🍁55

3.6K 226 39
                                    

"Maaf Tan Sri, kalau tentang Syalili saya tak nak ambil tahu. Saya nak jaga isteri saya. Syalili bukan siapa-siapa untuk saya ambil kisah tentang dia. Lagipun kontrak kita dah dibatalkan, tak ada sebab lagi untuk kita berhubung. Assalamualaikum." panggil terus dimatikan.

Tasneem terkebil-kebil memandang suaminya.

"kenapa abang?" soal Tasneem ingin tahu. Adam terus menarik Tasneem ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Tasneem dikucup lembut.

"Tak penting pun." jawab Adam.

Tiba-tiba telefonnya sekali lagi berbunyi. Panggilan dari Tan Sri Kashaf itu dibiarkan tidak berjawab.

Berulangkali Tan Sri Kashaf menghubunginya.

"jawablah, abang. Mana tahu Tan Sri dalam kesusahan. Abang tak kesian ke dia asyik telefon abang?" wajah Adam ditatap.

"abang malaslah, dia asyik telefon abang berkaitan Syalili tu." luah Adam.

"Abang" Tasneem memandang Adam sayu. Adam mengeluh. Telefon yang berbunyi dari tadi akhirnya dijawab.

"Tan Sri nak apa sebenarnya?" malas Adam bertanya.

"Tolonglah datang ke hospital ni, saya tak nak kehilangan anak saya. Saya merayu. Kalau kamu tolong saya, saya akan perbaharui kontrak kita."

"Tan Sri jangan rasuah saya dengan kontrak, saya tak nak. Ini kali terakhir saya tolong Tan Sri." panggilan terus dimatikan.

"Humaira duduk rumah ya? Abang pergi sekejap je." kata Adam.

"Maira nak ikut." rengek Tasneem.

"baiklah. Jom." tangan Tasneem digenggam erat.



                              ••••••
Adam memimpin tangan isterinya sampai ke ruangan menunggu di hadapan wad kecemasan.

Kelihatan Tan Sri Kashaf sedang duduk di kerusi ruang menunggu dengan wajah yang gelisah.

"Assalamualaikum." Adam memberi salam.

"Waalaikumussalam. Adam, terima kasih sebab kamu sudi datang. Kamu saja yang boleh tolong saya." Tan Sri Kashaf bangun menghampiri Adam.

"apa sebenarnya yang jadi pada Syalili?" soal Adam tenang.

"Dia cuba bunuh diri. Dia kelar tangan dia, Adam." beritahu Tan Sri Kashaf dengan suara yang bergetar menahan air mata.

"Apa? Tapi, kenapa?" Tasneem mencelah.

"Saya minta maaf, saya tak boleh buat dia berhenti ganggu Adam. Dia terlalu cintakan Adam sampai dia bertindak sampai macam tu sekali." jelas Tan Sri Kashaf.

Tasneem terkedu mendengar kata-kata Tan Sri Kashaf. Sampai begitu sekali Syalili cintakan Adam.

Adam hampir saja naik angin mendengar penjelasan Tan Sri Kashaf tapi dia cuba kawal kemarahannya.

"jadi Tan Sri nak saya buat apa? Saya sendiri tak tahu macam mana nak tolong Syalili. Kalau Tan Sri tak keberatan, Tan Sri bawa dia jumpa pakar kaunseling." ujar Adam dingin.

"Abang" Tasneem cuba menenangkan hati suaminya yang sedang membara.

Tan Sri Kashaf tiba-tiba melutut di hadapan Adam dan Tasneem. Mereka berdua terkejut melihat tindakan Tan Sri Kashaf. Hati Tasneem semakin berasa tak tenang.

"Tan Sri, apa yang Tan Sri cuba buat ni?" soal Adam.

"Tan Sri, jangan buat macam ni. Semua orang tengah pandang sini." kata Tasneem.

"Tolonglah, Adam. Puan, saya merayu. Adam , tolonglah terima Syalili. Saya tak sanggup tengok keadaan anak saya yang tak tentu arah. Tolong kahwini anak saya. Saya merayu sangat-sangat!" rayu Tan Sri Kashaf dengan diiringin air mata.

"Tan Sri! Apa semua ni!" Adam bengang. Tasneem sudah mula mengalirkan air mata mendengar permintaan Tan Sri Kashaf.

