🍁 E n a m

6.8K 426 38
                                    

Tasneem duduk di sofa yang disediakan sambil memerhatikan Adam yang sedang sibuk memilih dress muslimah untuk Tasneem. Macam dia pula yang nak pakai.

"Humaira" Panggil Adam lembut. Tasneem dengan malasnya bangun dan menghampiri Adam dan staff butik itu.

"nak apa?" soal Tasneem acuh tak acuh.

"Awak pilihlah yang mana awak suka" tutur Adam.

"saya tak minta pun awak belikan saya baju, we need to talk la Mr.Adam. Please?" rayu Tasneem.

Adam terdiam seketika.

"sekejap lagi kami masuk semula ya,Cik. Mari kita cakap di luar." Adam mengatur langkah keluar dari butik tersebut diikuti Tasneem.

Mereka duduk di kerusi tepi taman dengan menjarakkan diri.

"apa yang awak nak cakap Humaira?" soal Adam.

"Awak ni betul-betul ke nak kahwin dengan saya? Awak serius?" Tasneem mula bersuara.

"Ya, saya memang betul-betul nak kahwin dengan awak. Saya serius." jawab Adam sambil memandang wajah suci milik Tasneem.

"tapi kita baru kenal dan semestinya awak tak ada perasaan cinta pada saya, macam mana kita nak kahwin? Boleh ke kita bahagia dengan perkahwinan tanpa perasaan cinta ni?"

"Tasneem Humaira, lebih baik bercinta selepas kahwin. Tapi kalau awak nak tanam perasaan cinta pada saya pun boleh juga~" kata Adam.

"Ish! Orang serius ni. Saya tengah fikir dan nak ubah fikiran tapi kita kena buat--"

"buat apa Humaira? Astaghfirullahalazim! Tasneem Humaira apa yang awak cakap ni?" Soal Adam yang mula fikir bukan-bukan.

"Adam! Apa yang awak merepek ni?! Itulah orang tak habis cakap lagi dah mencelah! Saya nak kita buat sesuatu supaya saya rasa yakin untuk kahwin dengan awak. Saya nak kenal awak dengan lebih mendalam dan awak pun perlu buat perkara yang sama." jelas Tasneem.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now