🍁59

3.6K 204 24
                                    

Selepas selesai majlis pernikahan Adam dan Syalili, mereka semua berkumpul di rumah agam milik Dato' Azran.

Adam duduk di tengah antara isteri-isterinya. Orang lain kahwin dua, selalunya senyum sampai ke telinga tetapi tidak bagi Adam. Wajahnya masih serius tiada secalit senyuman pun.

Tangan kecil Tasneem digenggam erat, namun tangan Syalili langsung tidak sentuhnya. Hanya Syalili yang kekal memeluk lengannya.

"Alhamdulillah, semua dah selesai. Adam ada dua tanggungjawab lepas ni, Papa harap Adam boleh bersikap adil terhadap Tasneem dan Syalili." ujar Dato' Azran.

"Terima kasih, Adam dan Tasneem. Daddy harap Adam dapat jaga Syalili dengan baik. Terima kasih atas pengorbanan kamu, Tasneem." kata Tan Sri Kashaf sambil tersenyum. Hatinya tenang melihat wajah anak gadisnya yang asyik tersenyum.

"Sama-sama, Tan Sri." jawab Tasneem lembut. Datin Syahida tidak senang duduk melihat menantu keduanya yang asyik melentokkan kepalanya di bahu Adam sambil bermain dengan hujung baju melayu Adam.

Sejujurnya, dia sendiri tidak menyukai Adam berkahwin dengan Syalili. Dia turut bersimpati terhadap menantu kesayangannya.

"InsyaAllah, Adam akan jaga Syalili dengan baik macam mana Adam jaga Humaira." tutur Adam tanpa apa-apa reaksi.

"Terima kasih, Abang." ucap Syalili gembira. Adam mengangguk kecil tanpa memandang wajah Syalili.

"Abang luangkanlah masa untuk Syalili dua atau tiga hari. Ummi dan Abah akan teman Maira di rumah kita sepanjang Abang di rumah Syalili." beritahu Tasneem.

"Tak apa, abang pergi untuk satu hari je lepas tu abang balik pada sayang." kata Adam sambil memandang wajah suci isterinya.

"Abang, janganlah macam tu. Maira tak apa-apalah. Jangan risau , ya?" Pipi Adam diusap lembut.

Adam mengeluh sebelum mengangguk dengan hati yang berat. Sesungguhnya, dia tidak mahu berlama-lama meluangkan masa dengan isteri keduanya.

"Maira balik dulu, Abang." tangan Adam dicium.

"Hati-hati, sayang. I love you." pesan Adam sebelum mengucup dahi Tasneem.

"I love you too, Abang." Tasneem tersenyum. Syalili yang mendengar perbualan penuh kasih sayang antara Adam dan Tasneem seperti cacing kepanasan. Panas hatinya apabila Adam melebihkan Tasneem daripada dirinya.

"Abang, Sya mengantuklah." rengeknya sambil menyandar kepada di bahu Adam.

"Sya, kakak balik dulu. Rehat secukupnya ya." Tasneem mengusap bahu Syalili sebelum dia beredar. Syalili mengangguk kecil.

"Kami minta diri dulu, ya. Assalamualaikum." ujar Dato' Khalif.

"Humaira sayang, hati-hati ya? Kalau ada apa-apa terus telefon Mama." pesan Datin Syahida lalu pipi Tasneem dicium.

"Baiklah, Mama."

"Eii panasnya hati aku! Kenapa semua orang sayang sangat dengan dia tu?! Nampak sangat dia tu berlagak suci macam malaikat!" Gumam hati kecil Syalili dengan penuh rasa dengki.

"Tadi cakap mengantuk, pergilah masuk tidur dulu. Abang menyusur kemudian, abang nak berbual dengan Papa dan Daddy sekejap." ujar Adam dengan suara mendatar.

"Alaa! Sya nak abang teman Sya tidur." rengeknya.

"Pergilah Adam. Kamu berdua mesti penat." kata Dato' Azran. Adam mengeluh.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now