🍁45

4.1K 241 18
                                    

Tasneem menunggu di depan pintu ingin menyambut Adam pulang.

"Assalamualaikum" Adam memberi salam.

"Waalaikumussalam." Briefcase di tangan Adam diambil lalu dia mencium tangan Adam.

Sejuk hati Adam melihat sikap Tasneem sekarang. Sejak kandungannya makin berganjak usia, Tasneem menjadi lebih matang.
Adam membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Punggungnya dihenyakkan di atas sofa empuk.

Keluhan ringan dilepaskan.

"Minum, abang." Segelas air sejuk dihulurkan pada Adam. Adam tersenyum sambil menyambut gelas minuman itu dan diteguk untuk menghilangkan dahaga.

"Terima kasih, sayang." ucap Adam.

Tasneem duduk bersimpuh di lantai membuka stokin Adam.

"Khaira tak ada cakap apa-apa pada Humaira?" soal Adam.

Tasneem mendongak memandang wajah suaminya.

"Kenapa? Ada apa-apa yang jadi ke?" Dahi Tasneem berkerut.

"Mari duduk sini." tempat kosong di sebelahnya ditepuk mengharapkan Tasneem datang dan duduk di sebelahnya. Tasneem akur.

"kenapa, abang?" wajah Adam dipandangnya.

"Rayyan cerita pada abang, dia dan Khaira bergaduh. Tan Sri Kamal suruh mak tiri Rayyan aturkan blind date untuk dia. Tan Sri tak restui hubungan mereka." beritahu Adam.

"Apa? Tapi, kenapa? Apa kurangnya Khaira tu?" Tasneem pula yang rasa tak puas hati dengan keputusan Tan Sri Kamal.

"Abang rasa serba salah nak bagitahu Humaira." Tangannya naik ke pipi Tasneem. Matanya merenung tepat ke dalam anak mata Tasneem.

"Bagitahulah, kenapa dia tak restu Rayyan dengan Khaira?" Tasneem cuba mendesak. Dia ingin tahu kebenarannya.

Adam melepaskan keluhan berat.

"Tan Sri tu benci hiburan Kpop.Tan Sri nakkan perempuan yang boleh jaga Rayyan dengan baik. Sedangkan anak bongsu dia, Ryana pun dia tak ambil tahu dah." jelas Adam.

Tasneem tersenyum sinis.

"Abang, hina sampai macam tu sekali ke perempuan yang minat Kpop di mata orang lain? Khaira tu walaupun minat Kpop, dia masih wife material tau, dia ada cita-cita yang tinggi. Dia tu bakal doktorlah, abang." sungguh Tasneem rasa terhina apabila Tan Sri Kamal memandang serong terhadap gadis muda yang meminati Kpop.

Minat mereka terhadap Kpop masih ada batas. Mereka masih mengenali Tuhan mereka, mereka masih melakukan kewajipan sebagai hamba Allah. Apa salah mereka sampai dipandang serong begitu sekali?

Tubuh Tasneem ditarik ke dalam pelukannya.

"Ya, abang tahu. Abang percaya , perempuan yang minat Kpop masih lagi mampu buat kerja rumah, ada cita-cita yang tinggi. Abang percaya, sebab orang tu ada depan mata abang. Dia dalam pelukan abang sekarang ni.

"Tak semua peminat Kpop tak baik. Abang bersyukur sebab abang jumpa dengan salah seorang dari mereka yang masih menjaga batas agama." kata Adam sambil membelai lembut rambut Tasneem.

Dia pasti Tasneem sedang berkecil hati dengan pemikiran kolot Tan Sri Kamal.




                             ••••••

Khaira mengundurkan keretanya keluar dari kawasan rumahnya. Tiba-tiba dia break mengejut.

"Khaira!" jerit seseorang di belakang keretanya.

Khaira mendengus. Dia menanggalkan tali pinggang keledar kemudian dia keluar dari perut kereta.

