Bab 50

43.9K 604 10
                                    

"Angela... Maafkan I. I janji tak buat macam tu lagi. I dah nak kahwin Angela." rayu Harris dari tadi tidak henti. Dari dia ditangkap di gudang hingga ke lokap langsung Angela tidak mempedulikannya.

Sudah satu malam dia berada di lokap. Kali ini Angela datang melawat Harris. Mereka duduk di satu bilik dan saling menghadap antara satu sama lain ditemani Adam dan Arif.

"Angela please... Jangan asyik diam je macam ni." meleret Harris berkata.

Keluarga Harris mampu sahaja untuk mengikat jamin namun atas permintaan Harris, mereka tidak perlu tahu tentang hal ini tambahan pula dia akan berkahwin dengan anak orang kenamaan tidak lama lagi. Habis jatuhlah imejnya nanti.

"Apa jaminan you untuk tidak kacau I lagi?" provok Angela. Dia menjegilkan matanya memandang Harris.

"Lepas ni I akan berkahwin dah then akan berpindah ke London sebab mertua I serahkan cawangan mereka pada I dekat situ. So lepas ni I takkan hancurkan syarikat Nazril. Kalau you tak percaya you boleh call tunang I sekarang." sungguh-sungguh dia berkata.

"Bila you nak kahwin?"

"Next week" sayu Harris menjawab.

"Okay. I akan ikat jamin you tapi you kena jujur dengan keluarga you juga apa yang you buat belakang mereka. Biar mereka tahu perangai sebenar Harris Wilson bin Rasyid Wilson Abdullah!" tegas Angela berkata.

"Okay I akan beritahu mereka tapi please I nak keluar dari sini." Harris tidak henti merayu.

"Alright then." terus dia bangun dari situ dan keluar.

Selesai urusan itu, Harris keluar dengan pakaian asalnya. Dia berjalan mendekati Angela yang berdiri di kereta miliknya.

"Ermm... Angela." seru Harris.

Angela menoleh. Dia hanya memandang Harris tanpa menyahut seruan Harris.

"I nak minta maaf sebab culik you. I fikir I akan menang tapi tak sangka I akan masuk perangkap sendiri." dia menundukkan pandangan. Rasa bersalah datang bertimpa-timpa.

"Tak apalah. Benda dah jadi lagipun you dah dapat pengajarannya." kata Angela.

"I betul-betul minta maaf. I janji I akan beritahu semua family I pasal kegiatan I sebelum ni."

"Tak perlu sebab tadi I hanya ugut. I taknak you beritahu keluarga you sebab mereka akan malu. Lagipun you dah nak kahwin. I taklah sekejam itu. I cuma nak you minta maaf pada Qaira dan Nazril. Hidup mereka sebagai suami isteri dan terlalu derita. Baru sekarang mereka kecapi kebahagiaan." panjang lebar Angela berkata.

Harris hanya mengangguk laju tanda setuju.

"Baiklah. I akan minta maaf pada mereka. Terima kasih Angela sebab sudi ikat jamin I and tak beritahu hal ni pada family I. Even I buat jahat pada you tapi you tetap buat baik dengan I."

"Kita sebagai manusia tak sepatutnya balas jahat balik pada seseorang. Itu namanya dendam. You sendiri tahukan agama you tak membenarkan umat berdendam? You dari kecil lagi dilahirkan sebagai orang Islam tapi hidup you macam orang barat. Patutnya you tahu mana halal haram kan?"

Harris hanya mendengar. Entah kenapa hatinya terjentik untuk berubah. Yang berkata tentang hal agama di hadapannya ini adalah orang yang bukan Islam namun dia sendiri tahu peraturan dalam kehidupan seorang muslim dan Muslimat.

"Lepas ni I akan hantar you ke rumah. Ingat, you orang Islam. Minta keluarga you ajar you cara kehidupan seorang umat Islam sebenar. Dah naik sekarang." arah Angela. Dia terus masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن