🍁49

3.9K 207 33
                                    

Suasana di dalam pejabat Adam agak tegang. Mata Adam tajam merenung anak mata Syalili.

"Apa yang awak nak sebenarnya?" soal Adam dingin.

"Saya nak abang." selamba gadis itu menjawab sambil tersenyum riang.

"Maaf, saya dah kahwin. Awak sendiri pun dah tahu kan?"

"Ya, saya tahu. Tapi, Sya tetap nak abang. Sya cintakan abang." ujar Syalili.

"Syalili, saya tak boleh terima awak. Saya sayangkan isteri saya, jangan paksa saya." pandangannya dilemparkan ke arah lain. Sakit matanya memandang wajah Syalili.

"Sya sanggup bermadu dengan Kak Humaira , tapi Sya tak suka berkongsi sebenarnya jadi apa kata abang ceraikan kak Humaira?" cadang Syalili.

"Syalili!! Apa yang awak merepek ni? Saya takkan pernah terima awak! Saya lebih rela hidup susah daripada saya perlu terima awak dan kehilangan Tasneem Humaira." Adam menjeling Syalili.

Senyuman di bibir Syalili semakin pudar. Dia merenung Adam tajam.

"Abang fikir abang cuma akan hilang syarikat abang saja?" Syalili ketawa sinis.

"Apa maksud awak?"

"Kalau abang tak terima Sya, Sya akan pastikan syarikat keluarga abang pun muflis. Tapi, itu mungkin tak cukup teruk untuk abang. Em, Sya rasa nak 'berkawan' dengan Kak Humaira dengan lebih rapatlah." Sekali lagi kedengaran ketawa sinis dari bibir Syalili.

"Jangan!! Jangan ganggu isteri saya!" Adam semakin gelabah. Jika dia masih menolak Syalili, Tasneem mungkin akan diapa-apakan oleh Syalili.

"Tak apa, Sya bagi abang masa. Abang pertimbangkan dulu tawaran Sya, ya? Sya tunggu jawapan abang. Harap abang setuju." Syalili kembali tersenyum manis.

Dia melangkah keluar dari pejabat Adam meninggalkan Adam yang kusut memikirkan tawarannya.

Dia terlalu risaukan Tasneem. Dia tak kisah hilang syarikatnya tetapi syarikat bapanya turut akan muflis. Paling dia takuti, kehilangan isteri tercinta.



                             •••••••

Wajah Tasneem yang sedang khusyuk mengaji di hadapannya di pandang lama. Sungguh merdu suara Tasneem mengaji Al-Quran.

Dia bersyukur kerana masih dapat menjadi seorang imam yang terbaik buat wanita itu.

Tasneem menutup buku Al-Quran setelah habis mengaji. Wajah Adam yang dari tadi merenungnya dipandang lembut.

"Abang? Kenapa ni?" soal Tasneem.

Adam tersenyum. Buku Al-Quran disimpan di dalam rak. Dia menghampiri Tasneem kemudian dahi Tasneem dikucup.

"I love you, sayang." ucapnya dengan nada romantis.

Tasneem tersenyum. Nak cakap 'I love you' pun kena buat muka sedih ke?

"I love you too, abang." balas Tasneem.

"berseri muka isteri abang ni. Semakin hari semakin cantik." puji Adam sambil merenung setiap inci wajah Tasneem.

"Kenapa abang cakap macam ni sambil pandang muka Maira macam tu? Abang takkan tinggalkan Maira, kan?" tanpa dia sedar air matanya mengalir.

Kebelakangan ini hatinya turut merasa gelisah. Melihat Adam yang sering berdiam diri semakin membuatkan dia risau.

Kepala Tasneem ditarik ke dalam pelukan Adam.

"Abang sanggup pergi jauh dari sini daripada abang perlu sakitkan hati Humaira. Kalau boleh, abang nak bawa Humaira pergi jauh dari sini supaya Syalili tak ganggu isteri abang. Tapi, abang tersepit. Abang buntu." desis hati Adam. Hatinya menangis.

"Tak, abang tak akan pernah tinggalkan Humaira." ubun-ubun Tasneem dikucup lembut.

Tasneem meleraikan pelukan Adam.

"Abang ada masalah besar ke? Kenapa abang tak nak cerita pada Humaira?" soal Tasneem sambil memandang wajah suaminya.

"Cuma masalah kecil. Humaira jangan risau, fokus pada baby Adani Humaira kita." kata Adam.

