Bab 26

42.3K 682 10
                                    

Qaira mundar-mandir di dalam bilik. Masih teringat kata-kata Amsyar dua bulan lepas. Betulkah Syed Nazril akan berubah jika dia memberitahu bahawa dia sedang mengandungkan anaknya? Dia risau kalau Amsyar sengaja mahu menyedapkan hatinya.

Dia memandang ke arah perutnya dan memegangnya. Sudah kelihatan sedikit. Perubahan pada Qaira tidak kelihatan. Cuma kerap pening tetapi dia perasan yang Syed Nazril selalu sahaja makan banyak. Mungkin Syed Nazril juga alami benda yang sama.

Qaira duduk di birai katil. Dia meraup mukanya. "Ya Allah apa patut aku buat ni?"

Hatinya berbelah bahagi. Perlukah Syed Nazril tahu? Bagaimana kalau Syed Nazril tidak boleh menerimanya? Ah, takkanlah Syed Nazril kejam untuk menafikan itu anaknya. Syed Nazril suka budak-budak? Impossible. Qaira tersenyum. Mungkin betul kata Amsyar. Syed Nazril boleh berubah dengan kehadiran si kecil itu. Tak cuba mana tahu kan?

Ya! Memang dia kena tahu anaknya sudah wujud. Dia perlu beritahu suaminya. Dia perlu!

Qaira bangun dari katil dan menuju ke arah pintu. Pintu dibuka dan dia mencari kelibat Syed Nazril. Kelihatan Syed Nazril sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Qaira perlahan-lahan berjalan ke arahnya dan duduk disebelah Syed Nazril. Syed Nazril yang perasankan hal itu terus menolak Qaira sehingga jatuh dari sofa.

"Kau dah kenapa duduk dekat dengan aku!?" kasar Syed Nazril bertanya. Sejujurnya sudah 3 bulan dia merasakan mahu bermanja dengan Qaira namun dia tepiskan segalanya. Ego! Dia pelik dengan dirinya. Hatinya juga tidak keruan apabila berada dekat dengan Qaira.

Qaira pula duduk di atas lantai sambil menunduk. Dia kembali memandang wajah suaminya. Dia diam seketika untuk menyusun ayat yang bakal diucapkan.

"Sa.. Saya.. Saya" tergagap-gagap Qaira bertutur.

"Saya saya saya apa!!? jerkah Syed Nazril.

Bahu Qaira terangkat sedikit kerna terkejut dengan jerkahan suaminya.

"Saya mengandung" laju sahaja Qaira menjawab. Fuh! Terlepas satu beban di bahunya. Lega!

"Apa kau cakap? Ulang balik!" betulkah Qaira mengandung? Atau dia salah dengar? Siaran televisyen langsung tak menarik perhatiannya. Lebih menarik dengan kata-kata Qaira.

"Saya mengandung" ulangnya lagi.

"Mengandung!?"

Qaira mengangguk. 'Nampak macam dia teruja je' monolog hatinya.

"Betul ke ni atau kau main-main"

"I swear saya mengandung. Kalau tak percaya ikut saya pergi check up"

"Berapa bulan?"

"Tiga bulan dah"

Syed Nazril memandang tajam ke arah Qaira. Terus dia bangun menuju ke biliknya. Pintu dihempas kuat.

Sekali lagi bahu Qaira terangkat. Marahkah dia? Aduh macam mana ni. Kalau dibuatnya dia tak boleh terima anak ni macam mana? Ni semua Amsyar punya pasal lah.

Syed Nazril masuk ke bilik dan duduk di meja kerjanya. Rambut diramas kasar. Habis kusut rambutnya. Dah macam bad boy.

"Betul ke ni dia mengandung?" soalnya sendirian.

Kenapa hati dia seakan gembira? Bukan dia tak suka ke kalau perempuan tu mengandungkan anaknya? Tapi tak akan nak digugurkan pula anak dia tu?

"Arh.. Kusutlah!!"

Qaira isterinya mengandungkan anaknya. Sudah lama dia impikan anak sendiri dan akhirnya tercapai. Anaknya sudah wujud. Tidak sampai hati untuk gugurkannya. Apalah salahnya kalau dia berbuat baik dengan isterinya sendiri kan? Sampai bila mahu diseksanya Qaira tambah-tambah sedang berbadan dua? Syed Nazril tersenyum. Dia akan cuba berbaik dengan Qaira. Angela pula nanti-nantilah dia fikirkan. Sudah dua bulan tidak bertemu.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now