🍁37

4.5K 272 78
                                    

Awal pagi lagi Tasneem sudah bangun untuk menyediakan sarapan setelah dia selesai solat subuh berjemaah bersama Adam.

Adam masih lagi tidak bercakap dengannya. Sewaktu di akhir solat pun hanya Tasneem yang mencium tangannya. Tiada lagi ciuman di dahi buat Tasneem.

Tasneem cuba untuk tidak berkecil hati.

Adam menuruni anak tangga sambil membutangkan lengan baju kemejanya.

"Abang, marilah breakfast sama-sama." Tasneem menghampiri Adam.

"Saya dah lambat. Suruh Pak Man hantar awak ke kolej sekejap lagi." tutur Adam tenang.

Ini sudah kali ketiga Tasneem terasa hati.

"Baiklah." Tasneem mencium tangan Adam. Kemudian dia menghantar Adam ke pintu.

"Hati-hati drive." pesan Tasneem namun tidak dibalas oleh Adam.

Adam memboloskan dirinya ke dalam kereta tanpa memandang Tasneem. Enjin kereta dihidupkan.

Hampir jatuh air mata Tasneem buat kesekian kalinya namun dia cuba tahan.

Dia mengukirkan sebuah senyuman yang manis buat Adam. Dia sebenarnya menunggu Adam memberikan ciuman seperti setiap pagi tapi dia redha.





                              ••••••••

Tasneem duduk termenung di dalam library. Dia mengusap perutnya yang masih kempis.

"Ibu dah buat babah marahlah, sayang." gumamnya sendirian.

Khaira yang baru sampai terus duduk di kerusi menghadap Tasneem.

Mata Tasneem yang bengkak dibeleknya.

"Kau menangis ke semalam?" soal Khaira.

"Sekarang pun aku rasa nak menangis, Khaira." jawabnya.

"Kenapa? Bergaduh lagi?"

Tasneem menggeleng.

"Tak bergaduh cuma Adam dah tak nak bercakap dengan aku. Tapi takpe, aku layak dilayan macam tu." beritahu Tasneem dengan suara yang bergetar menahan air mata.

Khaira mengeluh. Tasneem dah elok, si Adam pula buat perangai. Aduhaii.

"Betul la orang kata, kahwin muda terlalu banyak dugaan. Baru lagi dugaan yang datang, aku dah rasa macam putus asa. Aku sampai terfikir nak akhiri semua ni." setelah lama menahan air mata, mengalir jua mutiara jernih ke pipinya.

"Tasneem, janganlah fikir sampai macam tu sekali. Fikirlah pasal anak dalam perut kau tu. Ini baru permulaan, Tasneem. Kau kena kuat." Khaira memberi semangat buat sahabat baiknya.

"Aku nak pergi tandas sekejap." Tasneem bangun dan pergi dari situ.

Khaira memandang telefon bimbit Tasneem. Walaupun dia rasa dia tak patut masuk campur tapi dia tak sanggup tengok Tasneem begitu.







Kepalanya disembamkan atas meja kerja. Di dalam kesejukkan penghawa dingin yang terpasang, Adam menahan esak tangisnya.

"Abang minta maaf, Humaira." gumamnya. Dia tak sanggup untuk terus lukakan hati Tasneem.

Mendengar tangisan halus Tasneem di sebelahnya semalam pun sudah membuat hatinya sakit. Dia rasa serba salah membiarkan Tasneem menangis kerana sikapnya. Dia terasa kejam.

Rayyan mengetuk pintu bilik Adam. Adam segera mengesat air matanya.

"Masuk!"

Rayyan menolak pintu pejabat Adam lalu dia menghampiri Adam.

"Kenapa mata dengan hidung kau merah? Kau menangis ke?" soal Rayyan.

Angkara engkaulah Rayyan!

"Ada apa kau nak bagitahu ke?" Adam terus menukar topik.

Rayyan duduk di kerusi yang tersedia.

"Kau rasa diri kau kejam sangat ke buat Humaira macam tu? Aku minta maaf sebab suruh kau buat macam tu. Kau boleh hentikan rancangan tu kalau kauㅡ"

Kata-kata Rayyan terhenti apabila telefon bimbit Adam berbunyi.

Isteriku❤

Adam memandang Rayyan.

"Biar aku jawab, aku akan jelaskan semuanya pada dia." Rayyan mengambil telefon bimbit Adam.

Punat hijau ditekan.

"Helloㅡ"

"Adam, we need to talk."

"Ni siapa?"

"kau siapa? Adam mana? Aku ni Khaira kawan baik Tasneem."

"Oh, kau rupanya. Aku ni, Rayyan. Kenapa kau nak cakap dengan Adam? Dia tengah ada meeting."

"Aku nak cakap dengan dia pasal Tasneem."

"Pasal Humaira? Kenapa dengan Humaira? Humaira mana? Kenapa telefon dia kau yang pegang? Dia okay kan?"

Muka Adam dah cuak. Dia risau jika sesuatu terjadi kepada isteri kesayangannya.

"Yang kau over sangat ni kenapa? Kau suami dia?"

"Khaira, aku yang bersalah dalam hal ni. Adam cuma ikut rancangan aku aje. Aku suruh Adam jangan layan Humaira supaya dia boleh menghargai Adamㅡ"

"Kepala hotak kau, Rayyan!! Kau fikir apa yang kau cuba buat? Tasneem tengah mengandunglah bodoh! Kau kalau tak tahu apa-apa jangan memandai! Dia jadi macam tu sebab dia mengandung, sekarang ni dia asyik menangis macam dah tak terurus aku tengok dia! Siapa nak bertanggungjawab?!"

"Aku tak sangka pula benda boleh jadi sampai macam tu. Jangan marah aku, Khaira."

"Pergi mampuslah Rayyan!"

Panggilan dimatikan. Adam memandang Rayyan meminta penjelasan.

"Humaira menangis." beritahu Rayyan.

Bertambah rasa bersalah di hati Adam. Dia tak patut buat begitu pada Tasneem. Dia perlu faham keadaan Tasneem.

Apa dia dah buat pada Tasneem, dia buntu.






Tasneem yang sedang berjalan untuk ke perpustakaan semula hampir jatuh terjelepuk ke lantai apabila tubuhnya terlanggar seseorang.

Namun, sempat tubuhnya disambut.

"Awak tak apa-apa? Saya minta maaf, saya tak perasanㅡ"

"Abang!!" Tasneem terus memeluk tubuh lelaki itu.

"Maira minta maaf, Maira janji takkan marah abang lagi dah. Maira sayang abang. Ampunkan Maira, abang!" rayunya dengan air mata yang tak berhenti mengalir.

Lelaki itu terpinga-pinga. Sejak bila dia ada teman wanita atau isteri? Siapa pula gadis comel yang sedang memeluknya itu?

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now