🍁63

3.6K 189 13
                                    

Syafiq menarik kerusi dan duduk menghadap Syalili yang sedang berpeluk tubuh memandangnya.

"Apasal lambat sangat?" soal Syalili dingin.

"lambat lima minit aje pun. Macamlah tak biasa kau ni." Syafiq menjeling gadis itu.

"Kau suka buang masa aku. By the way, aku dah ada rancangan untuk singkirkan si Humaira tu." kata Syalili sambil tersenyum lebar.

"kenapa kau bertindak macam kau mangsa eh? Padahal kau yang rampas suami orang." Syafiq berkata dengan nada sinis.

"Kau nak perempuan tu ke tak nak? Tak payahlah nak sindir bagai." Syalili geram.

"Nama dia Tasneem Humaira."

"Apa-apa ajelah. Aku dah aturkan rancangan ni jadi kalau kau setuju, kita akan mulakannya dengan segera. Aku tak sabar nak jadikan Adam milik aku sepenuhnya. Aku dah tak sanggup nak berkongsi suami dengan perempuan berlagak malaikat tu!" kata Syalili dengan nada menyampah.

"Dia memang baik pun, bukan macam kau. Baik tak, talam dua muka pun bukan tapi syaitan bertopengkan manusia. Am I right?" sindir Syafiq sambil tersenyum.

"Apa masalah kau sebenarnya Syafiq? Kau nak perempuan tu ke tak sebenarnya? Kalau kau tak nak, aku boleh hapuskan dia bila-bila masa je." Syalili merenung tajam ke dalam anak mata Syafiq.

Syafiq bangun dan duduk rapat di sebelah Syalili. Satu objek dikeluarkan dari poketnya.

Pisau lipat ditayangkan di depan muka Syalili membuatkan gadis itu terdiam ketakutan.

"sebelum kau hapuskan dia, kau yang aku hapuskan dulu. Kau faham?" bisik Syafiq di telinga gadis itu. Syalili mengangguk faham.

Lelaki itu mula duduk di tempatnya semula mendengar rancangan yang telah Syalili aturkan.



                              •••••••

"Khaira! Tunggulah aku!" jerit Rayyan yang ketinggalan di bawah. Khaira berhenti lalu menoleh ke belakang.

"Cepatlah sikit, Rayyan! Apasal kau macam siput ni?" pekik Khaira yang sudah hampir ke puncak.

"Kau yang laju sangat kenapa?!" Rayyan cuba melajukan langkah untuk mendaki sampai ke tempat Khaira sedang berdiri.

"Kau ni kalau main game bukan main laju tapi bila buat aktiviti yang sihat punyalah lembab!" bebel Khaira sambil bercekak pinggang.

"Berhenti membebel, please. Aku rasa macam nak mati dah ni." Rayyan tercungap-cungap sambil memegang bahu Khaira.

"Tak pernah lagi orang mati sebab hiking, kalau dia terjatuh dari bukit ni yalah boleh mati. Kau ni malas sangat nak bersenam, penat sikit dah merungut." Khaira tetap membebel.

"Kau nak aku cium kau kat sini ke baru kau nak berhenti membebel, baby? Sakit telinga aku ni asyik dengar kau membebel."

"cubalah kalau kau nak bergolek ke bawah. Jom naik cepat, sikit je lagi." Khaira menarik tangan Rayyan lalu mereka menyambung pendakian mereka sehingga ke puncak.

Ramai orang yang sedang duduk beriadah bersama keluarga sambil menikmati alam semulajadi.

"Wah! So beautiful." Khaira terpegun melihat keindahan dari atas puncak sambil memeluk lengan Rayyan.

"Beautiful just like you, baby." ujar Rayyan sambil memandang wajah Khaira yang hanya jarak beberapa inci dari wajahnya.

Khaira menoleh memandang wajah Rayyan lalu dia tersenyum.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now