🍁 D u a p u l u h t u j u h

5K 292 26
                                    

Adam memandu masuk ke perkarangan rumah banglo mewah yang Tasneem sendiri tidak ketahui rumah siapakah itu.

Enjin kereta dimatikan dan tali pinggang keledar ditanggalkan.

"Abang, ini rumah siapa?" soal Tasneem.

Tangan kecil Tasneem dicapai dan Adam mengucup lembut tangan isterinya.

"Ini rumah yang abang bina hampir setahun. Rumah buat permaisuri hati abang. Abang nak hidup bahagia dengan permaisuri hati abang dalam rumah yang abang bina ni. Jadi, inilah rumah kita. Syurga kita." jelas Adam sambil tersenyum memandang wajah Tasneem.

"Terima kasih, abang." ucap Tasneem terharu.

Senyuman Adam tidak lekang dari bibirnya.

"Okay, jom kita masuk." Adam keluar dari perut kereta dan berlari anak ke pintu sebelah penumpang.

Tubuh Tasneem dicempung buat kesekian kalinya.

Loceng yang berada di sebelah pintu ditekan beberapa kali.

Muncul seorang wanita tua membukakan pintu buat mereka.

"Assalamualaikum, Mak Senah." Adam memberi salam.

"Waalaikumussalam, Encik Adam. Selamat pulang. Ini ke permaisuri Encik Adam?" Mak Senah memandang Tasneem yang dicempung Adam. Wanita itu tersenyum.

"Ya, Makcik. Inilah permaisuri hati saya. Mak Senah akan bekerja di sini buat sementara waktu sebelum balik ke rumah mama dan papa. Saya nak minta Mak Senah pantau isteri saya sampai dia sembuh sepenuhnya." Kata Adam.

"Mak Senah hanya menurut perintah. Tapi, Encik Adam dan Puan tak pergi berbulan madu ke?"

"Atas permintaan Puan Humaira, kami akan tangguhkan dulu." seloroh Adam sambil memandang Tasneem.

Tasneem memukul dada Adam. Geli hatinya mendengar panggilan baru buatnya iaitu Puan Humaira.

"Mak Senah, minta Pak Man ambilkan beg kami dalam kereta ya. Kami naik dulu." Pamit Adam kemudian dia melangkah naik ke bilik bersama isteri tercinta.

 

                          •••••••

Cahaya matahari yang memancar ke dalam bilik mereka membuatkan Tasneem terjaga dari tidur.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang