Bab 44

43.1K 707 23
                                    

"Sayang, we need to talk." tanya Syed Nazril. Ketika itu dia sedang bermain dengan Faril. Qaira pula berehat sebentar selepas mengemas meja untuk makan malam mereka.

"About?"

"About us"

Qaira hanya diam tetapi masih lagi memandang Syed Nazril. Keningnya diangkat tanda meminta Syed Nazril melanjutkan perbincangan mereka.

"Sayang tak boleh ke maafkan abang?"

"Saya dah maafkan awak." kata Qaira acuh tak acuh.

"Tapi kenapa layan abang macam ni?"

"Macam mana?"

"Yelah. Layan abang macam terpaksa je. Tak macam dulu." terang Syed Nazril.

"Saya rasa awak dah tahu kot kenapa saya layan awak macam tu?" jawab Qaira.

Syed Nazril menghela nafas.

"Tapi abang tak sedar masa tu lagipun benda tu dah lama kan?"

"First, memang awak tak sedar masa tu dalam video yang Angela bagi pada saya tapi itu salah awak juga. Siapa suruh awak minum air kencing syaitan tu!? Awak sendiri tahukan haram?" Qaira kalau boleh hendak meninggikan suara tapi memandangkan anaknya berada disitu jadi terpaksalah dia mengawalnya.

"I know but..." baru sahaja Syed Nazril ingin berkata-kata, Qaira menyampuk lagi.

"Second, awak ingat apa yang awak dah buat sebelum ni senang je ke saya nak lupakan? Awak hina saya saya boleh terima lagi tapi bila awak kaitkan dengan anak saya, saya memang tak boleh terima. Hati saya sakit. Faril tak bersalah tapi kenapa awak perlu hina dia sekali? Dia tak tahu apa-apa." Qaira meluahkan perasaannya. Terasa beban di bahu berkurangan.

"Sayang, abang tahu abang banyak sangat dosa dengan sayang tapi itu dulu sayang." Syed Nazril membiarkan Faril bermain dengan mainannya lalu duduk menghadap Qaira. Tangan Qaira dicapai.

"Abang dah berubah. Abang tak macam dulu lagi. Abang janji abang akan jaga sayang dan Faril sebaik mungkin. Abang tak minta banyak pun. Abang cuma nak sayang maafkan abang dan beri peluang kepada abang. Abang akan bahagiakan sayang dan juga Faril."

Qaira menarik tangannya daripada dipegang suaminya.

"Saya tak boleh awak faham tak. Benda ni terlalu mendadak untuk saya. Awak ingat saya ni patung ke? Bila awak taknak awak layan saya macam boneka murahan. Tapi bila awak nak, bulan bintang pun awak sanggup bagi!" airmata akhirnya jatuh juga mengalir di pipi. Teringat segala perbuatan kejam suaminya dari malam pertama hinggalah malam terakhir dia di kondo lelaki itu.

Luluh hati Syed Nazril melihatnya. Dia pantas menyeka airmata itu. Hatinya tidak kuat melihat wanita kesayangannya menangis.

"Sayang. I'm so sorry sayang. I know I make a lot mistake but give me a change? Semua manusia buat kesilapan kan dan semua manusia berhak dapat peluang kedua." rayu Syed Nazril.

"Saya tak boleh nak janji beri awak peluang tapi awak yang kena usaha sendiri." tajam Qaira memandangnya.

Dia terus ke dapur untuk membuat susu untuk Faril.

Qaira mendukung Faril yang sudah lena menuju ke bilik. Esok dia perlu ke kerja. Syed Nazril yang masih menonton televisyen memandang ke arah Qaira.

"Sayang? Nak tidur dah ke?" tanya Syed Nazril.

"Eh tak. Baru bangun tidur." jawab Qaira. Sudah tahu lagi bertanya.

"Amboi garangnya sayang abang ni." selorohnya.

Qaira menjegilkan matanya. Dia terus masuk ke bilik tanpa menghiraukan suaminya.

"Eh sayang tunggulah. Abang nak tidur juga." Syed Nazril segera menutup televisyen dan mendekati Qaira.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora