🍁32

5.1K 283 47
                                    

Adam selesai mengambil wudhu' dan bersiap-siap untuk ke Masjid menunaikan solat jumaat.

"Humaira, mana songkok abang?" soal Adam lembut.

Tasneem yang sedang menggosok baju Adam terus menghentikan kerjanya.

Dia berjalan ke almari dan mengeluarkan songkok Adam.

"Ini dia" Songkok itu dihulurkan pada Adam.

"Terima kasih." ucap Adam sambil tersenyum.

Baru sahaja Adam ingin melangkah, dia berhenti.

"Dah nak pergi ke?" soal Tasneem lalu jari telunjuk Adam sengaja disentuhnya.

Adam menoleh menghadapnya. Lelaki itu menarik nafas panjang.

Tangannya menekup kedua-dua belah pipi gebu Tasneem.

"Sengaja betul la budak ni! Orang dah ambil wudhu' tahu tak!" bebel Adam sambil tangannya mencubit pipi Tasneem.

"aaahh! Sakit, abang! Sorry, Maira tak buat dah." rengek Tasneem hampir menangis sambil tangannya memegang tangan Adam yang sedang mencubit pipinya.

Adam melepaskan cubitan pada pipi Tasneem.

"mengada budak ni!" kini hidung Tasneem pula menjadi mangsa cuitannya.

Tasneem tersengih sumbing.

Adam masuk ke bilik mandi untuk mengambil air wudhu' semula.

Setelah 5 minit mengambil wudhu' , Adam keluar semula.

"Nak bermanja pun tunggu malam ni, abang bagi layanan 'special'" Adam tersenyum nakal.

"Yela, pergilah cepat. Tak pasal-pasal kena ambil wudhu' lagi. Hati-hati drive." pesan Tasneem lembut.

Adam mengangguk kemudian dia terus melangkah keluar dari bilik mereka.




                             •••••••

Khaira membuat muka cemberut apabila Tasneem memintanya pergi membeli barang keperluan untuk makan malam sebentar lagi.

Kalau pergi sendirian dia tidak kisah tapi kenapa mesti dengan Haris Rayyan?!

"Tercegat apa lagi? Cepatlah tolong cari barang." ujar Rayyan sambil menolak troli.

Khaira menghentak kaki sebelum membuntuti Rayyan mencari barang yang diminta.

"tolong ambilkan lobak---" tak sempat Rayyan menghabiskan kata-katanya Khaira laju berjalan meninggalkan dia di belakang.

"Minah ni dah kenapa?" Rayyan bingung.

Lobak merah dipilih dan dimasukkan ke dalam plastik. Dia beralih ke bahagian timun pula.

Sebiji timun yang agak besar diambilnya dan dibelek sambil matanya memandang ke arah Khaira.

Khaira memandang tajam ke arahnya kemudian terukir senyuman nakal di bibir Rayyan.

Suri Hatiku, Cik Fangirl (C)Where stories live. Discover now