Bab 33

39.5K 631 17
                                    

"Mummy daddy, Syaz nak beritahu sesuatu ni." suara Syed Syazril memecah suasana itu.

Ketika itu Dato' Syed Marzuki dan Datin Marziah berada di ruang tamu setelah selesai bersarapan. Mereka terus memandang ke arah anak kedua mereka. Syarifah Maisara pula sibuk menyelak majalah tanpa memandang ke arah abang keduanya. Namun telinga siap sedia untuk mendengar.

"Apa dia Syaz? Bunyi macam serius sahaja." Dato' Syed Marzuki bertanya.

"Syaz tak tahu nak cakap macam mana tapi sebenarnya Qaira dah bersalin."

"Bersalin? Tak mungkinlah. Kan usia kandungan dia baru je 7 bulan." kata Datin Marziah.

"Memanglah 7 bulan, Qaira bersalin awal tu"

"Macam mana boleh jadi macam tu?" tanya Syarifah Maisara pula. Majalah sudah disimpan ke dalam laci. Tentang Qaira lebih menarik minatnya.

"Sebab..." ayatnya terhenti disitu.

'Takkan nak beritahu yang along penyebabnya.' desis hatinya.

"Syaz dapat tahu hal ni dari kawan Syaz yang kerja doktor dekat hospital tempat Qaira bersalin. Yang peliknya, masa bersalin tu along tak ada." Syed Syazril cuba menukar topik.

"Ya Allah. Dia bersalin pun kita tak tahu abang." kecewa sungguh Datin Marziah. Dato' Syed Marzuki pula hanya menggelengkan kepala.

"Ni.. Macam mana along boleh tak ada masa tu!? Nak kata outstation pun tidak" Dato' Syed Marzuki sudah bengang.

Syed Syazril hanya menggeleng.

"Adik, pergi call along sekarang. I need an explanation now! " tegas Datin Marziah berkata.

Syarifah Maisara terus mencapai iPhonenya lalu mendail nombor Syed Nazril.

***

Syed Nazril memandang dirinya melalui cermin. Dibetulkan sedikit rambut agar nampak kemas.

"Okay dah handsome " puji Syed Nazril sendiri.

Dia keluar rumah dan mengunci pintu rumah serta pintu gril. Setelah itu, dia membawa luggage Polonya menuju ke lif.

Sampai sahaja di kereta, dia meletakkan luggage ke dalam bonet kereta Audi R8 miliknya. Dia masuk ke dalam kereta dan melabuhkan punggung di tempat duduk pemandu. Enjin dihidupkan dan pedal dipijak.

Sedang leka dia memandu, tiba-tiba iPhonenya berbunyi minta diangkat.
Syed Nazril tidak memberhentikan kereta malah cuba mengambil iPhone yang diletakkan di sebelah pemandu. Tidak semena-mena ianya jatuh dari situ. Dia memandang di sekeliling.

'Ahh, ambil jelah. Kereta tak banyak' kata hatinya.

Dia membongkokkan badan dan cuba mencapai iPhonenya. Sebelah tangan kanan memegang stereng kereta manakala tangan kiri mencapai iPhone namun mata masih memandang jalan. Sudah puas dia cuba mencapai namun tidak berjaya, akhirnya dia memandang ke arah di mana iPhonenya terjatuh.

Apabila sudah dapat, dia kembali menegakkan badan. Baru sahaja ingin menjawab, keretanya sudah berada di laluan bertentangan dan ada sebuah kereta di laluan itu. Dia menekan brek kuat tetapi kereta itu tidak berhenti. Segera Syed Nazril memusingkan stereng ke arah kiri supaya tidak berlanggar dengan kereta itu namun tidak sempat. Keretanya dan kereta dihadapannya telah pun bertembung. Kepala Syed Nazril terhantuk pada cermin kereta dan cermin itu pecah separuh.

"Arghh!! Syed Nazril mengerang.

Darah banyak mengalir dari kepala hingga turun ke dahi. Kepala Syed Nazril berpinar-pinar akibat daripada hentakan yang kuat. Matanya kabur namun dapat dia melihat orang ramai cuba membantunya keluar dari kereta yang remuk itu. Syed Nazril mengerang kesakitan. Perlahan-lahan matanya tertutup kerana sakit yang dialaminya melemahkan badannya. Sebelum matanya tertutup, sempat dia berdoa di dalam hati.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now