Bab 6

29.3K 682 12
                                    

Usai sahaja perbincangan tentang perkahwinan anak mereka, Datin Marziah dan lain-lain meminta diri apabila jam menginjak ke angka enam petang. Datin Marziah masuk ke dalam kereta BMW yang dipandu anak keduanya, Syed Syazril.

Apabila Datin Marziah masuk ke dalam kereta, Syed Syazril terus bertanya kepadanya ''Mummy, betul ke mummy nak kahwinkan Qaira dengan Naz tu? "

"Betullah, kenapa? "

"Tapi Qaira tu kan gadis yang baik, mana sesuai dengan Naz. "

"Habis tu kamu tak setuju? Hanya sebab perangai Naz macam tu kamu nak bantah keputusan mummy? " tanya Datin Marziah.

"Bukan macam tu tapi.. " belum sempat Syed Syazril menghabiskan ayatnya, Datin Marziah terlebih dahulu memotong.

"Mummy buat macam tu sebab mummy yakin Qaira je yang mampu ubah sikap abang kamu tu" jelas Datin Marziah. "Nanti bila abang kamu dah berubah, mesti dia boleh mencintai dan menyayangi Qaira. " sambungnya lagi.

Syed Syazril hanya mendengus perlahan. "Kalau itu kata mummy, Syaz ikut kan je. Baik untuk Naz baik juga untuk Syaz. " katanya perlahan.

'Kalau itu yang terbaik, aku redha dengan ketentuanMU Ya Allah. Aku cuma ingin Naz yang dulu bukan yang sekarang. Aku harap Naz tidak akan sia-siakan Qaira. " ucap kata hatinya.

"Syaz harap Naz tak buat apa-apa dekat Qaira lepas mereka kahwin nanti. Syaz cuma nak Naz yang dulu je. Yang rajin ajak Syaz solat sama-sama, mengaji sama-sama, bukan Naz yang sekarang ni mummy." kata Syed Syazril menahan sebak. Dia terus menekan pedal minyak dan memandu kereta menuju ke rumah.

Datin Marziah hanya diam tetapi dalam hatinya berdoa agar semuanya selamat.

***

"Mummy buatlah apa yang mummy nak buat. Naz serahkan seratus peratus dekat mummy and kawan mummy tu. Naz taknak masuk campur" kata Syed Nazril yang leka mendail nombor Angela.

'Please sayang, angkat call ni' desis hatinya.

Sejak Syed Nazril memberitahu Angela tentang perkahwinan terpaksanya, Angela terus merajuk dengannya. Telefon tidak diangkat, mesej tidak di balas malah Whatsapp pun di hide last seen.

"Naz!! " dikuatkan suara Datin Marziah apabila anak sulungnya itu tidak mendengar panggilannya.

"Ya mummy" kawan Syed Nazril kelam-kabut. 'Mummy kalau dah marah mahu bergegar vila kepunyaan keluarga ini. ' hatinya sempat membebel.

"Dengar tak apa mummy cakap tadi? "

"Cakap apa mummy?" tanya Syed Nazril tanda tidak tahu apa-apa.

"Mummy cakap kamu tak nak ke jumpa bakal isteri kamu? " kata Datin Marziah sedikit geram dengan anaknya itu.

"No need lah mummy. Nanti waktu akad nikah jumpa juga. " katanya selamba.

"Betul tak nak jumpa? Cantik tahu pilihan mummy. Nanti lepas kahwin mesti Naz tak nak lepaskan dia. " uji Datin Marziah.

"Betul mummy. Tak perlu " katanya. ' tapi tak ada sesiapa yang boleh kalahkan kecantikan Angela and memang aku takkan lepaskan perempuan tak guna tu. Sebab dia, hidup aku musnah! Aku akan buat dia menyesal sebab kahwin dengan aku. Angela,manalah you pergi. I miss you so much sayang ' kata hatinya dan selepas itu terdengar keluhan berat dari bibir lelaki itu.

"Kenapa Naz? " tanya Datin Marziah.

"Tak ada apa-apa mummy" jawabnya.

"Ye ke ni tak ada apa-apa? Mesti ada apa-apa ni. Ceritalah dengan mummy"

" Naz mengeluh sebab lepas ni Naz akan ada tanggungjawab yang besar. Dengan kerja lagi, isteri dekat rumah. "

"Tanggungjawab tu memang besar tapi Naz tak happy ke balik kerja isteri dah masakkan sedap-sedap untuk Naz. Lepas balik kerja Naz mesti penat kan tapi balik je rumah cuba tatap muka isteri. Mesti Naz rasa sejuk je hati. " beritahu Datin Marziah panjang lebar.

