Bab 18

37K 672 37
                                    

Syed Nazril melangkah perlahan masuk ke dalam kondo miliknya. Penat. Itu yang dia rasakan sekarang. Sudah maghrib baru dia pulang ke rumah.

Sebenarnya hal Syed Nazril tadi adalah teman Angela shopping di Mid Valley. Angela sememangnya kaki shopping. Hari ni sudah RM3000 habis disebabkan kesemua barang yang dibeli Angela berjenama. Tapi apa dia kisah. Sayang kekasih hati kan? Sanggup buat apa sahaja.

Syed Nazril terus merebahkan diri di atas sofa empuk itu. Dia melelapkan mata.

Qaira baru keluar dari bilik dan ternampak suaminya baring di atas sofa. Jam di dinding dipandang sekilas. 7.20 malam. Qaira mengejutnya perlahan-lahan.

"Awak.. Awak bangunlah. Tak elok tidur waktu macam ni." Qaira menggerakkan lengan sasa milik suaminya itu.

Diam.

Sekali lagi dia mengejutkan namun tiada pergerakan tetapi Qaira terus mengejutnya.

"Apa benda!?" tengking Syed Nazril. Cukup pantang apabila dia penat begini dan orang mengacaunya. Dia terus duduk dari pembaringan. Memandang Qaira tajam.

Bahu Qaira terangkat sedikit tanda terkejut. "Saya kejutkan awak je. Tak elok tidur waktu macam ni." kata Qaira perlahan.

"Aku pantang betullah kalau orang kacau aku macam ni!!!" Syed Nazril berkata sambil menarik rambut Qaira kuat.

Qaira mengadu sakit. Dia memegang tangan Syed Nazril supaya suaminya melepaskan tarikan di rambutnya.

"Saya minta maaf. Saya tak akan buat lagi." kata Qaira. Pandangannya sudah berkaca. Sakit sungguh dia rasakan sekarang.

"Kau ingat dengan maaf kau tu boleh redakan sakit hati aku ke sial!!?" Syed Nazril bertanya lagi dalam keadaan marah.

Qaira hanya diam. Dia sudah menangis ketika ini.

"Tahu pula senyap!! Tadi membebel tak habis-habis sampai bernanah telinga aku ni!! Kau dengan maaf kau tu boleh pergi mati!!" Syed Nazril meludah ke muka Qaira. Serentak itu dia menyepak tubuh Qaira ibarat dia menyepak bola.

Qaira tak mampu menahan. Dia hanya membiarkan sahaja tubuhnya disepak. Setiap kali sepakan itu singgah di tubuhnya, setiap kali itu dia mengadu sakit. Mulutnya tidak henti-henti berkata sakit. Hatinya pula berdoa supaya dihentikan perbuatan itu. Sudahlah lukanya belum sembuh. Masih dibaluti kain kasa. Disepak terajang pula tubuh kecil itu.

Setelah puas menyepak tubuh isterinya itu, dia terus berhenti. Melihat tubuh yang terbaring lemah itu membuatkan hatinya melonjak gembira. Dia memandang sinis tubuh itu dan menuju ke bilik tidurnya. Sempat disepak tubuh Qaira untuk kali terakhir sebelum dia berlalu pergi.

Qaira masih terbaring di situ dan menangis. Ya. Menangis dan terus menangis. Hanya itu yang dia lakukan.

'Menangislah puas-puas Qaira andai itu mampu kembalikan semangat kau' hatinya berkata.

Seketika azan maghrib berkumandang di masjid berdekatan kondominium itu. Qaira bangun dengan segera untuk menunaikan kewajipan pada Yang Esa.

Selesai solat fardhu Qaira mengerjakan solat hajat. Dia meminta kepada Allah menjentik hati suaminya agar dapat menerimanya semula.

Dia sedih dengan sikap suaminya itu. Masih lagi mahu menderanya. Bukan tidak mahu mengadu kepada sesiapa tetapi dia terlampau sayangkan suaminya. Tidak sanggup jika melihat suaminya dimarahi kerananya.

'Kau memang bodoh Qaira. Masih lagi sayangkan dia sedangkan dia tak pernah sayangkan kau malah menganggap kau sebagai isteri' hatinya mula merasuk.

Qaira hanya senyap. Dia tidak mampu melawan kata hatinya tapi dia tidak akan mendengar kata hatinya. Ikut kata hati mati.

Qaira teringat satu ayat Al-Quran yang menyatakan:

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now