Bab 40

41.8K 735 7
                                    

Syed Nazril memandang wajah mereka satu persatu dengan pandangan berharap.

"Lagi sekali Naz tanya mana Qaira? Kenapa dia tak ikut sekali?" soalnya lagi. Tidak puas hati kerana soalannya akan dibalas dengan topik perbualan yang lain.

"Qaira ada dekat rumah umi dia." jawab Datin Marziah.

"Habis tu siapa yang jaga dia dekat rumah sekarang kalau umi, abah dengan Fikri dekat sini?" soalnya lagi.

"Kakak ipar dia jagalah. Isteri Firdaus." beritahu Puan Halina.

"Tapi.." belum sempat dia ingin berkata, Dato' Syed Marzuki menyampuk. Dia memupuk perlahan bahu Syed Nazril.

"Naz. Naz tak ingat ke apa Naz buat dekat dia sebelum ni? Waktu Naz teringin nak jumpa dia lepas Naz tahu khilaf Naz, dia ada cakap yang dia setuju jumpa Naz?"

Syed Nazril terdiam. Kelu lidahnya untuk menjawab. Memang betul sebelum dia kemalangan, Qaira memang tak mahu jumpa dengannya.

"Tapi Naz tahu sebelum ni dia ada datang melawat Naz. Naz tahu dia ada datang. Kenapa bila Naz dah sedar dia taknak datang? Naz teringin nak peluk dia." kata Syed Nazril sayu.

"Bagi dia masa Naz. Abah tahu kamu rindu tapi dia tak boleh terima macam tu je. Dia tak bersedia nak terima kamu walaupun kamu dah sedar." terang Encik Arifin. Dia sangat kenal dengan anaknya itu. Kalau Qaira marah sekejap sahaja. Mungkin cukup masa untuk Qaira pergi selama setahun kerana itu dia mengizinkan Qaira pergi tanpa menunggu Syed Nazril.

Pintu dikuak dari luar. Firdaus datang melawatnya dan cuma dia sahaja. Kak Sya dan anak-anak tidak mengikut Firdaus ke sini dan mungkin betul Kak Sya menjaga Qaira di rumah keluarganya.

"Assalamualaikum" Firdaus memberi salam dan berjabat tangan dengan kaum lelaki di wad itu termasuk Syed Nazril.

"Kau macam mana? Sihat?" soal Firdaus. Dia cuba untuk beramah mesra dengan adik iparnya.

Syed Nazril hanya mengangguk. Dia memandang Firdaus dengan pandangan yang sukar digambarkan.

"Kalau aku tanya kau jawab dengan jujur boleh tak?" tanya Syed Nazril.

"Apa dia?"

"Betulkah Qaira keguguran?"

Firdaus berubah riak sebentar. Dia menghela nafas berat. Rasa bersalah untuk dia menjawab.

"Wei, Tolonglah jujur dengan aku!! Masa aku tengah koma dia letak seseorang dekat sebelah aku dan dia cakap tu anak kami. Aku rasa seseorang yang dia letak tu bayi. Dia pegang erat jari aku. Kau tahu tak apa perasaan aku masa tu!!? Aku gembira dalam masa yang sama kecewa!! Aku menangis masa tu sebab dapat jumpa anak aku yang aku sangkakan dah tak ada. Kalau betul benci aku sekali pun  perlu ke nak nafikan kewujudan anak aku tu!? Tu anak aku!! Anak aku Firdaus!!" suara Syed Nazril semakin tinggi. Kecewa mungkin kerana ditipu tentang anaknya.

"Aku bukan nak pisahkan kau dengan Faril tapi nak ajar kau je supaya lebih hargai orang-orang yang sayang kau di sekeliling. Aku nak kau berfikir sebelum bertindak. Selama ni kau ikutkan hati kau sangat dan nilah akibatnya." tenang sahaja Firdaus menjawab.

Yang lain hanya tekun mendengar.

"Aku menyesal. Aku.. Aku.. Aku nak jumpa isteri dengan anak aku. Aku nak minta maaf. Aku cintakan dia. Sayang.. " semakin lama semakin perlahan suaranya. Syed Nazril tidak mampu meneruskan katanya lagi.

Pandangannya menjadi semakin kabur dan akhirnya kelam. Nama yang diseru semakin sayup kedengaran.

***

Sembilan bulan kemudian...

Airmata yang merembes keluar dari pelupuk mata tidak henti mengalir. Ketika itu dia berbaring di atas katil. Gambar perkahwinannya ditatap tanpa jemu. Lebih erat dia memeluk bingkai itu. Kadangkala dia mencium gambar itu.

"Sayang baliklah. Abang rindu" katanya. Airmata langsung tidak diseka. Biar sahaja mengalir di pipi.

Sungguh berubah wajah Syed Nazril. Mukanya ditumbuhi jambang. Rambutnya pula kusut masai. Langsung tidak terjaga. Selama ini dia sangat mementingkan penjagaan diri. Namun sejak separuh sayapnya di bawa pergi, dia tidak peduli semua itu lagi. Yang dia mahu hanya isteri dan anaknya.

"Abang nak jumpa Faril. Abang rindu dia. Abang nak jumpa sayang. Baliklah." tuturnya lagi. Meleret sahaja nadanya.

Datin Marziah yang melihat keadaan Syed Nazril turut mengalirkan airmata. Ibu mana tak sedih kalau anak yang dikandung menjadi seperti itu. Dia menutup pintu bilik anaknya perlahan.

Sejak keluar dari hospital, Syed Nazril terus dibawa tinggal bersama keluarganya. Risau jika dibiarkan tinggal seorang diri di kondo dengan keadaan tak terurus.

"Macam mana keadaan dia Maz?" soal Dato' Syed Marzuki. Dia juga risau melihat Syed Nazril. Dia sekarang jarang ke pejabat. Lebih banyak duduk di rumah. Segala tugas diserahkan kepada Syed Syazril. Syarifah Maisara pula sudah sambung semester terakhir di oversea.

"Macam tulah abang. Langsung tak berubah. Risau hati saya ni. Sampai bila dia jadi macam tu?" adu Datin Marziah.

"Saya pun tak tahu lah macam mana. Kita dah panggil pakar kaunseling pun macam tu juga." Dato' Syed Marzuki buntu.

"Abang ingat lagi tak kawan baik dia? Siapa namanya? Err.. Amsyar. Haaa Amsyar."

"Kenapa dengan dia?" soalnya pelik.

"Mana tahu kalau Amsyar boleh tolong." teka Datin Marziah.

"Awak yakin?"

"In Syaa Allah bang."

"Kalau macam tu ikut awaklah. Saya dah pening." Dato' Syed Marzuki memicit-micit dahi.

"Nanti saya call dia. Abang ni dah tahu tak sihat duduklah. Meh saya papah" pelawa Datin Marziah.

"Yelah buah hati abang." usik suaminya.

"Ish abang ni" Datin Marziah menepuk lembut lengan suaminya dalam masa yang sama dia memeluk erat dengan itu menuju ke ruang tamu.

***

Sebabkan tak ramai respon, kita buat dua sekali gus je lah 😄 Next chapter Amsyar pujuk Syed Nazril. Dia bocorkan rahsia. Rahsia apa tu tahulah. Nak tahu tunggulah.... Btw abaikan typo. ✌Laila saedah, good night 🌃

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now