🍁 D u a p u l u h e m p a t

4.9K 293 48
                                    

Pembantu rumah keluarga Dato' Azran membuka pintu.

Dato' Azran dan Datin Syahida melabuhkan punggung di atas sofa empuk.

"Mama, Papa .. macam mana? Ummi dan Abah cakap apa? Humaira pulak? Dia setuju?" soal Adam bertubi-tubi.

Wajah Dato' Azran dan Datin Syahida nampak seperti kecewa.

Adam pula mula ragu-ragu.

"Mama dan Papa dah ceritakan semuanya pada Ummi dan Abah Tasneem. Syukurlah mereka faham." Terang Datin Syahida.

"Syukur alhamdulillah. Humaira macam mana?"

Datin Syahida terdiam.

"Papa rasa ada baiknya Adam pergi jumpa Humaira sendiri." Kata Dato' Azran.

Adam tertunduk memandang lantai.

"Humaira marah sangat ke dengan Adam? Masih layak ke Adam untuk mendapatkan dia semula?"

"Adam tak boleh mengalah. Adam kena berusaha. Pergilah pujuk Humaira ya?"












Tasneem menikmati udara malam di atas kerusi rodanya di laman rumah.

Bintang-bintang yang bertaburan di langit dipandangnya sambil tersenyum.

Rasanya macam dah lama sangat dia tak tengok langit malam. Skrin telefon dipandangnya lama.

Gambar Jungkook yang sedang tersenyum membuatkan segala kesakitan di hatinya semakin hilang. Agak lama juga dia tinggalkan teman lelakinya yang kacak itu.


"Jungkook, maaflah saya asyik abaikan awak aje sekarang ni. Hati saya masih pada awak." skrin telefon bimbitnya diusap.

"Saya nak mengadu pada awak boleh? Saya baru putus tunang. Lelaki tu jahat! Selama ni dia cuba rampas saya dari awak, tapi bila saya dah buka hati pada dia, dia hancurkan hati saya dan tinggalkan dia."

"Esok sepatutnya hari pernikahan kami tapi, mungkin dia dah batalkan. Boleh tak awak tolong lempang muka dia untuk saya? Dia jahat! Dia buat saya menangis. Dia kejam!" sambung Tasneem. Hanya perasaan geram yang muncul di hatinya.

"Saya tahu saya jahat. Maafkan saya sebab buat awak sakit hati dan menangis."

Tasneem terkejut apabila seekor anak patung arnab berwarna merah jambu muncul di sebelahnya.

Cooky!

Senyuman yang hampir terpancar di wajahnya kembali pudar melihat wajah lelaki itu.

Dia kembali memandang ke depan.

"Awak buat apa kat sini? Nak ambil cincin tu ke? Minta pada Ummi, saya suruh Ummi simpankan." kata Tasneem acuh tak acuh.

"Taklah, saya datang nak melawat Humaira. Humaira dah makan?" soal Adam.

"Em." Itu saja yang dibalas Tasneem. Dia tiada mood untuk bercakap dengan lelaki itu.

Patung Cooky dihulurkan pada Tasneem.

"Nah! Ambil lah. Untuk Humaira. Inikan patung Jungkook tu?"

Tasneem hanya mendiamkan diri. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia rampas patung tersebut. Gila kau tak nak?! Cooky weh! Harga dia memang tak boleh bawa bincang.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now