Bab 32

40.3K 691 22
                                    

Syed Nazril berfikir sejenak. Mahu atau tidak dia menghubungi abang iparnya. Kalau dia telefon sudah tentu maki hamun yang didapatnya.

Akhirnya nombor Firdaus di dail. Lantaklah apa nak jadi yang penting dia perlu tahu di mana Qaira berada.

Beberapa saat berlalu, pemilik nombor itu tidak menjawab. Didail lagi nombor itu dan akhirnya panggilannya dijawab.

"Assalamualaikum abang" tegur Syed Nazril lembut.

"Wa'alaikummusalam. Sapa abang kau!?" kasar sahaja nadanya.

"Bang, saya minta maaf"

"Maaf? Huh. Minta maaf sebab apa? Dan sejak bila kau panggil aku abang? Bukan selama ni kau cakap dengan aku kasar je ke?"

Syed Nazril terdiam. Kelu lidahnya untuk menjawab.

"Kau telefon aku ni mesti kau nak tahu kan mana adik aku?" sinis Firdaus berkata.

"Abang mana dia? Saya nak minta maaf dekat dia. Saya menyesal"

"Menyesal? Betul ke ni ataupun kau tak puas hati tak dapat belasah ISTERI kau tu sampai mati?"

"Abang, saya minta maaf atas apa yang saya dah buat tapi saya betul-betul nak tahu mana isteri saya. Dia mesti perlukan saya waktu sekarang ni" rayu Syed Nazril.

"Sorry, dia tak perlukan kau pun. Kau ingat dia akan maafkan kau ke lepas apa yang kau dah buat!?" suara Firdaus naik seoktaf.

"Saya mengaku salah saya tapi..." belum habis Syed Nazril berkata, Firdaus sudah menyampuk.

"Kau nak tahu something tak? Anak kau dah mati sebab kau!!?"

Berderau darahnya mendengar berita itu. "Ab.. Abang tipukan?"

"Kau ingat soal ni main-main ke!? Sudahlah Naz, aku dari dulu memang tak percaya kau boleh jaga adik aku. Ikutkan hati aku, memang aku tak restu kau kahwin dengan dia tapi sebab mak dengan ayah aku, aku terpaksa terima. Lepas apa yang kau dah buat ni, ingat aku diamkan diri je? Tak Nazril tak! Aku takkan biarkan adik aku tu hidup dengan lelaki dayus macam kau!"

Airmata Syed Nazril gugur. Macam mana dia boleh tergamak melakukan itu sedangkan isterinya sedang sarat mengandungkan anaknya.

"Bagi saya peluang untuk bahagiakan dia abang. Tolonglah untuk kali ni je abang."

"Aku tak boleh nak cakap apa. Semua bergantung pada dia"

"Abang.. Qaira ada dekat sana tak? Kalau ada izinkan saya bercakap dengan dia" pinta Syed Nazril bersama sedunya.

Firdaus sedari tadi membuka loudspeaker supaya Qaira boleh mendengar. Qaira menggeleng.

"Dia taknak lagipun dia betul-betul kecewa dengan kau sebab kau anak dia mati."

"Allahuakbar sayang. Abang izinkan saya balik rumah keluarga dia saya nak minta dia bagi peluang pada saya. Saya nak jaga dia saya.. "

"Sudahlah kau. Ingat aku percaya ke? Malas aku nak layan kau. Lagi satu, tak payahlah datang sini sebab dia tak ada kat sink. Kalau kau datang juga aku tak teragak-agak untuk laporkan pada polis atas dakwaan cuba membunuh. Kalau kau rasa nak hidup dekat jail kau datanglah!!" terus dimatikan panggilan itu.

Syed Nazril mengeluh. "Ya Allah macam mana aku nak buat ni. Aku cuma nak jaga dia je"

'Manalah sayang ni? Kalau ada di hospital, ada beratus hospital dekat Malaysia ni. Rumahnya? Mungkin ada sebab kalau tak ada takkanlah Firdaus mengugutnya.' bisik hatinya.

"Mesti ada dekat sana" Syed Nazril berkata. Akhirnya dapat juga dia berjumpa dengan isterinya.

Gambar perkahwinan mereka yang sememangnya terletak di bahagian rak diambil dan diusap perlahan.

"Sayang.. Abang minta maaf. Abang ikutkan hati sangat sampai anak kita jadi mangsa. Anak papa, maafkan papa sayang. Papa janji akan jaga mama betul-betul. Papa takkan sakitkan mama lagi." sayu suaranya sambil memandang wajah si isteri di gambar itu.

Dia melangkah ke bilik tidur utama dan duduk di katil. Laci meja bersebelahan katil dibuka. Foto gambar anak mereka sewaktu discan diambil. Waktu itu Syed Nazril meminta agar discan dalam bentuk 3D. Jelas muka anaknya yang terpapar pada gambar itu. Syed Nazril tersenyum.

Dia melangkah pula ke arah almari. Luggage berjenama Polo diambil dan di isi beberapa helai pakaiannya. Barang keperluan juga diambil dan diletakkan di dalamnya. Esok juga dia akan bertolak ke rumah mertuanya. Berharap agar Qaira berada disana.

***

"Abang betul ke nak report polis kalau dia datang sini?" tanya Qaira. Sesekali dia melihat adiknya Fikri bermain dengan anaknya.

"Abang main-main je lah. Saja nak ugut dia supaya dia tak datang sini cari angah. Abang taknak dia apa-apakan angah dengan Faril lagi." terang Firdaus.

Fikri yang berada di situ hanya mendengar. Malas mahu masuk campur urusan orang tua. Baik main dengan Faril je.

"Ouh"

"Kenapa tanya?" tanya Firdaus pelik.

"Selama hidup dengan dia, dia jenis yang tak kisah. Orang ugut dia pun dia takkan gentar. Sebab itulah sifat dia. Kalau dia nak sesuatu dia akan dapatkan seribu satu cara." beritahu Qaira.

"Habis tu dia akan datang?" Qaira mengangguk.

"Biarlah dia datang. Dari cara dia pun angah tahu dia dah menyesal. So, abang takyah lah emo kalau dia datang erk? Lagipun rasa berdosa pula tipu yang anak kami dah tak ada padahal sihat je dekat sini." kata Qaira.

"Hmm yelah. Tapi abang tak akan telefon dia. Abang dah ugut dia so abang nak tahu sejauh mana dia berani datang. Kalau dia datang sendiri maknanya itu bukti yang dia betul-betul cintakan angah." pesan Firdaus.

"Baik boss" Qaira tersengih.

Maaf pendek ╯︿╰

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now