🍁53

3.9K 236 25
                                    

Adam hanya memerhatikan susuk tubuh isterinya yang sedang bersandar di kepala katil tanpa memandangnya.

Mungkin dia masih takut dengan apa yang terjadi siang tadi.

Perlahan-lahan kakinya diatur ke katil Tasneem. Bahu Tasneem disentuh lembut. Adam terkejut apabila Tasneem dengan pantas menepis tangannya.

"Humaira" panggilnya dengan nada lembut. Niatnya ingin memujuk Tasneem, dia rasa bersalah atas apa yang dia lakukan pada Tasneem siang tadi.

Sudahlah dia tampar muka Tasneem sekali, lepas tu hampir saja tangannya naik untuk kali kedua. Dia terasa dayus sangat.

"Jㅡjangan sentuh saya. Sㅡsaya takut." ujarnya dengan suara yang bergetar sambil menikus ketakutan.

Adam tersentak. Dia buat Tasneem takut pada dia sampai begitu sekali. Tasneem nampak sangat takut seolah-olah dia selalu didera oleh suaminya sendiri.

"Humaira, abang minta maaf. Abang tak dapat kawal perasaan abang tadi, tolonglah sayang .. jangan takut pada abang sampai macam ni sekali." Tubuh Tasneem cuba diraih ke dalam pelukannya.

"Taknak! Sㅡsaya taknak." tangan kecilnya menolak tubuh Adam agar lelaki itu jauh darinya.

Adam mengalah. Dia jatuh melutut ke lantai. Apa yang dia mampu buat hanyalah menangis dan menyesal.

Bilik itu hanya dipenuhi dengan tangisan Adam. Tasneem memandang suaminya yang sedang melutut dan menunduk ke lantai dengan air mata yang tak berhenti mengalir.

Terbit rasa simpati di hatinya melihat suaminya sebegitu rupa. Perlahan-lahan dia turun dari katil dan menghampiri Adam.

Dia turut melutut menghadap Adam. Tangannya yang bergetar menyentuh kedua-dua belah pipi Adam.

"Aㅡabang .." panggilnya dengan nada tersekat-sekat. Adam mendongak memandang wajah Tasneem.

Air mata Adam dilap dengan hujung lengan baju hospital yang dipakainya.

"abang jangan nㅡnangis" pujuknya. Tubuh Adam dipeluknya. Ditepuk-tepuk belakang lelaki itu untuk menenangkannya.

Adam tidak berhenti menangis malah semakin kuat dia menangis di dalam pelukan Tasneem. Suami siapa entah cengeng sangat ni.





                              ••••••

Rayyan membersihkan badannya yang berpeluh akibat bersenam di gym seperti biasa pada waktu hujung minggu.

Itulah rutin harian Rayyan di waktu cuti. Dia lebih suka menghabiskan waktunya di gym.

Peluh yang mengalir di lehernya dilap dengan tuala kecil yang sentiasa disangkut pada lehernya. Lengan kekarnya juga turut dibasahi peluh.

Tingkah lakunya terhenti sebaik dia terlihat satu susuk tubuh yang sangat dia kenali sedang berjalan melepasi lelaki-lelaki yang turut datang bersenam disitu.

Rayyan ketawa melihat tingkah laku gadis itu. Wajahnya dilindung dengan beg tangannya, mungkin takut melihat lelaki-lelaki badan sado yang asyik melihatnya itu.

Gym itu selalu dikunjungi oleh lelaki sahaja, tiba-tiba pula ada gadis cantik datang. Mulalah lelaki-lelaki tu nak menggatal.

"Khaira Hafnan" panggil Rayyan sambil mencekak pinggang. Khaira segera berlari ke arah Rayyan.

"kenapa kau datang sini?" soal Rayyan.

"Aku nak bincang sesuatu." jawab Khaira. Matanya masih lagi mengelak dari memandang lelaki-lelaki gatal itu.

Rayyan tersenyum nakal. Lengan Khaira yang dilapik handsock digenggam erat. Khaira terkejut, dia terus memandang Rayyan.

"She's my wife. Dia tak selesa orang pandang dia macam tu." ujar Rayyan selamba.