Tidakkah lelaki tua itu memahami perasaannya apabila dia merayu agar membenarkan suaminya berkahwin dengan orang lain? Hancur hati seorang isteri.

"Saya merayu sangat, Adam!" rayu Tan Sri Kashaf semahunya.

Adam meraup kasar wajahnya. Dia serabut dengan situasi itu.

"Lepas!! Lepaskan aku! Aku nak mati! Biarkan aku mati! Ke tepi! Lepaskan aku!" satu jeritan datang dari dalam wad kecemasan.

Mereka memandang ke arah pintu wad kecemasan. Seorang jururawat keluar dengan kelam kabut.

"Tuan, anak Tuan hilang kawalan. Dia tengah mengamuk di dalam." beritahu jururawat itu.

Tan Sri Kashaf kembali memandang Adam. Air matanya semakin laju mengalir.

"hanya kamu harapan saya, Adam." luahnya. Adam merengus kasar lalu kakinya laju melangkah masuk ke dalam wad kecemasan meninggalkan Tasneem di situ.

Tasneem keliru. Apakah dia terlalu berdosa jika dia mementingkan diri ? Apakah dia yang akan dipersalahkan jika hilangnya nyawa seseorang hanya kerana dia yang tidak sanggup berkongsi kasih sayang suaminya dengan wanita lain? Dia hanya mampu berdiri kaku disitu mendengar jeritan Syalili dan jerkahan Adam yang cuba menenangkan gadis itu.





                              ••••••

Adam, Tasneem dan ibubapanya berkumpul di rumah agam Dato' Azran. Tan Sri Kashaf juga turut hadir.

Tasneem duduk di antara Datin Syahida dan Puan Aisya. Dia rasa kosong. Air matanya sudah kering tak mampu menangis lagi. Bibirnya hanya membisu.

Adam pula berdiri jauh dari mereka. Tidak mampu dia melihat isterinya yang terluka sekali lagi.

"Tan Sri Kashaf, sanggup awak merayu pada menantu saya agar Adam berkahwin dengan Syalili? Awak tak faham ke perasaan Tasneem?" Dato' Azran bengang.

"Maafkan saya, Dato'. Saya terpaksa. Saya tak sanggup tengok anak saya macam tu selamanya." jelas Tan Sri Kashaf.

"jadi awak lebih sanggup tengok menantu saya berkongsi suami dengan anak awak?" bidas Dato' Azran.

Seandainya saja dia tidak menjemput Adam ke majlis hari lahirnya.

"Takpe la, Papa. Humaira benarkan abang Adam nikahi Syalili kalau itu yang terbaik untuk Syalili. Humaira redha. Humaira minta diri dulu." Tasneem bangun nak ke bilik Adam.

"Humaira!" Adam terkejut mendengar keputusan Tasneem. Tangan Tasneem ditarik.

"Maira tak nak pentingkan diri. Syalili perlukan abang. Maira redha kalau Maira perlu bermadu, abang. Maira terima." Tangan Adam ditepis lembut kemudian dia terus naik ke bilik Adam.

"Adam, kalau Tasneem dah izinkan tu teruskan saja. Ummi tak membantah. Biar Ummi pujuk Tasneem." kata Puan Aisya lalu naik ke bilik Tasneem.

"betul tu, Adam. Teruskan saja." sampuk Dato' Khalif pula. Adam tertunduk memandang lantai.



Puan Aisya melabuhkan punggungnya di sebelah Tasneem. Tiada setitis air mata pun di pipi anaknya itu.

"Ummi tahu anak Ummi seorang isteri yang tabah. Aneem seorang yang kuat." kepala Tasneem diusap lembut.

Tasneem memeluk ibunya.

"Aneem dah tak mampu menangis, Ummi. Berat setiap dugaan yang Aneem terima." Tasneem mengadu kepada ibunya.

"Sayang, besar pahala bagi seorang isteri yang membenarkan suaminya menikahi wanita lain. Seorang isteri yang sanggup berkongsi suaminya dengan wanita lain akan memperolehi payung emas kelak." ujar Puan Aisya.

Tasneem hanya terdiam. Dia sendiri tidak pasti adakah keputusannya itu betul atau tidak.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora