akan menjadi.





Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now