Bab 4

31.4K 742 5
                                    

Selepas selesai makan malam, umi berjumpa dengan Qaira di biliknya. Ada perkara yang perlu diberi tahu.

"Apa apa umi?" tanya Qaira.

"Kamu dah ada boyfriend? " soalan dibalas soalan.

"Tak ada, kenapa umi? " dahinya berkerut tanda pelik. Tidak pernah umi tanya soalan begini.

"Ahad ni kawan umi datang nak masuk meminang kamu untuk anak sulung dia. " beritahu umi.

"Meminang?!! Umi.. Angah taknaklah. Tak ready lagi. " jelas Qaira.

"Umi tahu tapi bukannya minggu ni kamu nak bernikah tapi lagi dua bulan so dari sekarang ni umi nak kamu bersedia"

"Cepatnya umi. Umi kenal ke dengan anak dia tu? Entah siapa-siapa lah anak dia tu. Baik ke jahat ke. Angah tak kenal dia pun." ujar Qaira tanda tidak setuju.

"Qaira, umi tahu anak dia tu mampu jaga kamu. Umi nak terbaik buat kamu. Kamu satu-satunya anak perempuan umi dengan abah. Ini permintaan kami berdua sayang. Tapi kalau taknak umi tak paksa." panjang lebar umi berkata.

"Tapi angah tak kenal dia dan kenapa kena kahwin dengan anak dia pula?"

"Lepas kahwin boleh kan tak pun sementara nak tunggu majlis akad tu pun boleh. Kamu duduk Kuala Lumpur kan sama dengan kawan umi tu. Umi setuju dengan kawan umi sebab dia nak sangat Qaira jadi menantu dia. Umi percaya dia boleh jaga anak umi ni. Tahu kan sekarang banyak mertua yang bencikan menantu? " jelas umi.

Qaira menghela nafas. 'Apalah sangat setakat kahwin kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan umi dan abah' hatinya berbisik.

"Bagi masa Qaira nak berfikir umi " minta Qaira.

"Yelah, lusa mereka nak datang. Umi harap kamu boleh terima. Kalau kamu masih tak dapat beri kata putus, istikharah lah supaya Allah beri petunjuk. Umi masuk bilik dulu. Assalamualaikum " kata umi lalu beredar dari bilik Qaira tanpa menunggu sepatah kata darinya.

Qaira hanya memandang uminya sehingga hilang di muka pintu. Dia memejamkan mata dan diurut kepalanya perlahan. 'Ya Allah, apa benda yang berlaku ni? " gumamnya.

Abah yang membaca buku di atas katil menoleh ke arah isterinya yang baru sahaja masuk ke bilik utama.

"Awak dah cakap dengan angah pasal tu? " abah mula bersuara.

"Sudah tapi dia tak dapat bagi keputusan lagi sebab tak kenal dengan anak Marziah tu" beritahu umi dan mengambil tempat di sisi suaminya di atas katil.

Firdaus yang ketika itu sedang berjalan menuju ke bilik tidurnya terhenti apabila mendengar perbualan umi dan abahnya. Dia hanya berdiri di sebalik pintu bilik umi dan abah.

"Awak sendiri tahukan perangai anak sulung Marziah tu macam mana. Tapi kenapa nak dinikahkan juga dengan angah? Kesian budak tu. " abah bertanya.

"Saya tahu bang. Marziah minta sangat yang angah tu kahwin dengan anak sulung dia sebab dia tahu angah mampu ubah dia. Saya yakin angah boleh ubah dia dan saya juga yakin lepas anak Marziah tu berubah, dia boleh jaga angah. Saya cuma nak yang terbaik untuk dia. " jawab umi dengan panjang lebar.

"Ikut awaklah Puan Halina. Awak ibu dia so awak tahu kebaikan untuk anak-anak awak. Saya harap apa awak cakap tu betullah. " abah menutup buku dan diletakkan di meja sisi katil dan menanggalkan cermin matanya diletakkan di tempat yang sama lalu terus merebahkan badannya di tilam itu.

Firdaus yang sudah mendengar segalanya terus menuju ke bilik dengan hati yang gundah gulana.