"Dah tak sabar nak mampus ke?!" herdik Khaira sambil memeluk tubuh.

"Khaira, aku minta maaf. Janganlah buat aku macam ni." Rayyan menghampiri Khaira. Tangannya memegang sebuah beg kertas.

"Kau ni tak faham bahasa ke Rayyan? Please, get lost from my life!" dia menjeling Rayyan.

"kau betul-betul nak tinggalkan aku? Aku tak sanggup. Aku tak nak berpisah dengan kau, tolonglah Khaira!" rayu Rayyan.

Mahu saja dipeluk tubuh langsing Khaira namun dia masih tahu batasnya.

"Aku tak nak kau dah la,Rayyan. Keluarga kau dah carikan perempuan yang lebih baik dari aku. Pergilah, Rayyan. Cukuplah sampai setakat ni saja hubungan kita. Aku penat. Aku muak!" Khaira terus membuka pintu keretanya.

"Sekejap! Ambillah hadiah ni, mana tahu kau rindukan aku nanti." Beg kertas berwarna coklat dihulurkan kepada Khaira.

"Terima kasih ajelah, Rayyan. Aku dah lambat." Baru saja dia ingin masuk ke dalam keretanya, Rayyan menghalangnya sekali lagi.

"Tunggu! Dalam ni ada album Love Yourself, tapi aku beli dua version je. Botak kepala aku kalau beli semua version. Lepas tu, ada plushie Tata." kata Rayyan. Sengaja nak umpan Khaira lagi.

Khaira menelan liur.

"Kau masuk dalam kereta. NOW!" suruh Khaira kemudian dia masuk ke dalam kereta.

Rayyan tersengih. Umpan menjadi. Yeah!





-------------

Pintu bilik Adam tiba-tiba diketuk.

"Masuk!" ujar Adam. Fail yang sudah siap diperiksa dan ditandatangani diletakkan di sebelah kiri meja.

Seorang gadis masuk ke dalam pejabat Adam.

"Assalamualaikum" gadis itu memberi salam.

"Waalaikumussalam." Adam menjawab sambil mengangkat muka. Dia terkejut melihat gadis di hadapannya.

"Ryana Karmelia?" soal Adam.

Gadis itu tersenyum.

"Abang Adam apa khabar?" gadis itu bertanya khabar.

"Alhamdulillah, abang baik-baik saja. Duduklah, Ryana. Abang minta setiausaha buatkan teh." pelawa Adam.

Ryana mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Adam.

Butang interkom ditekan.

"Fara, buatkan dua cawan teh." arahnya.

"baik, Encik Adam." Fara akur.

"Bila Ryana balik sini? Sudah jumpa Ayah dan abang?" soal Adam.

"Belum. Ryana malas nak jumpa Ayah, dia bukan suka Ryana pun. Makcik pun lagi suka kalau Ryana tak balik. Ryana sampai pagi tadi, singgah kubur Ibu sekejap lepastu balik hotel. Abang Rayyan mana? Ryana tengok dia tak ada kat tempat dia pun?"

"abang Ryana tengah sibuk pujuk girlfriend dia." jawab Adam.

"girlfriend? Wow! Seriously? Tak sangka si sengal tu dah ada girlfriend. Nice!" Ryana tersengih.

"Abang, abang Rayyan ada cerita pada Ryana yang abang dah kahwin. Dia cakap isteri abang pun minat Kpop juga. Betul ke abang?" Ryana teruja.

Adam ketawa kecil.

"Ya, betul. Girlfriend abang awak pun sama macam Ryana juga. Abang harap Ryana dapat tolong dia pujuk Khaira."

"Hah? Kenapa pula?





A/N

Sis terasa nak habiskan cerita ni cepat-cepat memandangkan sekolah dah nak buka , nanti ramai readers yang tak dapat baca dah.

Tapi, nak habiskan dalam masa 2 hari memang mustahil😂😂

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now