Bab 25

41.9K 703 5
                                    

Puas hatinya selepas menjerit tadi. Bagaikan terlepas satu beban yang berat di bahu.

Kini dia berhenti kerana traffic light menunjukkan warna merah tanda berhenti. Sementara menunggu, tiba-tiba perutnya lapar dan teringin makan burger di Mc Donald 24 jam beroperasi. Tapi disebabkan sudah lewat malam, dia hanya memesan makanan melalui pandu lalu sahaja dan makan di rumah sahaja.

Setelah lampu hijau, dia memandu kereta bergerak ke simpang masuk restoran itu. Memandangkan malam semakin menginjak, tidak banyak kereta di kawasan itu.

Tiba gilirannya, dia memesan double cheese burger 2 biji, kentang putar, dan air pepsi.

Sejurus selepas itu, dia memandu terus ke rumah. Sampai sahaja terus dia berlalu ke dapur dan menjamah separuh makanan itu.

Dia sendiri pun pelik. Tak pernah dia makan sebanyak itu dan selewat ini namun dia tetap habiskan jua makanan itu. Dia cuma makan sebiji burger itu. Yang lain dia simpan di dalam peti sejuk.

Selesai mengemas dia naik ke biliknya lalu duduk menghadap laptop untuk menyiapkan kerjanya yang dibawa dari office. Dia perlu tunggu 2 jam untuk tidur kerana dia sudah memakan makanan yang berat di lewat malam.

***

Usai Qaira memakai tudung, dia terus mencapai fail, kunci kereta dan tas tangan lalu turun ke bawah. Syed Nazril mungkin masih tidur. Sarapan sudah disiapkan sebelum dia mandi jadi mahu makan atau tidak itu terpulang pada Syed Nazril. Yang penting dia sudah masak.

Qaira tenang memandu kereta tanpa menyedari bahawa ada kereta lain yang mengikutnya dari belakang.

Sampai di Hotel, Qaira memarkir kereta di bahagian vip atas arahan Tan Sri Alfred. Kebetulan Amsyar juga sudah sampai. Mereka berjalan beriringan masuk ke lobi hotel.

Ada seorang lelaki misteri yang memakai mask hitam yang menutup bahagian hidung dan mulut. Memakai cermin mata hitam serta bercap memerhatikan mereka dari jauh. Disebalik mask itu dia tersenyum sinis.

"Baiklah Tan Sri. Nanti kalau ada apa-apa saya akan inform pada Tan Sri." ujar Amsyar sebaik sahaja perbincangan itu selesai.

"Baiklah. Saya akan tunggu. Pastikan semuanya memuaskan hati saya." Tan Sri Alfred sempat memberi nasihat.

Jam tangan berjenamanya dilihat sekilas. "Saya mahu pulang dulu memandangkan sudah petang. Nanti kita akan berjumpa lagi." kata Tan Sri Alfred lalu terus berjalan menuju ke arah pintu utama hotel berkenaan.

Qaira pada ketika itu sudah tidak sedap badan. Dia tahu kenapa tapi dia hanya diam. Tidak mahu sesiapa tahu dirinya mengandung.

"Qaira, awak okay?" tanya Amsyar.

"Pening sikit" jawabnya sepatah.

" Saya risaulah. Kalau awak tak sihat better awak check in bilik hotel dulu. Saya takut awak memandu dalam keadaan macam ni. Apa-apa boleh berlaku." Amsyar cuba memujuk.

"Tak apa. Saya boleh lagi ni" Qaira menolak.

"Qaira... " belum sempat Amsyar memujuknya lagi Qaira sudah menyampuk.

"Saya kata saya okay!" suara Qaira naik seoktaf sehingga pelanggan di lobi itu memandang ke arah mereka.

Amsyar terpempan. Tidak pernah Qaira menaikkan suara jika hal remeh sebegini. Qaira yang tersedar kesilapannya segere memohon maaf.

"Amsyar saya minta maaf. Emosi saya tak stabil."

"It's okay but saya nak awak jujur. Awak okay atau tak?" kali ini Amsyar bertanya secara serius.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now