'Anak sulung Datin Marziah? Naz ke? ' hatinya tertanya-tanya sambil merebahkan badannya di atas katil di sebelah isterinya.

Kak Sya yang memandang pelik suaminya itu terus bertanya " kenapa abang nampak macam tengah fikirkan sesuatu? Ada apa-apa ke abang? " dia menoleh sekilas dua orang anaknya yang sedang tidur nyenyak itu dan kembali memandang suaminya.

"Abang terdengar perbualan umi dengan abah tadi dalam bilik mereka."

"Pasal apa abang?" tanya Kak Sya.

"Sayang ingat lagi tak anak Datin Marziah tang pertama tu? Nama dia Nazril. "

"Yang mana? Sayang pernah jumpa ke?"

"Pernah"

Flashback

Firdaus bersama isteri dan anak-anaknya berjalan menuju ke bilik hotel mereka di Pulau Langkawi sempena hari keluarga di syarikatnya. Sedang menuju ke koridor mereka, Firdaus dan isterinya terlihat seorang lelaki sedang bercumbu dengan wanita seksi di sudut koridor itu.

Kak Sya terus menutup mata anaknya Aqif dan berlalu dari situ manakala Firdaus dekati mereka dan menegurnya.

"Bro, kat sini Malaysia bukan Paris yang kau sesuka hati nak buat macam ni. Kat sini ramai budak-budak. Kalau nak buat pergi masuk bilik. "

"Kau nak kecoh pahal! Hal aku kau tak payah nak sibuklah! " bidas Syed Nazril.

"Kalau boleh memang aku taknak sibuk tapi aku nak ingatkan kau, sini tempat public. Kau dah besar pergi cari tempat privacy sikit yang orang tak boleh nampak " tegas Firdaus.

"Baik kau blah sekarang sebelum aku belasah kau!! " Syed Nazril mula berang.

Kebetulan Datin Marziah dan Dato' Marzuki baru sahaja sampai terus bersuara.

"Apa kecoh-kecoh ni? Naz? Firdaus? " Datuk Marzuki bertanya.

"Err, takda Dato' Datin cuma lelaki ni buat benda tak elok kat sini. Saya tegurlah tapi dia marah-marah saya pula" jelas Firdaus.

Datin Marziah yang kenal dengan sikap anaknya itu mula geram "Naz, kamu ni kan memalukan mummy tahu tak!?. Mana mummy nak letak muka mummy kalau pekerja mummy tahu perangai kamu macam ni!? " Dato' Marzuki hanya menggeleng kepala mengenang sikap anak sulungnya itu.

Syed Nazril hanya senyap manakala wanita seksi itu hanya memeluk lengan jejaka itu.

"Dia anak Datin ke? " Firdaus bertanya.

"Ya, dan dia baru pulang dari London lepas 5 tahun belajar di sana. " beritahu Dato' Marzuki.

"Ouh. Tak apalah Dato' Datin, saya nak pergi bawah jumpa isteri dan anak-anak saya. Saya pergi dulu" Firdaus meminta diri dan malas masuk campur urusan keluarga itu.

End flashback

"Ouh, yang tu. Ingat lagi. Kenapa abang? " tanya Kak Sya.

"Abang dengar umi dengan abah nak jodohkan si Naz tu dengan Angah"

"Haa!!?? Serius ke abang!!? " tanya Kak Sya seakan tidak percaya.

"Itu yang abang dengar. Tak tahulah kalau Datin Marziah lain ke tapi kalau betul anak Datin Marziah yang abang bekerja tu abang tak berapa nak sokonglah sebab kita dah tahukan perangai si Naz tu macam mana"

"Itu lah pasal bang. Saya tak yakin kalau dia mampu jaga angah dengan baik. "kata Kak Sya.

"Esok abang akan tanya abah dengan umi " beritahu Firdaus.

"Yelah. Dah lewat ni jom tidur. Abang mesti penat drive dari Kuala Lumpur ke sini. " Kak Sya terus bangun dan menutup lampu bilik.

Mereka pun tidur dengan tenang di malam yang sunyi itu.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now