Bab 28

40.1K 657 13
                                    

"Nah aiskrim coklat. Tadi sayang nak kan?" tanya Syed Nazril sambil menghulurkan bekas berisi aiskrim. Dia baru pulang dari kedai hanya kerana Qaira mengidamnya.

"Thank you abang. Sayang ke dapur kejap nak cedok letak dalam cawan." Qaira tersenyum lalu menyambut bekas itu.

Qaira ingin bangun ke dapur namun terbantut apabila Syed Nazril menegahnya. Bekas aiskrim tadi diambil semula olehnya lalu masuk ke dapur.

Usia kandungan Qaira sudah masuk 7 bulan. Sedar tak sedar lagi dua bulan sahaja lagi Qaira akan bersalin. Sepanjang tempoh dia mengandung, Syed Nazril melayannya selayak sebagai seorang isteri. Sungguh dia bahagia sekarang. Mungkin inilah hikmahnya dia bersabar sebelum ini.

Panggilan juga sudah bertukar atas arahan suaminya. Katanya cuba mulakan hidup baru sebagai suami isteri yang sebenar ditambah pula dengan kehadiran anak mereka. Pada mulanya Qaira rasa janggal dengan panggilan abang-sayang tersebut tetapi ianya atas permintaan Syed Nazril. Tidak sampai hati ingin menolak tetapi selepas menggunakan panggilan itu lama-kelamaan dia sudah biasa malah dia terasa disayangi oleh Syed Nazril.

Setiap bulan Syed Nazril akan menemani Qaira untuk check up kandungannya. Apabila anak mereka discan, Syed Nazril lah yang paling gembira. Tidak putus-putus senyuman yang terbit di bibirnya. Paling tidak mereka sangka jantina anak mereka ialah lelaki. Balik sahaja dari klinik, terus dia mengajak Qaira untuk membeli pakaian bayi lelaki.

Kerja-kerja rumah juga Syed Nazril melarang. Dia cuma boleh mengemas bilik tidur sahaja. Yang lain hanya dilakukan oleh pembantu rumah separuh masa yang diupah oleh Syed Nazril sahaja. Qaira pula sekarang sedang duduk di rumah. Permohonan untuk bercuti sehingga tamat tempoh berpantang pula sudah diluluskan atas arahan Syed Nazril. Siap dengan pakej mengugut pula tu. Sama ada bercuti atau berhenti terus.

"Sayang termenung apa tu?" tegur Syed Nazril tiba-tiba.

Qaira tersentak lalu tersenyum. Dia menoleh ke arah Syed Nazril yang sedang membawa dua cawan yang berisi aiskrim coklat itu ke arah ruang tamu.

"Tak ada apa-apa lah" jawab Qaira.

"Ermm.. Abang" seru Qaira.

Syed Nazril yang baru ingin menyuap aiskrim ke mulutnya terbantut lalu memandang Qaira.

"Ya sayang. Ada apa?" tanya Syed Nazril.

"Abang dengan Angela macam mana? Lama dah abang tak keluar dengan dia" ujar Qaira.

Syed Nazril tersentak dengan ayat itu. Adakah Qaira terasa dengan sikapnya sebelum ni?

'Mestilah terasa. Apalah bodoh sangat soalan kau Nazril.' hatinya berkata.

"Abang dengan Angela dah lama putus sayang. Sebab tu abang tak keluar malam dah. Abang nak fokuskan pada isteri abang ni and permata hati kita ni" kata Syed Nazril. Tangannya diletakkan pada perut Qaira yang makin membesar itu. Terasa pergerakan anaknya itu di dalam rahim Qaira.

"Putus? Bila?"

"Dah lama dah sayang"

"Angela macam mana?"

"Dia kata dia okay je"

Throwback

"Biy ada apa nak jumpa I ni? Rindu erk?" seloroh Angela.

"I datang ni sebab nak cakap something dengan you" kata Syed Nazril.

"Apa dia? You nak ajak I kahwin ke?" teka Angela teruja.

Hati Syed Nazril makin diserbu rasa bersalah. Memang dia selalu beri harapan pada Angela tetapi itu dulu. Sekarang dia mahu putus dengan Angela kerana mahu bersama dengan isteri serta anaknya sekarang.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now