Bab 46

39.7K 604 8
                                    

Syed Nazril terjaga apabila dia terasa sesuatu di pinggangnya. Dia terus melihat empunya tangan itu dan ternyata Qaira yang memeluknya tanpa sedar dengan Faril tidur di tengah.

Syed Nazril tersenyum memandang wajah polos isteri kesayangannya sambil memegang jari jemari wanita itu. Ditelek jari manis isterinya. Masih ada cincin perkahwinan mereka. Maknanya Qaira masih lagi mencintainya cuma akibat daripada tindakan melulu dia membuatkan wanita itu marah padanya.

Mata Syed Nazril tertancap pula pada lengan Qaira yang mempunyai sesuatu seperti kesan luka. Parut! Ya parut. Parut itu wujud akibat daripadanya juga. Dia yang menghiris tangan Qaira sehingga meninggalkan parut kekal.

Mata Syed Nazril berkaca. Sungguh dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan pada Qaira sebelum ini. Kalaulah dia sedar dari awal, tentu mereka sudah bahagia sekarang ini namun itu hanya boleh dikata, semuanya telah terjadi dan tidak boleh lakukan apa-apa lagi kecuali Syed Nazril mengembalikan sinar kebahagiaan pada Qaira.

Qaira tersedar kerana terasa ada sesuatu yang bermain di lengannya. Jari Syed Nazril mengusap kesan parut di lengannya. Terus Qaira menarik lengannya kasar dan duduk di birai katil. Sempat dia menjeling tajam ke arah Syed Nazril.

Syed Nazril turut sama bangun duduk di sebelah Qaira sambil tersenyum.

"Meh abang tolong ikatkan rambut sayang." kata Syed Nazril. Tangannya sedang mencapai getah rambut Qaira namun dihalang oleh Qaira.

"Tak payahlah! Saya ada tangan!" kasar Qaira menjawab namun Syed Nazril masih tersenyum.

Apabila Qaira hendak keluar dari bilik, Syed Nazril memeluk Qaira dari belakang. Kedua-dua belah tangan Syed Nazril melingkari pinggang Qaira manakala Qaira tidak dapat bergerak kerana tangannya terkunci dalam lingkaran tangan suaminya.

"Apa ni? Lepaslah!" Qaira cuba mengawal suaranya supaya Faril tidak terjaga.

"No. Abang nak peluk sayang sekejap je." bisiknya. Dia mencium rambut isterinya tanpa henti. Wangi! Qaira hanya membiarkan sahaja perlakuan suaminya. Dia yang sudah lama tidak mendapat belaian kasih daripada Syed Nazril semakin terbuai. Syed Nazril mengeratkan lagi pelukan itu. Ciumannya semakin lama semakin beralih ke telinga Qaira kemudian ke leher Qaira. Dia meninggalkan kesan merah pada leher Qaira membuat Qaira tersedar.

"Apa ni!?" Qaira bersuara. Terus dia menolak tubuh Syed Nazril lalu keluar dari bilik itu dengan segera.

Syed Nazril terkedu dengan tindakannya sebentar tadi. "Apa yang aku buat ni?" dia meraup wajahnya dengan kasar.

Sejujurnya, apabila dia berada dengan Qaira, dia tidak boleh mengawal tindakannya. Seolah-olah Qaira mempunyai aura yang membuatkan dia tidak keruan.

"Harap Qaira tak marah aku." gumamnya. Dia kembali mengingati kejadian tadi kemudian dia terus tersenyum. Dia tahu Qaira masih lagi mencintainya. Kalau tidak, tentu Qaira sudah menolaknya awal-awal tadi.

Sampai sahaja di bilik, Qaira terus mengunci pintu biliknya. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Macam mana aku boleh tak sedar?" soalnya sendirian. Mudah sangat dia hanyut dalam belaian suaminya. Adakah dia masih mencintai Syed Nazril? Ya memang dia mencintai lelaki itu namun ego dan sifat menguji lelaki itu membuatkan dia pura-pura.

Malas mahu berfikir lagi, terus dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air.

***

"Angela!" laung Harris. Namun masih tidak diendahkan oleh Angela. Dia terus berjalan dengan laju dengan harapan cepat sampai ke kereta. Dia tidak mahu melihat wajah lelaki yang amat menyakitkan hatinya.

