Bab 11

30.6K 926 20
                                    

Malam itu Qaira menuju ke ruang tamu. Kelihatan Syed Nazril sedang menonton televisyen siaran supersports.

Qaira menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Jantungnya sudah berdegup laju ibarat dia baru sahaja lari pecut 400m. Dia memulakan bicaranya.

"A.. Awak, sa...saya nak minta izin boleh? " tanya Qaira tergagap-gagap.

Senyap. Syed Nazril tidak memberi respon.

"Awak" serunya lagi.

"Cakap jelah! " jerkah Syed Nazril.

"Saya nak pergi kerja esok sebab cuti dah habis" spontan Qaira menjawab akibat terkejut. Dia terus menekup mulut tanda tidak percaya apa yang sudah dia cakap tadi.

'Harap-haraplah dia tak marah' desis hati Qaira.

Syed Nazril terus menoleh ke arah Qaira. Tajam pandangannya.

"So? " tanya Syed Nazril sepatah.

"Saya nak minta izin awaklah" kata Qaira.

"Kenapa nak minta izin aku? " duganya lagi.

Baru sahaja ingin menjawab, akalnya menegah. 'Kalau kau cakap seorang isteri wajib minta izin suami sebelum keluar rumah nanti kau kena pukul lagi'

Syed Nazril hanya melihat Qaira senyap. Dia terus bersuara "Kalau aku cakap aku tak bagi? " duganya.

"Alah awak, izinkanlah saya pergi kerja lagipun takda buat apa pun" pinta Qaira.

"Ada aku kisah ke? "

"Alah awakk" katanya meleret.

"Okay. Aku bagi. At least tak adalah membazir duit aku nak beli barang kau nak bagi nafkah kau semua. " jawabnya dan terus melemparkan pandangannya ke arah televisyen itu.

Qaira hanya diam tidak berkata. Hatinya sakit ketika itu. Itu sudah semestinya tanggungjawab suami untuk memberi nafkah dan keperluan isteri. Tapi dia tidak merasa semua itu.

Qaira mengharapkan keajaiban berlaku.

***

Syed Nazril memandu keretanya dengan laju sekali. Marah yang mengusai dirinya tidak dapat dibendung lagi. Dia ingin ke kelab malam cuba untuk melupakan segalanya.

Sedang leka memikirkan amarahnya, tiba-tiba keretanya hilang kawalan dan melanggar pokok.

Syed Nazril bangun dari tidurnya. Diseka peluh yang mengalir di dahi. Nafasnya berombak dan dadanya turun naik.

Dia mengerling ke arah jam. '3 pagi' getus hatinya. Dia baring semula dan memejamkan mata memandangkan esok masih lagi hari bekerja.

Ke kiri ke kanan Syed Nazril mengiring. Sungguh dia tidak boleh tidur lepas dia mendapat mimpi ngeri tadi.

Dia malas untuk memikirkan mimpi itu segera turun dari katil untuk menjamah sedikit makanan di dapur.

Sampai sahaja di depan pintu bilik Qaira, dia berhenti. Dia terdengar suara sayup-sayup isterinya.

'Qaira tak tidur lagi? Apa dia buat? ' hatinya bertanya.

Dia segera memulas tombol pintu Qaira dan seketika dia tergamam. Di depannya sekarang kelihatan seorang wanita memaki telekung menadah tangan dan melutut seperti duduk di antara dua sujud di atas sejadah.

"Ya Allah, kau lembutkanlah hati suamiku agar dia dapat menerimaku sebagai isteri dan melayan aku dengan selayaknya sebagai seorang isteri. Sesungguhnya aku amat mencintainya. Aku tidak sanggup untuk kehilangannya. Aku mohon kau permudahkanlah semuanya. Amin Amin Ya Rabbal A'lamin." seraya itu Qaira menyapu telapak tangannya ke muka. Dia menangis ketika membaca doa sebentar tadi.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now