Bab 38

35.4K 641 9
                                    

"Kamu dah fikir masak-masak ke ni?" tanya Puan Halina. Sungguh dia dan yang berada di situ terkejut dengan keputusan yang dibuat Qaira sebaik sahaja selepas mereka makan malam.

"Betul umi. Qaira nak minta maaf sangat-sangat sebab buat keputusan macam ni tapi Qaira perlukan masa dan ketenangan. Benda ni terlalu mengejutkan Qaira. Bukan niat Qaira nak tinggalkan Abang Naz tapi semua ni memang betul-betul buat Qaira.. Entahlah.. Qaira sendiri tak boleh nak terangkan" terang Qaira panjang lebar. Faril yang sudah tidur di dalam dukungannya dipandang. Lena sangat Faril tidur.

Semua yang berada di ruang tamu itu tekun mendengar luahan hati Qaira. Mereka faham situasi yang dialami oleh Qaira. Bukan mudah nak terimanya begitu sahaja.

"Tak apalah. Mummy faham Qaira. Ambillah berapa masa yang kamu perlukan. Mummy dengan yang lain akan jaga Naz dekat sini." Datin Marziah akur dengan keputusan menantunya. Lagipun memang anaknya yang bersalah. Qaira hanya mengangguk.

"Daddy tak boleh nak halang kamu lagipun kamu dah besar panjang. Kamu sendiri tahu sebab kamu buat keputusan macam ni." Dato' Syed Marzuki pula bersuara. Qaira diam.

"Akak nak tinggalkan kami semua ke?" tanya Fikri menyampuk.

"Akak bukan nak tinggalkan tapi akak perlukan masa sendirian dengan Faril. Bagi akak semua ni terlalu mendadak. Akak tak boleh terima macam tu je." jawab Qaira.

"Kamu kena ingat, bila ada dekat sana jaga tingkah laku kamu. Jangan jatuh cinta dengan lelaki lain sebab kamu masih berstatus isteri Nazril." nasihat Encik Arifin.

"Itu angah tahulah abah. Jangan risau. Angah takkan buat macam tu." kata Qaira.

"Qaira nak masuk tidur dulu. Faril ni dah nyenyak sangat tidur ni. Assalamualaikum."

"Wa'alaikummusalam" jawab mereka serentak. Sejurus selepas itu, Qaira menaiki tangga masuk ke bilik. Faril diletakkan di katil perlahan-lahan. Telefon pintar milik Qaira diambil dan nombor Amsyar didail.

"Hello Assalamualaikum" Amsyar terlebih dahulu memberi salam sebaik sahaja dia menjawab panggilan itu.

"Wa'alaikummusalam Amsyar."

"Ada apa telefon saya ni?" tanya Amsyar. Peliklah sebab tak pernah Qaira call dia malam macam ni.

"Saya nak tanya pasal cawangan syarikat kita dekat Australia tu."

"Tanya pasal apa?"

"Kan kita perlu wakilkan salah seorang anak syarikat kita untuk ke sana. Dah ada pengganti saya belum?"

"Belum lagilah Qaira. Kenapa?"

"Saya buat keputusan yang saya sendiri wakilkan diri saya ke sana" jawab Qaira tenang.

"Haa? Tapi bukan ke awak kena jaga Nazril?" tanya Amsyar.

"Err... Saya ada sebablah Amsyar kenapa saya buat keputusan macam ni."

"Awak serius ni nak ke sana?" Amsyar meminta kepastian.

"Ya saya serius dan saya akan bawa Faril sekali ke sana. Pasal Nazril family saya ada. Mereka boleh jaga. Bila perlu ke sana?"

"Lusa lah kena pergi sana. Setahun tau tempoh awak perlu berada di sana. Awak okay?"

"Okay. Lagipun cukuplah tempoh tu untuk saya tenangkan diri." terang Qaira.

"Ouh. Kalau macam tu esok awak kena pergi pejabat dan ada beberapa hal yang perlu diuruskan. Pasal tiket dan tempat tinggal dekat sana Suzi dah uruskan. Awak cuma perlu bawa barang-barang je." beritahu Amsyar.

"Okay kalau macam tu jumpa dekat office esok."

"Okay."

"Saya nak tidur dulu ni. Assalamualaikum."

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now