"Angela tunggulah!" Harris melangkah dengan laju supaya dia dapat mendekati Angela. Terus dia menyambar tangan wanita itu.

"Apa ni? Lepaslah!" suara Angela tinggi. Nasib baik kawasan parkir kereta ini sunyi tidak ramai orang di situ.

"No. Kenapa you cuba lari dari I?" tanya Harris. Tangan Angela masih lagi tidak dilepaskan.

"Tak ada apa-apa lah. Let me go Harris." kata Angela. Malas mahu tinggikan suara lagi. Nanti tak pasal-pasal sakit tekak pula. 

"Tipulah kalau you kata tak ada apa. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba jauhkan diri dari I. I ada buat salah ke baby?" selamba Harris bertanya.

'Eh mamat ni. Boleh pula tanya soalan bodoh tu!' getus hati Angela.

"I kata tak ada apa-apa lah. You tak faham bahasa ke?" Angela masih tidak mahu mengaku mengapa dia menjauhkan diri dari Harris.

"Tak. I nakkan jawapan dari you."

"No need. I cuma nak beritahu yang I akan balik Philippines minggu ni."

"What? Habis tu macam mana dengan plan kita? I ingat you sebarkan video tu dekat media if dia taknak jual saham dia pada I. "

"You memang pentingkan diri sendiri kan? Kalau you nak I sebarkan media tu, macam mana dengan maruah I!?" kata Angela sambil menolak dada bidang Harris. Dia sudah naik angin.

"Ouh, maruah. Kau cakap pasal maruah!? Selama ni kau tidur dengan jantan-jantan tu semua ada kau fikir pasal maruah kau!?" Harris meninggikan suara. Tercabar dengan tindakan wanita itu.

"Yes! Memang I sedar selama ni I salah. I tak fikir pasal maruh I dengan keluarga I. Daddy I orang kenamaan dekat Malaysia ni. I taknak sebabkan video bodoh tu, nama dia hancur."

Harris mengetap bibirnya. Geram.

"One more, you cuma gunakan I je kan? You memang tak ada apa-apa perasaan dekat I!! You memang tak guna!!" sambung Angela.

"No sayang. I tak gunakan you" nafi Harris. Suaranya bertukar lembut. Dia meraih kedua-dua belah bahu Angela namun ditepis kasar.

"You jangan nak pura-pura lagilah Harris. I bosan dengan lakonan you! You sebenarnya dah nak kahwin tapi still dengan I lagi. Still cari I bila you bernafsu dan I cuma tempat lepaskan nafsu untuk you" sebak Angela berkata. Dia sudah mula menangis. Kecewa kerana dia hanya diperbodohkan oleh lelaki yang pentingkan diri sendiri.

"Angela.." Baru sahaja Harris ingin berkata, Angela sudah menyampuk.

"I taknak apa-apa explanation dari you. Sebab I dah dengar semuanya. Stop kacau I Harris. I kecewa dengan you. I taknak ikut plan bodoh tu lagi. Kalau you nak, you buat sendiri. I taknak masuk campur." habis dia berkata, dia terus menuju ke arah keretanya.

Dia masuk ke dalam kereta. Pintu dikunci dan enjin dihidupkan. Terus dia memandu keluar dari situ bersama air mata yang bergenang.

Harris memandang tajam kereta itu hingga hilang di pandangan matanya. Dia menggenggam penumbuk. Kalau ada manusia dia hadapannya sekarang, sudah lama ditumbuknya.

Harris menuju ke arah keretanya dengan langkah yang besar. Masuk sahaja ke dalam, stereng kereta dihentak.

"Shit. Tak guna kau betina. Kau rosakkan plan aku sial!" Harris bersuara. Dadanya berombak tanda dia amat marah sekarang ini.

"Macam mana kalau Nazril tahu pasal ni? Ah tak boleh jadi. Kau tunggulah perempuan apa aku nak buat. Kau tunggu" Harris tersenyum sinis. Dalam fikirannya sudah terbayang bagaimana raungan wanita itu merayu-rayu padanya.













Sorry sebab lama tak update. 4 hari dah 😅.. Mood asyik ke laut je..

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now