"Yelah mummy. Naz akan happy" ucap Syed Nazril sambil tersenyum ke arah Datin Marziah.

***

"Angah tak kisah ke kalau umi dengan bakal mertua kamu uruskan hal perkahwinan kamu ni? " tanya Puan Halina.

"Betul mummy, angah sikit pun tak kisah. Lagipun ni kehendak umi kan so angah ikutkan jelah" jelas Qaira.

'Buat apa nak uruskan kalau bakal suami pun tak nak jumpa. Nama pun tak tahu' omelnya geram.

" Umi dah pilihkan cincin untuk akd nikah kamu nanti. Nah. Okay tak? Kalau tak okay umi pilih lain." kata umi.

"Eh-eh, okay lah tu mummy. Cantik je angah tengok. "

"Jadi angah setuju dengan cincin ni buat akad nikah kamu? " tanya umi inginkan kepastian.

"Betul umi. Angah setuju seratus peratus. " kata Qaira.

"Kalau macam tu, umi nak call mertua kamu cakap yang kamu setuju" cepat-cepat Puan Halina bangkit dari duduknya dan terus menuju ke rak yang menempatkan telefon rumah.

Qaira hanya tersenyum tawar. Adakah dia sudah bersedia dengan perkahwinan ini? Apakah dia sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri nanti? Dan apa yang membimbangkannya ialah adakah bakal suaminya dapat menerimanya sebagai isteri? Belum apa-apa lagi bakal suaminya tidak mahu berjumpa atas alasan sibuk dengan kerja. Dan semua urusan perkahwinan diuruskan oleh ibu mereka. Kursus kahwin pun tidak pernah pergi bersama.

'Sesiapa pun bakal suami aku, aku harap dia dapat terima aku sebagai isteri dia yang sah' bisik hatinya perlahan.

***

Dua bulan berlalu

Detik yang tidak dinanti oleh Qaira dan Syed Nazril akhirnya tiba. Qaira memandang wajahnya yang sudah dimekap nipis dipandang.

"Muka awak dah cantik bersih so tak perlu nak mekap tebal-tebal. Akak cuma mekap natural je supaya muka awak lebih berseri. " Kak Fatin selaku mak andam berkata sambil tersenyum ke arahnya di sebalik cermin.

"Terima kasih kak" ucapnya.

"Sama-sama. Untung siapa bakal jadi suami awak. Apa-apa pun moga rumahtangga awak dan suami awak kekal sampai ke anak cucu. " kata Kak Fatin lagi.

Tok!!  Tok!!

Tombol pintu dipulas dan muncul wajah uminya.

"Cantiknya anak umi ni. Sejuk hati umi bila nampak kamu pakai macam ni. Kejap lagi kamu akan bergelar isteri jadi jangan derhaka cakap suami ya sayang. Tak kira macam mana perangai suami kamu, kamu kena tetap hormatkan dia sepertimana kamu hormat umi dan abah. Syurga kamu beralih dari umi ke suami kamu. " ucap Puan Halina dan mengucup pipi serta ubun-ubun anak perempuan tunggalnya.

Qaira merasakan matanya berkaca. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir. Dia hanya tersenyum dan berkata "baiklah umi. "

"Pengantin perempuan dah siap ke, kalau dah siap boleh keluar sekarang. Majlis dah nak mula. " ucap seseorang dari luar bilik.

"Jangan menangis sayang. Kejap lagi nak bergambar tengok muka kamu macam ni pula" Puan Halina ketawa kecil lalu menarik tangannya keluar.

Sampai di anak tangga yang terakhir, semua mata memandang ke arahnya kecuali seorang lelaki berpakaian sedondon dengannya yang duduk berhadapan tok kadi. Qaira duduk di atas kerusi pelamin.

"Dah boleh mula? " tanya Tok Kadi.

"Boleh " jawab yang lain.

Tok kadi berjabat tangan dengan Syed Nazril dan memulakan majlis.

"Syed Nazril Hakimi bin Syed Marzuki"

"Ya saya"

"Aku nikahkan akan dikau dengan Qaira Farisya binti Arifin dengan mas kahwinnya Lima Ribu Ringgit Tunai. "

Syed Nazril menelan liurnya berkali kali. Hatinya berbelah bahagi. Qaira pula hanya menanti ungkapan aku terima nikahnya dari mulut lelaki tersebut.







Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora