🍁54

3.7K 204 36
                                    

Adam menarik handbreak setelah keretanya berhenti di hadapan hospital.

Hari ini Tasneem perlu buat pemeriksaan kandungannya, terpaksalah Adam ambil cuti.

Pintu kereta sebelah penumpang dibuka kemudian Adam membantu Tasneem keluar dari perut kereta.

"makin montel isteri abang ni." ujar Adam sambil tersengih.

"montel sebab mengandungkan anak abanglah. Kenapa? Tak suka bila Maira gemuk? Nak cari lain?" bidas Tasneem dingin.

Uish! Sensitif betul bila bercakap pasal berat badan, terus melencong pasal bab cari lain. Cari betul-betul baru tahu.

"abang gurau je. Abang suka tengok sayang montel, comel. Lagi puas peluk malam-malam. Macam bantal kekabu." kata Adam cuba memujuk isterinya.

"malas nak layan abang." Tasneem terus pergi meninggalkan Adam di luar hospital.




Pasangan suami isteri itu teruja melihat bayi mereka yang semakin membesar dengan sihat di dalam perut ibunya.

"Tahniah, baby girl." beritahu doktor itu sambil tersenyum lebar.

"Alhamdulillah." Adam memanjatkan syukur. Impiannya untuk mempunyai anak perempuan tercapai.

"Kita dah tak perlu fikirkan nama untuk baby. Kuat betul firasat abang." ujar Tasneem gembira.

"mestilah. Abang memang teringinkan anak perempuan. Tak sabar nak jumpa Adani Humaira kesayangan babah ni." perut Tasneem diusap lembut.

"Sekarang dah masuk 7 bulan, jadi Puan perlu lebih berhati-hati. Kalau boleh banyakkan berjalan untuk memudahkan proses bersalin nanti dan jangan buat kerja berat." Doktor wanita itu memberi nasihat.

"InsyaAllah. Terima kasih, Doktor." ucap Tasneem.



                             ••••••
Khaira memandang Ryana yang sedang sibuk mencari baju yang sesuai untuk Khaira di waktu majlis akad nikah yang bakal berlangsung lagi tiga hari.

"Ryana, sebenarnya yang nak kahwin ni kakak ke kamu?" soal Khaira.

"mestilah kakak. Tapi, Ryana nak carikan dress yang cantik dan menyerlah." ujar Ryana sambil memuncungkan bibirnya.

Khaira tersenyum.

"baiklah, buatlah apa yang Ryana nak." kata Khaira.

Ryana duduk di sebelah Khaira. Tangan Khaira digenggamnya.

"kakak betul-betul tak nak adakan majlis resepsi?" mata Khaira dipandangnya sayu.

"Ya, dik. Kakak nak majlis akad nikah je. Simple pun dah memadai. Kakak tak nak susahkan abang Rayyan, syarikat dia kan tengah ada problem dan kami nak jaga air muka Papa Ryana." jelas Khaira.

"tapi, apa kaitan dengan Papa?" dahi Ryana berkerut.

"apa kata kawan-kawan Papa kalau dorang tahu abang Rayyan kahwin dengan kakak tanpa restu Papa? Jatuh air muka Papa nanti."

"jadi, kakak dengan abang nak rahsiakan perkahwinan ni?"

"buat sementara saja. Jangan risau ya? Jomlah cari baju untuk kakak." tangan Ryana ditarik. Mereka mula menghampiri baju-baju gaun yang tersangkut kemas.





                                ••••••

Suasana di masjid mula dipenuhi oleh orang-orang yang dijemput hadir untuk menyaksikan Rayyan dan Khaira untuk diijabkabulkan sebentar lagi.

Rayyan duduk bersila di hadapan Tok Kadi yang sedang memeriksa borang perkahwinan yang telah diisi.

Adam dan rakan-rakan syarikat duduk di sebelah Rayyan.

"aku nervous la , Adam." bisik Rayyan di telingan Adam. Tangannya asyik berpeluh dari tadi.

"kau nervous sangat dah kenapa? Kau tengok Khaira, rileks aje dia. Boleh buat assignment lagi kat belakang tu." ujar Adam.

Rayyan memandang ke belakang. Betul apa yang Adam cakap, sempat lagi bakal isterinya menaip assignment di dalam laptop. Rayyan menepuk dahi.

Tok Kadi berdehem.

"boleh kita mulakan?" soal Tok Kadi

"boleh." jawab Rayyan. Tok Kadi memerhatikan pengantin perempuan yang masih sibuk menaip di laptopnya.

"Kakak!" panggil Ryana.

"Ya, sekejap. Sikit je lagi. Tasneem, bagi aku kertas yang ada dalam beg tu sekejap." pinta Khaira.

"Eh kau ni menyempat lagi! Majlis dah nak mula ni. Tok kadi pandang kau tu!" bisik Tasneem.

Khaira berhenti menaip dan memandang ke hadapan. Dia tersengih sumbing.

"banyak sangat ke assignment kamu? Bila kita boleh mulakan?" soal Tok Kadi.

"Ya, boleh." jawab Khaira.

"bagi sini laptop tu! macam-macamlah Khai ni. Mama dah cakap buat awal-awal. Time nak akad nikah ni juga nak buat assignment." bebel Puan Kaisara.

Rayyan mula berjabat tangan dengan Tok Kadi.

"Haris Rayyan bin Kamal, aku nikahkan dikau dengan Khaira Hafnan binti Khairuddin berwalikan Hakim dengan mas kahwin RM500 tunai."

"Aku terima nikahnya Khaira Hafnan binti Khairuddin berwalikan Hakim dengan mas kahwin RM500 tunai." Rayyan menyebut lafaz akad dengan lancar.

"sah?" Tok Kadi memandang para saksi.

"sah! sah!"

"Alhamdulillah." Tok Kadi menadah tangan untuk membaca doa.

Setelah selesai membaca doa, Rayyan berjalan ke arah Khaira untuk menyarungkan cincin.

Rayyan tersenyum lebar sambil membelek jari runcing Khaira yang putih mulus.

"kau apahal belek tangan aku? Nak makan penampar?" gumam Khaira perlahan.

"Aipp! Tak baik cakap macam tu pada abang. Nanti jadi isteri derhaka." ujar Rayyan lalu dia menyarungkan cincin emas perak bertatahkan batu permata kecil.

Khaira menjeling.

"Thanks." jawab Khaira sambil membelek cincin yang tersarung di jari manisnya.

"kau buat apa tu?" soal Rayyan.

"apa?"

"Cium tangan aku." tangannya dihulurkan kepada Khaira.

"hah? cium? Tak cium tak boleh? Kita berjabat je lah eh?" huluran tangan Rayyan disambut.

"Aku cakap cium!" Rayyan menjegilkan matanya lalu dia menarik kepala Khaira agar mencium tangannya.

"Good girl. Macam ni la isteri abang."  Rayyan tersenyum puas. Pipi Khaira dicium kasar.

"tak guna Rayyan. Siap kau balik nanti!" gumamnya perlahan.

Adam, Tasneem dan Ryana hanya menggeleng kepala melihat telatah dua manusia itu.



                               •••••••

Adam yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumahnya, tiba-tiba mendapat satu panggilan.

Tasneem memandang suaminya yang berkerut dahi.

"Assalamualaikum"

"Adam! Tolong saya. Syalili dalam wad kecemasan, kamu saja yang boleh tolong saya."







A/N

Yeay!! finally boleh pun update❤ Maaf ya sebab lama menunggu. Idea baru buat comeback. Yeah, Rayyan dan Khaira dah kahwin!🎉

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin