Bab 24

39.2K 681 15
                                    

Hari ini hari Jumaat jadinya esok Qaira perlu ke Hotel Palm Mall kerana perjumpaan dengan Tan Sri Alfred. Dia belum lagi minta keizinan dengan suaminya itu.

'Habislah kalau dia tak bagi pergi. Terpaksa Amsyar menghadirinya seorang diri' getus hatinya.

Qaira teragak-agak untuk bercakap dengan Syed Nazril. Kelmarin sudah dimarahinya. Takut jika dimarahi sekali lagi dengan teruk apatah lagi dia dalam keadaan berbadan dua.

Qaira membuka perlahan pintu biliknya. Di tinjau sedikit ke arah ruang tamu. Tiada. Maknanya Syed Nazril berada di dalam bilik.

Qaira berjalan menuju ke bilik Syed Nazril. Baru sahaja Qaira ingin mengetuk pintu bilik, pintu itu dikuak dari dalam. Muncul wajah Syed Nazril yang seperti ingin keluar. Bau minyak wangi menusuk ke hidung Qaira membuatkan Qaira ingin loya namun cepat-cepat di tahan.

"Kau nak apa?" tanya Syed Nazril kasar.

"Ermm... Esok boleh tak saya nak pergi Seremban sebab... " belum habis Qaira ingin menjawab Syed Nazril sudah menyampuk.

"Suka hati kau lah nak keluar ke apa ke tak perlu bagitahu aku. Tak penting dan aku taknak ambil tahu pun. Lagi satu, tak payah nak acah-acah jadi isteri solehah. Hati aku tak terusik pun" kata Syed Nazril tegas. Sejurus selepas itu dia menolak kasar tubuh Qaira. Nasib tidak jatuh. Kalau tak apalah jadi nanti.

Walaupun Qaira terasa hati namun dia tidak menangis. Mungkin anaknya menjadi sumber kekuatannya. Qaira mengusap perutnya perlahan sambil tersenyum.

"Thank you baby"

Qaira masuk ke biliknya lalu mengambil wuduk. Niatnya hendak membaca surah-surah Al-Quran untuk anaknya yang satu itu.

Usai membaca, telefon pintarnya berdering. Segera dilihat pemanggilnya.

Ummi

Serta-merta senyuman Qaira lebar. Rindu sungguh pada umminya. Diangkat panggilan itu lalu memberi salam.

"Wa'alaikummusalam. Angah sihat ke nak?' Puan Halina bertanya.

"Sihat Alhamdulillah ummi. Ummi pula? Abah dengan adik?" giliran Qaira pula bertanya khabar.

"Semua sihat je kat sini. Suami kamu mana?''

"Keluar ummi" jawab Qaira.

"Pergi mana?"

Lidah Qaira kelu untuk menjawab. Perlukah dia menjawab Syed Nazril ke pub? Mahunya umminya memberi ceramah free 30 minit. Tak pasal-pasal mengamuk pula suaminya itu.

"Angah ouh Angah"

"Haa.. Ya ummi ada apa?"

"Ya Allah budak ni. Ummi tanya suami kamu pergi mana malam-malam macam ni?"

"Ouh. Abang Naz ada hal kejap dekat luar. Jumpa kawan. Nanti dia balik lah tu"

"Haa yelah. Jaga diri elok-elok tahu? Dengar cakap suami" Puan Halina memberi nasihat.

"Baiklah ummi. Terima kasih atas nasihat tu. Sayanggggg ummi sangat-sangat muah" kata Qaira. Dia tergelak kecil.

"Kamu tak sihat ke?" tanya Puan Halina pelik.

"Sihat je ummi. Kenapa?"

"Lain macamlah kamu ni"

Qaira tergelak besar. "Mana ada ummi. Angah rasa biasa je"

Dia perasan cara dia bercakap dengan Puan Halina di akhir-akhir tadi. Mungkin pembawakan budak juga.

"Pelik-pelik sajalah kamu ni sejak dah jadi isteri orang. Ummi letak dulu ni. Dah mengantuk sangat-sangat dah."

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now