Bab 12

30.3K 710 26
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Qaira dan Amsyar sama-sama menuju ke arah parking kereta.

"Awak balik dengan saya nak? Lagipun saya yang hantar awak ke sini. " tanya Amsyar.

"Awak tak kisah ke? "

"Tak kisah pun. Atau awak takut suami awak tu jealous ? " gelak Amsyar.

"Eh bukanlah. Taknak susahkan awak lagi. " terang Qaira.

"Awak tak pernah menyusahkan saya pun"

"Err" Qaira berfikir mahu atau tidak. Jika dia tumpang Amsyar, macam menyusahkan lelaki itu tapi kalau dia menolak dia mahu pulang bagaimana pula.

"Jomlah" pujuk Amsyar lagi. Dia sudah membuka pintu bahagian pemandu dan berdiri di situ.

"Kalau macam tu yelah" ujar Qaira sambil berjalan ke arah kereta Amsyar.

Baru beberapa tapak dia melangkah, tiba-tiba lengannya ditarik kuat oleh seseorang.

Qaira menoleh dan kelihatan figura seorang lelaki memandangnya tajam.

"Awak? " tanya Qaira terkejut.

"Kenapa? Terkejut aku kat sini dan nampak kau bermesra dengan lelaki lain? " soal Amsyar sinis. Dia memandang Amsyar sekilas dan kembali memandang Qaira.

"Awak buat apa kat sini? " soalnya lagi.

"Nak jemput ISTERI sendiri pun tak boleh? Nak naik dengan jantan lain!? " sengaja dia menekankan ayat isteri itu.

"Tadikan awak.. " belum sempat Qaira beritahu Syed Nazril sudah memberi arahan.

"Dah naik! " kata Syed Nazril tegas.

Qaira memandang Amsyar dengan rasa bersalah dan terus masuk ke dalam kereta mewah milik Syed Nazril.

Syed Nazril memandang Qaira tajam. Apabila Qaira sudah menaiki keretanya. Dia terus memandang Amsyar.

"Kononnya nak berubah tapi bini orang pun kau sapu" katanya sinis.

Syed Nazril  meloloskan diri ke dalam kereta. Pintu kereta di tutup dan dia terus memijak pedal minyak. Maka kereta itu pun bergerak meluncur laju.

Amsyar masih berdiri di situ dalam keadaan terkejut. "Qaira isteri Naz? " soalnya sendirian. Dia rasa macam tidak percaya. Naz yang bad boy boleh berkahwin dengan gadis sebaik Qaira. Macam mana hal tu boleh berlaku?

Amsyar malas nak fikirkan hal itu terus masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ.

***

Sampai sahaja di kondominium, Syed Nazril keluar dari kereta dan diikuti oleh Qaira. Syed Nazril terus menarik kasar lengan Qaira sehingga ke dalam rumahnya yang terletak di tingkat 8. Sebaik sahaja pintu ditutup, terus Syed Nazril menolak dengan kuat tubuh Qaira sehingga dia terduduk di atas lantai. Qaira mengaduh sakit.

"Seronok keluar dengan jantan lain!!?" jerkah Syed Nazril.

Bahu Qaira terangkat sedikit kerana terkejut dengan jerkahan lelaki itu. Dia tidak berani bersuara. Dia hanya memandang lantai.

"Woi perempuan!! Kau dengar tak?!! Aku tanya ni!! " jerkahnya lagi sambil memegang kasar dagu Qaira yang terduduk itu.

"Sa... Saya cuma tum...tumpang dia je. Tek..teksi takda masa itu. " jawab Qaira tergagap-gagap. Matanya memandang ke arah lain. Tidak berani dia memandang wajah Syed Nazril.

"Pandai kau bagi alasan kan!! Kau boleh call je teksi kan!! Cakap jelah kau tu memang tergedik dekat jantan lain sebab aku tak layan kau macam jantan-jantan yang kau goda tu!! Nama je bertudung tapi murahan" dia terus merentap kasar selendang hitam Qaira dan menarik rambut Qaira sehingga dia terdongak ke atas.

"Bukan macam tu" beritahu Qaira lirih. Dia dapat rasakan matanya berkaca. Dia tidak dapat menyambung ayatnya. Entah kenapa lidahnya kelu. Yang dia tahu sekarang hanyalah sakit akibat rambutnya ditarik ditambah pula jarum yang mencucuk sedikit kulit mukanya yang bersih.