"Adani Humaira?" berkerut dahi Tasneem mendengar nama itu.

"Abang rasa anak kita perempuan sebab ibu dia suka melekat dengan babah je sampai babah nak pergi kerja pun tak boleh." Adam mencuit hidung Tasneem.

Meletus tawa Tasneem.

"Ya Allah! Cepatnya abang bagi nama anak kita. Adani Humaira? Cantik nama tu. Maira suka." Tasneem tersenyum.

"ofcourse, babah yang pilih." Tasneem ditarik ke dalam pelukannya. Dia berharap Tuhan tak akan pisahkan mereka berdua. Biarlah dia menjaga bidadari ini hingga ke Jannah.

Dia juga berharap apa yang sedang berlaku sekarang ini hanyalah sebuah mimpi buruk.




                               •••••••

Susuk tubuh seorang lelaki yang sedang bersandar di tepi kereta di depan rumahnya dipandang.

Dia hanya berdiri di balkoni memandang lelaki itu. Ada sesuatu di tangan lelaki itu.

"Apa lagi yang kau nak dari aku Rayyan? Aku tak layak untuk lelaki sebaik kau." gumamnya.

Sejak kejadian yang berlaku beberapa hari yang lepas, Khaira selalu mengelak dari berjumpa dengan Rayyan.

Rayyan pula tetap berdegil, hari-hari dia akan menunggu di hadapan rumah Khaira. Dia tidak pernah penat untuk mengejar Khaira. Beratus panggilan langsung tidak dijawab, beratus mesej dihantar juga tidak dibalas oleh Khaira. Tetapi, dia tak pernah berputus asa. Dia tetap pilih Khaira.

Biarpun dia tidak mendapat restu daripada Tan Sri Kamal, dia tetap hanya mahukan Khaira Hafnan.

Hanya Khaira Hafnan.

Ttuk! Ttuk! Ttuk!

Pintu bilik Khaira diketuk lalu daun pintu dikuak ke dalam. Khaira menoleh.

"Ada apa mama?" soal Khaira lemah. Puan Kaisara menghampiri tubuh anaknya.

"Sayang, pergilah jumpa Rayyan. Khai tak kesiankan Rayyan? Hari-hari dia datang nak jumpa Khaira tapi Khaira biarkan dia berdiri di luar tu." Puan Kaisara cuba memujuk anaknya.

"Khai tak nak jumpa dia dah, Ma." Khaira masih lagi dengan egonya.

"Sekurang-kurangnya dengar dulu apa yang dia nak cakap, jangan buat dia macam tu. Kesian Rayyan. Pergi ya, sayang?" jari Puan Kaisara mengelus lembut pipi anaknya.

Khaira diam membisu. Dia memandang Rayyan yang masih berdiri di luar rumahnya.

Lelaki itu benar-benarkan cintakannya?





Pintu pagar dikuak. Kakinya diatur menghampiri kereta Audi hitam itu.

"Khaira!" Rayyan menoleh. Bibirnya menguntum senyuman. Suka dia melihat Khaira di depan matanya.

"Kenapa kau nak jumpa aku, Rayyan? Tolong jangan buang masa kau demi aku. Aku dengan kau tak ada jodoh. Kau faham tak?" pandangannya dilemparkan ke arah lain. Dia tidak sanggup melihat wajah Rayyan.

"Khaira, biarlah Papa aku halang aku untuk terus bersama dengan kau sekalipun tapi hati aku tak boleh dipaksa, Khaira! Aku cintakan kauㅡ"

"Enough, Rayyan. Aku tak nak muka kau lagi dah. Tolong jangan cari aku lagi dah. Kau masih ada tanggungjawab pada ayah kau, jangan derhaka pada dia hanya sebab aku. Aku tak nak kau jadi anak derhaka." ujar Khaira.

"Khaira Hafnan! Jangan ego boleh tak? Aku tahu kau masih sayangkan aku." air mata lelakinya tumpah buat kali pertama di hadapan gadis yang dia cintai.

Khaira menoleh. Lidahnya kelu saat melihat pipi Rayyan yang dibasahi air mata.

Kotak kecil berwarna merah hati yang terbuka dihulurkan kepada Khaira. Terhias sebentuk cincin perak bertatahkan permata kecil.

"Khaira, will you marry me? Please say yes. I love you so bad!"







Khaira terima ke tak agak-agaknya?

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now