Bab 17

30.1K 637 1
                                    

Lauk pauk untuk dimakan tengahari sudah siap dihidangkan di atas meja. Semua sudah berada di meja itu kecuali Syed Nazril. Mereka menungu kelibatnya tetapi tidak juga turun.

"Tak apalah, Qaira panggil Abang Naz kejap" ucap Qaira seraya bangun dari kerusi.

Dia menaiki tangga dan memulas tombol pintu perlahan. Kelihatan Syed Nazril baru sahaja mandi. Hanya tuala yang elok dililitkan di pinggang lelaki itu dengan rambutnya yang basah.

Qaira yang melihatnya sedikit gugup. Tidak pernah dia melihat keadaan suaminya begitu.

"Kau apahal pandang aku macam tu!? " sergah Syed Nazril kasar.

Qaira tersentak selepas itu dia menggelengkan kepalanya. "Saya nak panggil awak turun makan sama-sama. " jawab Qaira.

"Aku taknak. Kau siap sekarang balik rumah" kata Syed Nazril.

Qaira yang terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh suaminya segera bertanya inginkan kepastian " nak balik sekarang?"

"Kau dah pekak ke!? Aku dah cakap tadi kan!"

"Awak kalau nak balik lepas makanlah. Nanti kecil hati mummy" pujuk Qaira.

"Aku peduli apa. Dia bukan mak kau pun yang kau nak jaga hati dia sangat tu kenapa!?" jawab Syed Nazril.

"Awak! Tak baik cakap macam tu. Kalau mummy dengar apa dia kata?"

"Ada aku kisah!? Dah kau siap sekarang. Kalau kau nak jadi isteri derhaka pergilah turun bawah"

Qaira perlahan-lahan bergerak ke meja solek dan mengenakan tudung. Nasib sahaja dia memakai baju lengan panjang jadi tidak perlu dia menukar pakaian. Dicapai telefon serta beg tangannya yang terletak di atas meja solek itu. Setelah siap dia turun ke bawah dahulu memandangkan Syed Nazril baru sahaja memakai pakaian selepas Qaira keluar dari bilik.

"Qaira nak kemana bertudung ni?" tanya Dato' Syed Marzuki.

Qaira diam. Rasa bersalah pula hendak beritahu.

"Haahlah. Kenapa akak pakai tudung?" soala Syarifah Maisara pula.

"Err.. Abang Naz ada hal so terpaksa balik sekarang. " jawab Qaira. Dia terpaksa menipu.

"Hal apa pula? Kalau ya pun nak cepat makanlah dulu. Penat je Mak Jah dengan mummy masak " soal Datin Marziah.

"Adalah mummy. Naz kena bawa Qaira sekali sebab Naz nak balik kondo Naz terus. Kalau Naz tak bawa dia siapa pula nak hantar dia. " sampuk Syed Nazril yang baru turun dari biliknya.

"Ada jelah kamu ni Naz. Susah betul kalau kita satu family nak bersama lama sikit." ujar Dato' Syed Marzuki.

Syed Nazril hanya diam dan terus mencapai kunci kereta dan melulu ke pintu utama. "Kalau nak tinggal sini tercegatlah dekat situ ya." sempat dia memerli Qaira yang setia berdiri itu.

"Maafkan Naz ya mummy daddy. Abang Naz betul-betul ada hal tu sebab tu tak dapat makan sama." Qaira memohon maaf bagi pihak suaminya. Dia terus menghulur tangan tanda mahu salam ibu dan bapa mertuanya.

Huluran disambut seraya Datin Marziah berkata " Tak apalah. Naz memang macam tu pun. Kamu pergilah cepat. Mengamuk dia nanti"

Qaira terus berlalu ke pintu utama dan menutup pintu itu. Dia terus masuk ke dalam kereta milik Syed Nazril. Kelihatan Syed Nazril memandangnya tajam.

"Apahal lambat!?" sergahnya tiba-tiba.

"Saya salam mummy dengan daddy tadi" jawab Qaira. Ditundukkan pandangannya. Tidak berani memandang wajah suaminya itu.

Syed Nazril mendengus kasar. Dia terus menekan pedal minyak dan mengundurkan keretanya. Terus dia membawa kereta menuju ke kondo.

***

Sampai di parkir kereta, Qaira turun dari kereta tetapi Syed Nazril masih di situ.

"Kau masuk dulu. Aku ada hal" kata Syed Nazril.

Qaira menganggukkan kepalanya. Kunci rumah diambil.

"Aku tanya jawablah! Bisu ke!?" sergah Syed Nazril.

"Ya okay" Qaira akhirnya menjawab. Gerun mendengar suara Syed Nazril yang asyik bercakap kasar dengannya.

Syed Nazril terus meluncur laju keluar di kawasan kondominium itu tanpa membalas jawapan Qaira.

Qaira berjalan perlahan sambil mengeluh. Pelik dengan sikap suaminya itu. Kejap mood baik kejap mood nak marah. Buat silap kecil pun nak marah. Sudahlah luka yang disengajakan belum sembuh. Tentu tinggal parut. 

Qaira terus masuk ke dalam kondo dan membersihkan diri. Selepas itu dia menunaikan solat Zohor. Usai melipat telekung dan sejadah, dia merebahkan badannya di atas katil. Dia berfikir sesuatu.

'Nak masak ke tak? ' soal hatinya.

'Kalau masak nanti membazir pula tak ada siapa yang nak makan. Aku pun tak lapar. Kalau tak masak...? Alah, selama ni dia mana pernah rasa, adalah sekali tu pun sebab terpaksa masa Firdaus datang semalam. Dia tak marah kot' soal hatinya lagi.

Qaira terus melelapkan matanya. Perlahan-lahan dirinya dibawa ke alam mimpi.

Sorry pendek

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now