Bab 10

33.1K 682 22
                                    

Selepas solat subuh Qaira segera ke dapur untuk membuat sarapan. Sebenarnya Qaira telah menghubungi ibu mertuanya Datin Marziah untuk bertanyakan tentang sarapan kegemaran Syed Nazril sebelum keluar ke bilik.

Dia masak nasi goreng cina itu dengan gembira sekali. Akhirnya siap sudah nasi itu. Dia mencedokkan ke dalam mangkuk lalu diletakkan di atas meja makan yang tidak terlalu jauh dari dapur. Dia kembali ke dapur membacuh air kopi. Diletakkan mug di atas dulang serta teko. Diambil pula pinggan serta sudu dan letak di atas meja.

Kedengaran pintu dikuak tanda Syed Nazril keluar dari bilik. Qaira segera menghampiri Syed Nazril dengan wajah yang dimaniskan.

"Awak, saya dah masakkan nasi goreng cina. Mummy cakap favourite awak kalau breakfast. " kata Qaira sambil tersenyum.

"Yang kau masak tu apahal? Aku tak suruh pun kan? " tanya Syed Nazril.

"Itukan tugas saya sebagai isteri"

Syed Nazril menghela nafas kasar. " aku kan malas nak marah pagi-pagi ni. Dah banyak kali aku cakap jangan sesekali kau sebut perkataan isteri tu.! " beritahu Nazril dengan suara kasar sedikit.

"Saya minta maaf saya lupa" jawab Qaira lalu ditundukkan pandangannya.

"Apa yang kau ingat haa!?" kasar Syed Nazril bertanya seraya itu ditunjal-tunjal dahi Qaira. Qaira hanya diam.

Syed Nazril segera berlalu ke meja makan diikuti Qaira di belakang. Dilabuhkan di atas kerusi. Dia menyenduk nasi itu sendiri dan disuapkan ke mulut. Qaira masih setia berdiri di sisinya.

'Harap-haraplah dia suka' pintanya dalam hati.

'Sedap' getus hati Syed Nazril. Dia juga menuang air kopi ke dalam mug dan dihirup sedikit. 'Perfect '. Namun disebabkan ego. Dia berniat untuk menyakitkan hati isterinya itu.

"Apa yang kau masak ni perempuan ?!" marah Syed Nazril. Dilemparkan pinggan itu ke lantai.

"Air ni pahal pahit sangat?! " tengkingnya lagi sambil dihempaskan mug itu di atas lantai.

Terangkat bahu Qaira akibat tengkingan secara tiba-tiba itu. Dia melemparkan pandangannya ke arah makanan yang berselerak di atas lantai itu. Ingin saja dia menangis sekarang juga kerana Syed Nazril tidak menghargai masakkannya itu. Namun cuba ditahan.

"Sa.. Saya dah rasa tadi tapi okay je" jawab Qaira tergagap-gagap.

"Lidah kau tu hilang deria rasa ke apa!!?? Dahlah sundal cacat pula tu! Malulah dapat bini macam kau ni!! Kalau aku ceraikan kau entah siapa nak jadikan kau ni isteri! " hina Syed Nazril.

Qaira tidak tahan dengan hinaan itu terus mengalirkan air mata. Tidak sedarkah Syed Nazril wanita yang dia hina ini adalah isterinya yang sah.

Air mata yang mengalir di wajah gadis itu sedikit pun tidak terkesan dalam hatinya.

"Eh perempuan, kau menangis air mata darah sekalipun aku tak heran lah!! Sebab kau tak ada apa-apa makna dalam hidup aku!!. Kau aku cuma layan macam hamba abdi aku je!!! Kau ingat satu benda ni, jangan sesekali kau jatuh cinta dengan aku!! Dan aku takkan pernah jatuh cinta dengan kau!! Pandang muka kau pun aku dah jijik tahu tak!!?? " tengking Syed Nazril.

Qaira hanya diam dan terus menangis. Dia tidak mampu melawan kerana yang menghinanya adalah suaminya sendiri.

Syed Nazril yang rimas mendengar tangisan Qaira terus meluru ke arah pintu utama. Ingin sarapan di luar.

"Awak nak kemana? " tanya Qaira yang masih lagi menangis.

Aku nak sarapan kat luar!. Aku tak selera nak rasa masakan kau!! Pelacur tepi jalan yang masak pun aku selera!!" jawab Syed Nazril. Dia membuka pintu dan menghempas pintu itu kuat.

"Kau bodoh Qaira. Kau kata kau nak kuat tapi baru hal macam ni kau dah menangis. Kau memang tak guna" Qaira mengutuk diri sendiri dan mengetuk kepalanya. Dia masih menangis dan perlahan-lahan terduduk di atas lantai. Dia memeluk lututnya. Sungguh dia buntu memikirkan cara untuk melembutkan hati suaminya itu.

***

Harris yang baru sahaja mandi keluar dari bilik air dengan hanya tuala dililitkan di pinggang. Angela yang naked masih berselubung dengan selimut itu didekati.

"Morning baby" sapa Harris. Dimain-main rambut maroon Angela itu.

"Hmm morning " jawab Angela dengan suara yang serak. Tanda baru bangun tidur.

"Baby, apa kata hari ni.. " belum sempat Harris menghabiskan ayatnya, kedengaran nada dering iPhone milik Angela berbunyi minta diangkat.

"Kejap erk" pinta Angela.

"Sapa call tu? " tanya Harris sebaik saja melihat Angela memandang skrin iPhonenya.

"Nazril" jawabnya sepatah lalu menjawab panggilan tersebut.

Angela hanya diam mendengar butir bicara si pemanggil. "Hurm yelah. Okay bye baby. Muah" kata Angela dan terus mematikan panggilan tersebut.

"Dia nak apa? " tanya Harris tak puas hati.

"Dia ajak I breakfast dengan dia. Isteri dia masak tak sedap" jawabnya.

"What?! I baru nak ajak you keluar tahu tak ?"

"Sorry baby. I terpaksa layan dia lebih dari you. Dia tu salah satu orang penting dalam plan kita. " ujar Angela.

"Kita teruskan je dengan plan tu tak boleh ke? " tanya Harris.

"No no no. Tak boleh sebab nanti I takut dia syak nanti. You, takkan larilah gunung yang dikejar" kata Angela sambil tersenyum menggoda.

Harris membalas senyuman itu dengan sinis. "Yelah baby. Ni yang buatkan I bertambah sayang dengan you" ujar Harris meleret.

"Oklah. I nak siap dulu nanti Nazril tu mengamuk pula. " Angela terus turun dari katil. Setelah memakai jubah mandi, dia terus meloloskan diri ke bilik air.

Harris hanya melihat Angela sehingga hilang di pandangan matanya.

"Angela Angela. Huh, kau pun bodoh juga sama macam jantan tu. " ucapnya perlahan sambil tersenyum sinis.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now