"Ah, I see. Sorry. By the way, she's so pretty." kata lelaki berbangsa cina itu sambil tersenyum.

Sempat juga hidung Khaira kembang apabila dipuji cantik.

"Jomlah, kita berbual dia kafe bawah tu." Lengan Khaira terus ditariknya.




Khaira menelan liur apabila matanya terpandang baju t-shirt putih tidak berlengan yang dipakai Rayyan sudah dibasahi peluhnya. Baju tersebut sangat jarang dan melekat pada badannya menampakkan enam ketul roti coklat milik Rayyan.

Peluh yang mengalir di leher Rayyan membuatkan Rayyan nampak sangat seksi. Rambutnya yang basah diraut ke belakang.

"Ya Allah, kau tabahkanlah hati aku ini. Kenapa dia seksi sangat? Bersepah iman aku kalau macam ni. Kenapa Taehyung tak macam dia? No! Kau tak boleh kalah! Jangan jadi gila, Khaira! Alamak! kenapa tangan aku gatal sangat nak sentuh sixpacks dia! Andwae!!" jeritnya di dalam hati. Matanya masih fokus pada enam ketul roti coklat di perut Rayyan.

"Kau tengok apa tu?" pertanyaan Rayyan membuatkan Khaira terkejut.

"Tㅡtak ada apa." Matanya memandang ke arah lain.

"kau nak bincang hal apa?" soal Rayyan lalu latte panas di hadapannya dihirup sedikit.

"Tentang .. lamaran kau tempoh hariㅡ"

Tersembur Rayyan dibuatnya apabila Khaira menyebut tentang lamarannya tempoh hari.

"Kau apahal?" berkerut kening Khaira.

"Sorry. Cakaplah apa yang kau nak cakap." Rayyan kembali tenang.

"Aku dah fikir masak-masak, pasal lamaran tu akuㅡ"

Telefon bimbit Rayyan tiba-tiba berbunyi.

"Haish! Kacau daunlah. Khaira, nanti kita berbual lagi. Ryana ni kalau tak ganggu waktu genting memang tak sah. Kau jaga diri ya? Aku pergi dulu. Assalamualaikum." sempat dia mengusap kepala Khaira yang dilapisi tudung bawal.

Rayyan terus meninggalkan Khaira disitu.

"Aduh! Sudahlah dekat 500 kali aku fikir pasal hal ni, bila aku nak bagitahu ada orang ganggu pula." Khaira mengeluh.




                              •••••

Telinganya menangkap bunyi bising dari ruang tamu. Pagi-pagi lagi dah bising.

Tasneem turun dari katil lalu dia keluar dari bilik. Dia mengintai ke bawah. Patutlah bising, si Adam tengah Vacuum karpet.

"Abang" panggil Tasneem. Namun, Adam tak menyahut. Terpaksalah dia turun ke bawah.

"Abang!" Tasneem memanggilnya sekali lagi tapi masih tidak menyahut. Adam mematikan suis vacuum.

" Hit you with that ddu-du ddu-du du (Ah yeah, ay yeah!)
Hit you with that ddu-du ddu-du du (Ah yeah, ay yeah!)" lagu ddu ddu nyanyian kumpulan kpop, Blackpink itu dinyanyikan semula oleh Adam dengan penuh perasaan sambil tangannya membuat gaya tembakan.

Meletus tawa Tasneem melihat tingkah suaminya. Entah makhluk apa merasuk suaminya itu sampai Adam turut terjebak dengan Kpop.

Adam terkejut mendengar Tasneem ketawa mengilai di belakangnya.

"Sayang! Bila sayang ada dekat sini?" soal Adam gelabah. Earphone dicabut keluar dari telinganya.

Jatuh maruahnya kantoi menyanyi lagu ddu ddu ddu.

"comelnya dia menyanyi lagu blackpink. Abang minat blackpink eh? Abang ingat eh, jangan jadikan siapa-siapa pun bias abang. Kalau Maira tahu abang minat sesiapa antara mereka, Maira rampas telefon abang." jelingan maut sempat dihadiahkan buat Adam sebelum dia naik semula.

Adam mengeluh.

"Dia minat Jungkook boleh pulak, orang nak minat Jennie tak boleh pulak!" bebel Adam sendirian.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now