Bab 15

32.5K 681 5
                                    

Kereta mewah milik Syed Nazril sudah memasuki kawasan banglo mewah milik Dato' Syed Marzuki dan Datin Marziah.

Qaira dan Syed Nazril keluar dari kereta serentak dan menutup pintu kereta. Mereka berjalan hingga depan pintu utama.

"Assalamualaikum" Qaira memberi salam.

Beberapa saat kemudian pintu dibuka dan salam dijawab.

Qaira segera menghulurkan tangan kepada Datin Marziah. Datin Marziah menyambut huluran itu. Dikucup tangan tua itu dan kembali memandang wajah ibu mertuanya.

Datin Marziah pelik melihat balutan di pipi dan lengan Qaira. "Kenapa muka tu berbalut? " tanya Datin Marziah.

"Err.. Tak ada apa-apa mummy. Cuma haritu Qaira masak minyak panas terkena kat muka dengan lengan ni. " jawab Qaira.

"Betul ni? Naz, betul ke apa Qaira cakap ni? " soal Datin Marziah ragu-ragu.

"Betul mummy. Naz dah cakap hati-hati tapi degil " jawab Syed Nazril selamba.

"Kalau macam tu yelah. Jom masuk. Ada surprise untuk Naz. " kata Datin Marziah.

"Surprise apa mummy? " tanya Syed Nazril pelik.

"Masuk je lah"

Mereka bertiga pun masuk ke dalam rumah. Syed Nazril tergamam seketika. Tidak percaya apa yang dilihatnya.

"Along!! " teriak Syarifah Maisara. Adik bongsu Syed Nazril dan Syed Syazril.

Segera dipeluk tubuh Syed Nazril yang masih terkejut itu. Mahu saja dia gelak melihat wajah itu.

"Along kenapa pandang macam tu? " soal Syarifah Maisara sambil tergelak kecil.

"Adik ke ni? " soal Syed Nazril.

Syarifah Maisara meletuskan tawanya. "Yelah. Ni adik" jawab Syarifah Maisara.

Serta merta Syed Nazril senyum lebar. Dia terus memeluk erat tubuh adiknya kuat sehingga Syarifah Maisara tidak boleh bernafas.

"Er.. Along sudahlah. Adik tak boleh bernafas lah" pekik Syarifah Maisara sambil memukul dada bidang Syed Nazril.

Segera Syed Nazril melepaskan pelukan. "Hehe, sorry" Syed nazril tersengih dan mengusap tengkuknya.

Syarifah Maisara mengalihkan pandangannya ke arah wanita bertudung ungu yang dia rasa kakak iparnya.

Dia mendekati Qaira dan menyalam tangan itu. Terus dipeluk tubuh itu.

"Hai ni kak Qaira kan isteri along? " Syarifah Maisara bertanya inginkan kepastian.

Qaira senyum dan mengangguk.

"Cantiknya. Untung along dapat isteri secantik akak ni" puji Syarifah Maisara.

Qaira hanya senyum. Dia pelik kerana semasa perkahwinannya tidak jumpa pula gadis comel ini.

"Mesti awak pelikkan Qaira kenapa dia tak ada masa resepsi dulu. Dia tak dapat balik sebab masa itu dia exam " beritahu Syed Syazril yang baru turun dari biliknya di atas diikuti Dato' Syed Marzuki.

"Ouh patutlah" kata Qaira.

"Wait. Kenapa dengan muka akak? " tanya Syarifah Maisara. Dato' Syed Marzuki dan Syed Syazril turut mendengar ingin tahu.

'Hari ni dah tiga kali orang tanya benda yang sama' getus hati Syed Nazril.

"Kena minyak panas" hanya itu jawapan yang Qaira berikan.

"Ouh" kata Syarifah Maisara. Yang lain hanya mengangguk.

"Dah jom makan. Lauk tu kalau dah sejuk tak sedap. " ujar Datin Marziah yang baru keluar dari dapur. Di belakangnya kelihatan seorang wanita berumur. Dia membawa dulang yang berisi gelas.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now