Syed Nazril hanya menunggu ayat yang keluar dari mulut gadis itu. Qaira diam dan kedengaran suara tangisnya yang mengisi ruang di situ. "Ah!! Sudahlah kau perempuan!!! Kalau dah jalang tu jalanglah juga!!" dia menolak kepala Qaira sehingga Qaira terhantuk kepalanya di bucu meja makan yang terletak berdekatan.

Syed Nazril terus masuk ke biliknya dan menghempas pintu biliknya dengan kuat.

Qaira terus menghamburkan tangisannya di situ. Dia memegang dahinya yang terhantuk di bucu meja. Terasa ada cecair dia terus memandang jarinya. Darah!

Qaira terus bangun dan mengambil kotak first aid yang berada di laci kabinet dapur. Dia membasuh lukanya dan menampal handyplus di dahinya yang luka. Dia kembali menutup kotak itu lalu diletakkan di tempat yang asal.

Qaira mengambil beg tangannya yang terdampar di atas lantai dan masuk ke biliknya. Dia perlu membersihkan diri dan menunaikan solat asar. Selepas itu dia perlu masak untuk makan malam.

***

Seminggu sudah berlalu namun Syed Nazril dan Qaira tidak bertegur. Tetapi Qaira tetap menjalankan tanggungjawabnya untuk memasak dan menjaga pakaian Syed Nazril walaupun lelaki itu tidak menghargainya. Selama seminggu itu Syed Nazril hanya makan di luar. Sudah sebulan mereka bergelar suami isteri namun Syed Nazril tidak makan masakan Qaira.

Qaira pula hanya mampu bersabar dan berdoa. Berharap agar suaminya akan berubah suatu hari nanti.

"Kau siap sekarang. Pergi ambil kereta kau dekat kampung. " arah Syed Nazril tanpa memandang mukanya.

Qaira hanya menurut kata. Tidak mahu bertanya. Setelah bersiap dia keluar bilik. Dia memandang Syed Nazril yang juga sudah siap.

Perjalanan dalam kereta hanya sunyi. Seperti biasa Syed Nazril fokus terhadap pemanduannya manakala Qaira memandang ke arah tingkap sisinya. Radio pula ditutup.

Setelah agak lama berada di dalam kereta, akhirnya destinasi yang ingin dituju sudah sampai.

Qaira terus keluar dari kereta dan meluru ke arah pintu rumah abah dan uminya.

"Assalamualaikum!! Umi!! Abah!! " jerit Qaira dari luar.

"Wa'alaikumussalam " jawab uminya yang muncul di muka pintu.

"Umi!! " jerit Qaira seraya memeluk uminya.

"Ish angah ni. Apa perangai macam budak-budak ni."

Qaira tersengih.

"Macam manalah dah ada anak nanti" sambung umi lagi. Serta merta sengihan Qaira pudar.

'Anak' desis hati Qaira.

"Sayang? Termenung apa tu? " tanya Syed Nazril secara tiba-tiba. Entah bila lelaki itu sudah berdiri di sebelahnya. " ouh, sayang nak anak ya? Malam ni kita buat ya? " kata Syed Nazril seraya mengenyit mata ke arah isterinya.

Qaira cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah lain apabila Syed Nazril mengenyit mata.

"Sudah. Sambung kat bilik ya. Mari masuk lagipun umi dah masak tengahari. " pelawa umi.

Qaira dan Syed Nazril pun masuk ke rumah. Baru beberapa langkah mereka ditegur seseorang.

Umi terus berjalan tanpa menghiraukan suara itu kerana dia tahu siapa yang menegur. Dia perlu membancuh air oren untuk minuman mereka tengahari ini.

"Angah... " tegur Fikri seraya memeluk Qaira.

Qaira membalas pelukan adiknya lalu bertanya "tak pernah pun nak peluk angah bila balik. Ini takda angin takda ribut tiba-tiba je peluk. Hmm mesti ada apa-apa ni kan. " duga Qaira sambil meletakkan jari telunjuknya di dagu.

"Mana adalah. Adik peluk sebab angah dah jadi isteri orang. Sebelum ni angah tak kahwin memanglah adik tak peluk. " jelas Fikri.

Qaira membuat muka manakala Fikri merapati abang iparnya lalu menyalam tangan lelaki itu.

"Abang sihat? "

"Sihat je dik"

"Kalau macam tu jomlah abang angah kita pergi makan" ajak Fikri.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now